Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

MLM Rekrut Pelajar Yang Bakal Terima Duit PTPTN, Bayar RM100 Dulu Baki RM900 Bayar Kemudian

29-9-2017 04:15 PM |Dilihat:3684| Komen: 71



Syarikat yang mengamalkan strategi Multi-level marketing atau MLM sudah banyak terdapat di negara kita.

Secara ringkasnya,  Multi Level Marketing dalam bahasa Melayunya adalah pemasaran berbilang tingkat. Ia juga dikenali dengan network marketing di mana syarikat MLM memasarkan produk dan dalam masa yang sama mengembangkan rangkaian perniagaan.

Syarikat MLM bermula dengan merekrut seorang pengurus jualan yang telah mendapat pelanggan dan berjaya merekrut tenaga jualan. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai downline.  Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah network marketing dan referral marketing.

Umum mengetahui, kes penipuan dan dimanipulasi oleh sesetengah syarikat MLM bukanlah isu baru. Ramai yang mendakwa ditipu dengan janji-janji manis kononnya akan menjadi usahawan berjaya dalam masa yang singkat. Hanya dengan cara mencari "orang bawah" seramai yang mungkin, pangkat akan dinaikan dan selepas itu "tunggu duit masuk" sahaja setiap bulan.

Walaupun sudah ramai menjadi mangsa tetapi nampaknya syarikat MLM masih lagi aktif menjalankan kerja merekrut "downline" dan sasaran utama adalah di kalangan pelajar universiti. Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar bukti di halaman Facebooknya.

Menurut beliau, sebuah syarikat MLM yang ketika itu sedang merekrut beberapa orang pelajar kolej dan universiti meminta wang sebanyak RM100 daripada mereka, manakala bakinya sebanyak RM900 boleh dilangsaikan apabila pelajar terbabit sudah menerima duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terjebak dengan MLM.

"Pesan ke orang ganu. Jangan jadi bodoh main MLM. Natang mane nak bagi pitih kalau mu duk saje. Lenim tak dok orang bagi pitih saje saje. Jangan jadi dok cerdik sekmungg". - Piden Je



Pernahkah anda terlibat dengan MLM? Jom kongsikan pengalaman dan pendapat anda. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 71
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote alieyrina 3-10-2017 08:16 PM
X syg duit sungguh budak2 zaman la..mesti tpengaruh tgk lifeatyle org kt ig

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 29-9-2017 04:20 PM
Terdesaknya ler mereka ni harap2 adik2 ni tak terjebak
Quote Clan204 29-9-2017 04:27 PM
buang duit buang masa gi belajar kat U kalau benda mcm nh pun masih kena scam lagi...
Quote syidasaleh 29-9-2017 04:27 PM
Adik i belajar kat umt ni.klu dia slh sorg terjebak mmg la kena basuh.puiii betul la.budak2 tu duit yg ada pun tak ckp lagi.dah habis ke sedara mara korg masuk benda tu smpi student pun nak kaut
Quote raradhia 29-9-2017 04:34 PM
kawan i berapa ramai yg kena dlu, score A apa ntah nama dia tu. .lesap rm700, kawan aku dua org kena. .tu blom pelajar yg lain, korg bygkan berapa byk duit masyuk. .

senior U yg buat dajal, politik apa semua tu! jahanam sungguh. .
Quote nadihazza 29-9-2017 04:46 PM
BYK KALI DAH TEKENA..toksah lah dik non..simpan duit utk kegunaan hangpa jah..
Quote missinpiece 29-9-2017 04:49 PM
Edited by missinpiece at 29-9-2017 05:00 PM

Kawan i amik linguaphone installment pon x byr, kalau join MLM ni lgla xde makne nk deposit rm100 pastu byr rm900
Quote missinpiece 29-9-2017 05:00 PM
Mujur kt tmpat me blaja x terdedah ngan benda2 camni.
Time keje je dok jumpa customer yg dok ajak2 jumpa melepak makan ngn muslihat tersembunyi .
Lama hidup aman damai then baru skarang diamuk kembali. Satu kes tu, penuh promotion tanpa henti dlm group whatsap, satu lagi kes, borak2 ngn ex staff tanya keje apa duk mana..jawapannya jumpa baru cte. Then dia nak terus set masa nak jumpa, push2 ajak jumpa. I ngan confident tolak ajakan dia, tau sgt mesti nak menjual produk.
Quote missinpiece 29-9-2017 05:06 PM
I ade satu peristiwa menyayat hati ngan MLM nih. Time tu tetiba I bodoh2 alang ngat mengikut je customer g Shah Alam. Siap belanja makan, pastu dibawa dgr talk Zhullian . Dgr jela ngan muka boring sampai habis. Mujur lg x terjebak
Quote JeepersCreepers 29-9-2017 05:23 PM
MLM ni bg talk ala2 ubah masa depanmu..bila lagi Melayu nak kaya...jgn seumur hidup jd kuli bla bla bla makanya ada je la org terpengaruh
Quote manjalara_01 29-9-2017 05:30 PM
JeepersCreepers replied at 29-9-2017 05:23 PM
MLM ni bg talk ala2 ubah masa depanmu..bila lagi Melayu nak kaya...jgn seumur hidup jd kuli bla bla  ...

