Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bijak! Tak Sangka Gula Boleh Digunakan Untuk 8 Tujuan Ini

5-10-2017 03:00 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2168| Komen: 25

Umum tahu gula sering digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan untuk menambah kemanisan makanan mahupun minuman. 
Tapi, adakah anda tahu gula boleh digunakan untuk tujuan lain? Malah, ia sangat bermanfaat dalam kehidupan seharian kita tau!


Foto: Chilled Magazine

Apa saja yang gula boleh buat selain dijadikan bahan pemanis makanan?


1. Penghapus kotoran


Anak terlalu lasak bermain di padang sehingga melekat tanah dan rumput? Taburkan gula pada kawasan terjejas tadi. Biarkan selama 40-60 minit. Betulkah berkesan cara ini? Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri.


2. Mengekalkan kesegaran bunga


Gula juga boleh membantu mengekalkan kesegaran bunga. Anda cuma perlu tambah 3 sudu gula dan 2 sudu cuka ke dalam air. 

Gula baik untuk batang bunga, sementara cuka akan menghalang pertumbuhan bakteria.


3. Skrub bibir


Basahkan jari dengan air sebelum dilumurkan dengan gula. Kemudian gosok dengan lembut bibir anda.

Kaedah ini sangat bangus untuk bibir kering dan mengelupas.



4. Skrub muka


Skrub wajah anda menggunakan gula dapat membantu menjadikan kulit wajah lebih bersih dan lembut.

Campurkan 1 sudu gula, 1 sudu tepung beras dan 1 sudu susu segar. Sapukan campuran tadi pada wajah dan gosok perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian biarkan kering sebelum dibilas dengan air sejuk.


5. Skrub badan


Bajet tak cukup nak beli skrub? Hanya dengan gula dan minyak sahaja sudah mencukupi untuk membersihkan kulit tubuh anda!

Caranya: Campur 3 sudu minyak sayur (lebih bagus kalau guna minyak zaitun) dan 4 sudu gula. Kemudian, sapukan pada tubuh dan gosok dengan perlahan sebelum dibilas dengan air suam.


6. Tapak kaki kasar?


Jangan risau! Campuran gula dan minyak pudina adalah skrub pengelupasan yang sangat bagus untuk tapak kaki anda.

Gula membantu menyingkirkan sel kulit mati dan minyak membantu melembap serta melembutkan tumit.


7. Luka, tapi tak ada ubat atau minyak gamat?


Menurut Brighside, kajian mendapati gula pasir membantu mempercepat proses penyembuhan luka.


8. Oww, sakit kena gigitan serangga?

Foto: BrightSide

Hanya letakkan sedikit gula pada tempat yang terkena gigitan serangga, mudah-mudahan ia membantu mengeluarkan bisa dan menghalang pembengkakan daripada berlaku.

Semoga info ini bermanfaat buat anda semua. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Previous : Membeli-belah Takkan Bosan Lagi Dengan Adanya Semua Benda Ini!

Next       : Hanya 2 Bahan Sahaja! DIY Penyembur Serba Guna, Dijamin Semut Hilang Sekelip Mata

Komen Terbaru

Quote Jeasabri 12-11-2017 01:37 PM
Nice...nnt ada masa try{:hooray{:hooray

Lain-lain Komen

Quote matchstick 5-10-2017 03:18 PM
Good info. Thanks

Nk try scrub bibir yg menggelupas ni
Quote Artemesiaa 5-10-2017 03:32 PM
Info berguna bolehlah dicuba
Quote PyoNaRi 5-10-2017 03:32 PM
Wow menarik.selalu tau garam ja yg banyak kelebihan.
Quote Daisyna 5-10-2017 03:32 PM
oh x sangka nya
Quote noraidil_06 5-10-2017 03:42 PM
Sugar+kopi.best wat scrub
Quote kimchipedas 5-10-2017 06:12 PM
Ok..good info
Quote abangadek 5-10-2017 06:18 PM
kalau luka tu kena tambah kopi, ayah iols buat dulu kalau luka masa kecik2
Quote testly 5-10-2017 09:17 PM
wow..xsangka..tp mcm membazir plak...brg makanan tu...
Quote intanpurnama 5-10-2017 09:44 PM
Menarik, banyak manfaat gula rupanya.
Quote jazaa100 5-10-2017 10:46 PM
matchstick replied at 5-10-2017 03:18 PM
Good info. Thanks

Nk try scrub bibir yg menggelupas ni

Scrub bibir mngelupas, tambah pedih dik....bubuh butter atau madu dulu
Quote pearl.silver 6-10-2017 08:37 AM
abangadek replied at 5-10-2017 06:18 PM
kalau luka tu kena tambah kopi, ayah iols buat dulu kalau luka masa kecik2

Betul2
Ayah iols pun buh kopi masa tapak kaki kakak terbelah pijak kait rambutan
Quote mieymiey 6-10-2017 08:41 AM
Nak buat yang kat hidung tu la
Quote amone 6-10-2017 09:01 AM
ooooo nanti boleh tryler.
Quote -electrifying- 6-10-2017 10:36 AM
nnti nk cuba scrub tu
Quote devilito2 6-10-2017 10:50 AM
gud info..
Quote fox. 6-10-2017 10:53 AM
rasa sakit pulak kalau gula tu gesek kat tempat luka. sakettt
Quote makton 6-10-2017 11:13 AM
scrub bibir & badan tu aku slalu buat

gula & madu.
Quote abangadek 6-10-2017 11:35 AM
pearl.silver replied at 6-10-2017 08:37 AM
Betul2
Ayah iols pun buh kopi masa tapak kaki kakak terbelah pijak kait rambutan

aaaaaaaa.. sakitnyaaa, kenapa pijak galah uols? nk uji kekebalan kaki kah
Quote pearl.silver 6-10-2017 11:46 AM
abangadek replied at 6-10-2017 11:35 AM
aaaaaaaa.. sakitnyaaa, kenapa pijak galah uols? nk uji kekebalan kaki kah

bukan pijak galah nye..tp pijak sabit kecik yg buat kait buah rambutan tu..heheh
ade la org tu pas kait rambutan dia x sandarkan galah tu ke pokok..tp dibiarkan terbaring atas tanah..pastu tertutup sket daun kering, kakak iols xperasan tau2 pijak sabit tu...hehe

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053459s Gzip On
    To Top