Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Tipu Jualan Rumah RM6.2 Juta, Boy Iman Ditahan

3-10-2017 02:32 PM |Dilihat:13724| Komen: 325
Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan polis bersama dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM 6.2 juta.

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 188 laporan polis diterima berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Boy Iman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan." 

Dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun juga turut ditahan.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,"tambahnya.

Kesemua suspek ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 325
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EJALTI 8-10-2017 11:43 AM
sofiazara replied at 5-10-2017 08:24 AM
alfafa

Q & A

Macam lahanat jerk jawapannya...

Memang dasar bapak penipu penyamun...

Lain-lain Komen

Quote memeque10 3-10-2017 01:18 PM
Dato Belon penipu melayu kna tahan..
Quote prettyuglybabe 3-10-2017 01:19 PM
berguna tak datuk campak luar pagar dia tu
Quote Madel 3-10-2017 01:21 PM
Sepandai2 menyorok akhirnya masuk perangkap jua
Quote kikuri 3-10-2017 01:22 PM
mohon mereput...
Quote ChildrenOfBodom 3-10-2017 01:22 PM
padan muka laknat ni, bagus PPIM, kasi ajar ckup2 melayu penipu laknat nie..., kesian makcik2 kampung
Quote ice_sky92 3-10-2017 01:23 PM
Selayaknyalah...Allah maha adil.....
Quote lil_sparky 3-10-2017 01:25 PM
Legaaaaa dgr
Quote Iema5008 3-10-2017 01:26 PM
Padan muka belon.. Lain kali membongkak lagi kata orang cemburu kat kekayaan dia..
Quote mea 3-10-2017 01:27 PM
Good job PPIM
Quote albedah 3-10-2017 01:27 PM
Kenapa nk tahan setelah 188 report dibuat?  Apa x tunggu lg 12 report?
Quote lolita737 3-10-2017 01:28 PM
please jgn lepaskan dia..kalau boleh dakwa dia..

kesian kt makcik2 n pakcik2 yg kena tipu dgn dia..
Quote tompie 3-10-2017 01:31 PM
Edited by tompie at 3-10-2017 01:33 PM

sapa lagi 2 yang kena tahan tu??
Anggun dengan Umar ke?

For info:
Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Cheating and dishonestly inducing delivery of property Whoever cheats and thereby dishonestly induces the persondeceived, whether or not the deception practiced was the sole or maininducement, to deliver any property to any person, or to make, alter,or destroy the whole or any part of a valuable security, or anythingwhich is signed or sealed, and which is capable of being convertedinto a valuable security, shall be punished with imprisonment for aterm which shall not be less than one year and not more than ten yearsand with whipping, and shall also be liable to fine

Quote NadineNajmie 3-10-2017 01:32 PM
Bravo! Syukurlah ada 188 report tapi sekarang baru ada tindakan.

I mohon isteri boy iman, datin rempit itu tampil bagi statement.
Quote sukacactus 3-10-2017 01:34 PM
Moga terus disabit kesalahan dan dihukum nnt
Sapa2 yg pernah kena terus la buat report & berdoa agar si belon, bini (nyampah tgk...ek betul) & gang masuk ke dlm
Quote adel7 3-10-2017 01:35 PM
bagus lah dah kene tahan. meluat tgk muka die nih
Quote bambimo 3-10-2017 01:35 PM
syabas ppim and pw community
Quote tompie 3-10-2017 01:35 PM
Semalam bini dia dengan akauntan dia berlagak mintak bukti..
Skang dah kena tahan apa kata diorang?
Mesti tak senang duduk.

Yanag akauntan tu lagi lah.. dia lagi tau keluar masuk duit, progress project, kalau dia tau ade benda yang tak betul tapi dia still makan gaji kat situ lagi mmg patut dia pun kena tahan..
sebelum dokumen kena shred
Quote noradaniez 3-10-2017 01:39 PM
Harap datin note 2 tabah menerima berita penangkapan datuk belon.
Quote cocorex 3-10-2017 01:40 PM
Tahniah brader

Lihat semua komen(325)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093773s Gzip On
To Top