guna ilmu psychology nak pengaruh org...
Quote palmolive 29-9-2017 05:34 PM
yg herannya leader2 grup ni..mintak payungkan dulu duit penyertaan takder nyer nak dibaginya...
sama gak..nnt dpt untung tolak jek la duit
Quote RatuDunia94 29-9-2017 05:36 PM
Edited by RatuDunia94 at 29-9-2017 05:40 PM

Wujud lg benda ni eh...
Dulu masa iols baru masuk 1st year.. Iols rapat la dgn sorang akak senior ni.. Kemain rupanya dia rapat dgn freshie sbb nk ajak join MLM.. Dh la tengah2 mlm kol 12 dia angkut iols bawa g McD. Rupanya suruh dengar pasal MLM ni la.. Kena beli barang dia ubat.. Ada abg (ala2 ketua dorang) dgn berlagaknya ckp "tgok abg x payah guna duit PTPTN lg sbb dh ada income sendiri". Siap konon beli MyV pakai duit income tu. iols mmg koser la nk join.. Sbb parents dh warning awal2. Iols mati2 bg alasan x nk join.. ckp parents x bg. Siap deols nk call my parents minta izin.. Last2 iols cabut je lari dr situ dgn my friend.. Waste of time je..
Yg iols tergelak sampai skrg akak tu siap ckp kalau iols jd masuk nanti sheols nk belanja McD.. .. Dlm hati aku "setakat McD ko tu aku boleh beli sendiri la"..
Quote JeepersCreepers 29-9-2017 06:06 PM
manjalara_01 replied at 29-9-2017 05:30 PM
guna ilmu psychology nak pengaruh org...

Penipulogy uols
Quote -electrifying- 29-9-2017 06:22 PM
raradhia replied at 29-9-2017 04:34 PM
kawan i berapa ramai yg kena dlu, score A apa ntah nama dia tu. .lesap rm700, kawan aku dua org kena ...

kwn iols kena 3500, ikut mypencil... bru sekor...
klau pegi port dorg kt mamak shamelin tu penuh dgn bdk2 student kena tipu
Quote manjalara_01 29-9-2017 06:23 PM

ehehehe...

elok la diviralkan cite2 mcm ni utk student2...semua...

konsepnye keje ape skali pun, kalau kena kluar duit sndiri dulu...sesuatu yg FISHY.....
KECUALI kalau kluar duit utk nak start modal business sndiri....kalau x is a BIG NO NO...
Quote raradhia 29-9-2017 06:30 PM
-electrifying- replied at 29-9-2017 06:22 PM
kwn iols kena 3500, ikut mypencil... bru sekor...
klau pegi port dorg kt mamak shamelin tu penuh  ...

wowww, lg byk ni sampai beribu. .

fuhyoooo, patutlaa org2 mcm DBI tu kenyang hidup mewah!!!
Quote JeepersCreepers 29-9-2017 06:32 PM
manjalara_01 replied at 29-9-2017 06:23 PM
ehehehe...

elok la diviralkan cite2 mcm ni utk student2...semua...

Satu lg yg smlm kes nak buat loan tp kena byr 3k dulu..apakah?? Senangnya tertipu..
Quote manjalara_01 29-9-2017 06:36 PM
JeepersCreepers replied at 29-9-2017 06:32 PM
Satu lg yg smlm kes nak buat loan tp kena byr 3k dulu..apakah?? Senangnya tertipu..

x tau pulak psl kes ni?...loan dari shark ke?
Quote anaros 29-9-2017 08:03 PM
Kat pic fb tu ada komen mengatakan seorang PU yg bagi talk...Pencetus Ummah kah? Sbb nampak depa percaya sgt..

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.367493s Gzip On
To Top