Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Maut Ditikam Anak Saudara

8-10-2017 12:10 PM |Dilihat:1404| Komen: 13
Seorang lelaki diburu polis selepas menikam bapa saudaranya sehingga maut di kediaman mangsa di tingkat 12 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara, Petaling Jaya, petang semalam.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian 4 petang itu, berlaku pergaduhan antara mangsa yang merupakan pengawal keselamatan dan suspek yang berusia lingkungan 30-an di rumah berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.


Foto: BH Online/Okezone News

"Berdasarkan keterangan saksi iaitu kakak mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan, suspek menikam mangsa di bahagian perut menggunakan pisau beberapa kali sebelum melarikan diri.

"Jiran mangsa yang menyedari kejadian itu membantu menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 5.15 petang di Unit Kecemasan hospital berkenaan akibat parah di perut.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha memburu suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi kerajaan sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote arman98 10-10-2017 03:19 PM
supernaturalee replied at 8-10-2017 12:44 PM
Oh kesahnye...
tq for pencerahan

tempat ni dulu dikenali sebagai pusat bandar sungai buloh...pastu upgrade jadi kota damansara.

Lain-lain Komen

Quote supernaturalee 8-10-2017 12:12 PM
Tgl di pj nape hntr smpi hosp sg buloh instead of hkl
Quote coko 8-10-2017 12:41 PM
supernaturalee replied at 7-10-2017 09:12 PM
Tgl di pj nape hntr smpi hosp sg buloh instead of hkl

Dari kota damansara ke hospital sungai buloh lagi dekat dari pergi ke HKL....
Quote iwan007 8-10-2017 12:43 PM
supernaturalee replied at 8-10-2017 12:12 PM
Tgl di pj nape hntr smpi hosp sg buloh instead of hkl

Pj tu area kota damansara. Lg dekat dengan hosp sg buloh.
Quote supernaturalee 8-10-2017 12:44 PM
coko replied at 8-10-2017 12:41 PM
Dari kota damansara ke hospital sungai buloh lagi dekat dari pergi ke HKL....

Oh kesahnye...
tq for pencerahan
Quote felinecat 8-10-2017 01:01 PM
mcm kes dadah je. nauzubillah
Quote abangadek 8-10-2017 01:11 PM
kesiannya, Takziah
Quote akusukaq 8-10-2017 01:11 PM
kalu dah high mane boleh konrol diri.
silap skt terus ambik pisau parang bagai.
Quote amone 8-10-2017 01:16 PM
dadahler ni.... bila dah amik bukan sedar diri pun...
Quote mommymonster82 8-10-2017 01:19 PM
Banyak hal flat pprt ni..nauzubillah..berapa kali dah masuk berita..

Quote Carcosa 8-10-2017 11:53 PM
Eh skrg flat PPRT dah tak panggil PPRT lagi eh? Ada yg sentap kah? So panggil PPR je skrg?
Utk tak OT, eishhh dadah lah ni punya pasal {:give
Quote mizruncing 9-10-2017 09:29 AM
hurmmm ape la motif dia sesuka ati tikam org
Quote maryamamina 10-10-2017 03:12 PM
Mcm kes dadah jer nih
Quote arman98 10-10-2017 03:19 PM
supernaturalee replied at 8-10-2017 12:44 PM
Oh kesahnye...
tq for pencerahan

tempat ni dulu dikenali sebagai pusat bandar sungai buloh...pastu upgrade jadi kota damansara.

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092713s Gzip On
To Top