Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

176 Peluru Hidup Bertaburan Tepi Jalan

2-10-2017 10:00 AM |Dilihat:1459| Komen: 27
176 butir peluru hidup ditemui bertaburan di Jalan Batu 14 menghala ke Ampang berhampiran tempat pembuangan sampah Hulu Langat, semalam.


Foto: NSTP

Memetik Harian Metro, peluru jenis SME 8-O2 digunakan untuk pistol itu ditemui seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 9.10 pagi yang kemudiannya membuat laporan mengenai penemuan berkenaan.

"Lelaki itu ternampak peluru terbabit bertaburan di atas jalan ketika menunggang basikal dari Batu 18 menuju Ampang, lalu berhenti untuk melihat lebih dekat.

"Sebaik menyedari objek itu adalah peluru hidup, lelaki berkenaan menghubungi 999 memaklumkan penemuan itu kepada polis," kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.


Foto: Harian Metro

Tambah Dzaffir, lokasi peluru terbabit ditemui bukanlah kawasan latihan menembak, malah tiada lapang sasar yang berhampiran.

Sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh sesiapa mengenai kehilangan peluru," katanya.

Peluru berkenaan dihantar ke Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor untuk pengesahan dan ujian. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 2-10-2017 06:31 PM
pelik juga dibuang macam tu aje..
harga dah la mahal..

Lain-lain Komen

Quote chinta89 2-10-2017 10:11 AM
kumpulan abg long dan gangster ade adegan kejar mengejar ke?
Quote insulin 2-10-2017 10:14 AM
Peluru tercicir semasa bawa kenderaan dengan laju kut...
Quote harrypoter 2-10-2017 10:16 AM
wow, gengster punya ke
Quote paz 2-10-2017 10:35 AM
Tercicir lah tu, siap lah dari polis tak tahu. Dah tahu ada aktivit tak sihat kat situ.
Quote batmana 2-10-2017 10:44 AM
mahal peluru tu, seketul dh bape ringgit
Quote harkktuih 2-10-2017 10:47 AM
nasiblah takde acik kutip wat keychain..
Quote saviour_09 2-10-2017 10:54 AM
ada baca somewhere yg peluru ni boleh trace bila & siapa..
pasukan keselamatan katanya..
siap la owner..
Quote MissMamamia75 2-10-2017 11:02 AM
Maap..nk tanya..

Peluru hidup ni..peluru yg blom digunakan ke?
Quote palmolive 2-10-2017 11:03 AM
MissMamamia75 replied at 2-10-2017 11:02 AM
Maap..nk tanya..

Peluru hidup ni..peluru yg blom digunakan ke?

haah...betul la tu
Quote Loxlaxman 2-10-2017 11:04 AM
Satu nyawa satu peluru oii..kalau dah berkotak2 tu, berapa banyak nyawa dah diselamatkan...
Quote MissMamamia75 2-10-2017 11:06 AM
palmolive replied at 2-10-2017 11:03 AM
haah...betul la tu

Uii..byk kemain..
Nangis xberlagu la sapa yg tercicir tu..

Kalo tgk crita CSI Amerika tu..kejap je leh tau sapa yg punya..hehe
Quote Tipatetipu 2-10-2017 11:07 AM
saviour_09 replied at 2-10-2017 10:54 AM
ada baca somewhere yg peluru ni boleh trace bila & siapa..
pasukan keselamatan katanya..
siap la o ...

kalau beli di sungai golok thailand boleh trace ke??
Quote palmolive 2-10-2017 11:09 AM
MissMamamia75 replied at 2-10-2017 11:06 AM
Uii..byk kemain..
Nangis xberlagu la sapa yg tercicir tu..

kalo mcm kat malaysia ni, Gerak Khas TV2 satu episod jek dah tau saper punya peluru...
Quote saviour_09 2-10-2017 11:09 AM
Tipatetipu replied at 2-10-2017 11:07 AM
kalau beli di sungai golok thailand boleh trace ke??

entah..
tak kot..
tapi post tu ada cakap la kalo yg SME ni memang boleh trace..

Quote MengkuduMasam 2-10-2017 11:11 AM
saviour_09 replied at 2-10-2017 10:54 AM
ada baca somewhere yg peluru ni boleh trace bila & siapa..
pasukan keselamatan katanya..
siap la o ...

security slalunya pkai pump gun...  peluru penabur jah...

ni pistol.. jrg syarikat security pakai pistol
Quote saviour_09 2-10-2017 11:14 AM
MengkuduMasam replied at 2-10-2017 11:11 AM
security slalunya pkai pump gun...  peluru penabur jah...

ni pistol.. jrg syarikat security pak ...

no i mean pdrm @ atm kot based on komen2 di post fb tu la..tapi takkan la secuai ni kan?
nasib tak jatuh ke tangan penyangak penjenayah..
Quote kamil8891 2-10-2017 11:16 AM
peluru datang dari mana n buatan mane boleh trace info dr BUNTUT PELURU tu..yg bulat
Quote -electrifying- 2-10-2017 11:18 AM
sengaja ditinggalkan ke? klau nk buang, mcm la xde tmpt lain yg tersmbunyi skit
Quote @pplegreen 2-10-2017 11:48 AM
macam mana la boleh tercicir tu, sib  baik yg jumpa tu tak ambik pastu g jual

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098168s Gzip On
To Top