Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jumpa Kepala, Kaki Wartawan Hilang

8-10-2017 12:57 PM |Dilihat:5250| Komen: 48
Mengejutkan apabila pasukan penyelam menemui kepala dan kaki wartawan Sweden, Kim Wall yang dibunuh selepas membuat liputan berita dengan seorang pencipta kapal selam, lapor polis Denmark.



Memetik CNN, wartawan itu hilang selepas menaiki sebuah kapal selam bersama penciptanya, Peter Madsen pada 10 Ogos lalu ketika melakukan tugas lapangan.

Madsen bagaimanpun menafikan dakwaan tuduhan membunuh terhadapnya, sebaliknya menegaskan kematian Kim sebagai suatu kemalangan.



Ketua pasukan penyiasat polis Copenhagen berkata, mereka menemui pakaian Kim termasuk sepasang stoking, kasut serta sebilah pisau di dalam sebuah beg plastik pada Jumaat. Malah, beberapa bahan logam turut dimasukkan ke dalam beg plastik yang dipercayai digunakan untuk menenggelamkan plastik tersebut.

Sekitar tengah hari kemudian, sepasang kaki ditemui secara berasingan sebelum kami menemui kepalanya juga dalam sebuah plastik dalam keadaan sama, katanya.


Foto: CNN

Bulan lalu, Madsen memberi keterangan di mahkamah bahawa kim telah dipukul dengan hac berat secara tidak sengaja di dalam kapal selam itu dan terjatuh ke dalam air.

Panik, Madsen memutuskan untuk membuang mayat Kim ke dalam laut dan menenggelamkan kapal selam berkenaan.

Terdahulu, polis menemui mayat Kim di pesisir pantai Copenhagen pada 21 Ogos dengan beberapa anggota badannya hilang. Polis masih menyiasat punca kematian mangsa. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 12-10-2017 02:03 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-10-2017 11:59 AM
Kamu telah dengan sengaja menghina non Moslem! Sekarang konon konon buat tanya pula! Lobai oh loba ...

bullshit lah kau ni.  sentiasa skeptical terhadap orang.  ini lah pemikiran sebenar kamu.  

Lain-lain Komen

Quote Nenasketum 8-10-2017 01:09 PM
Wow.... i can smell a psychotic killer documentary in the making. More info pls.
Quote kibodwatriuh 8-10-2017 01:12 PM
Polis jumpa video pembunuhan dua orang perempuan kan dalam computer mamat ni
Quote amone 8-10-2017 01:15 PM
mental sungguh aihhhh...
Quote sukacactus 8-10-2017 01:21 PM
Punya la bijak boleh cipta kapal selam bagai, sampai jadi gila la
Quote alieyrina 8-10-2017 01:27 PM
Menakutkan laaa manusia gini..
Quote matchstick 8-10-2017 01:34 PM
boleh buat movie ni...

berani betol dia bunuh wartawan yg tgh bertugas sah2 lah org tau kt mana nk cari bila wartawan tu hilang
Quote chazey 8-10-2017 01:39 PM
Yang ni pon rejected sexual advance from heol ke sampai kena penggal kepala bagai?
Quote abangadek 8-10-2017 02:01 PM
gila lelaki ini
Quote chinta89 8-10-2017 02:14 PM
bijak tapi tak cerdik,.............
Quote slavehunter 8-10-2017 02:34 PM
Some mental membunuh ni addiction. Tu yang ketagih lagi cari mangsa.
Quote aleesyasofia 8-10-2017 04:26 PM
wrtawan nie sorg2 jer ke.. jurukamera atau yg lain2 xikut skali ke.. skeri btul..
Quote netto_ 8-10-2017 05:43 PM
Scary gila. Terbunuh ke ape? Xkn killer ni bodo sgt g bunuh wartawan yg on duty. Sick
Quote cikmi 8-10-2017 05:53 PM
Dia kata kemalangan... Tp dh smp kerat2 tu takkan accident gak kot
Quote armin 8-10-2017 08:21 PM
Psycho nya.
Quote Carcosa 8-10-2017 11:49 PM
Wartawan tu sengsorang je ke ikut mamat psycho ni? {:cryrun
Quote M.Rose 9-10-2017 04:50 AM
aleesyasofia replied at 8-10-2017 04:26 PM
wrtawan nie sorg2 jer ke.. jurukamera atau yg lain2 xikut skali ke.. skeri btul..

Aku pun nak tnya soalan yg sama. Ngeri.
Quote PEPPERMAN 9-10-2017 07:01 AM
Tak mustahil sorang2, mam reporter yg dibunuh dek Steven Avery.
Quote mommymonster82 9-10-2017 07:06 AM
Kanibal ke dia ni?
Quote aleesyasofia 9-10-2017 07:32 AM
M.Rose replied at 9-10-2017 04:50 AM
Aku pun nak tnya soalan yg sama. Ngeri.

iols baca artikel bi ada sbut yg sheols nie freelance reporter.. jd xmustahil sheolss prgi sorg2 rkam sndri..

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.091644s Gzip On
To Top