Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Burger King Di Rusia Desak Filem Seram 'IT' Diboikot

29-9-2017 03:34 PM |Dilihat:1984| Komen: 32

sumber : Internet

Walaupun menerima sambutan luar biasa di seluruh dunia dari segi kutipan, namun baru-baru ini filem seram bertajuk "IT" telah menimbulkan kontroversi di Rusia. 

Ini berikutan watak utama, badut Pennywise dikatakan mirip dengan maskot Mc Donald, Ronald McDonald sekaligus kemiripan itu dapat digunakan sebagai alat promosi rival dagang perniagaan.

Memetik laporan NME, atas alasan itu, sebuah rangkaian makanan segera Burger King mengambil tindakan mendesak Federal Anti-Monopoli (FAS) agar filem arahan Andres Muschietti itu perlu diboikot.

Biarpun dakwaan berkenaan telah diterima dan sedang dalam pertimbangan, namun menurut jurucakap FAS, pihaknya tidak dapat memperhatikan isi filem karena penulis dan sutradara memiliki pemahaman kreatif masing-masing menerusi karakter.

"Bagaimanapun, kami akan memastikan sama ada filem "It" mengiklankan produk atau tidak."

Sementara itu, dakwaan Burger King ini turut menarik perhatian segelintir netizen yang memberi komen berunsur sindir terhadap tindakan Burger King. 

"Saya rasa ketua Burger King Rusia seharusnya bermain Pennywise." 

'It' merupakan filem adaptasi daripada novel terbitan tahun 1986 dengan judul yang sama nukilan penulis Stephen King.

Setakat ini, 'It' telah meraih kutipan USD 14 juta di Rusia dan kali terakhir ditayangkan di pawagam serata Rusia pada 26 September lalu.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote salimrock 1-10-2017 10:58 AM
KFC nye maskot lak ada iras2 PM malaysia

Lain-lain Komen

Quote matchstick 29-9-2017 03:48 PM
ada ke yg terliur nk makan burger mcD sbb tgk badut pennywise tu
Quote dinopower2 29-9-2017 03:51 PM
dah kenapa tajuk burger king??? mabok todi ka?
Quote mizzmimi 29-9-2017 03:57 PM
Der.. patutnye mcd yang protes sebab badut tu dikhuatiri menakutkan pelanggan nak datang.. haha..
Quote mizzmimi 29-9-2017 04:00 PM
Nak boikot pun dah dekat usd500mil dah kutipan die.. huhu
Quote mizzmimi 29-9-2017 04:00 PM
Nak boikot pun dah dekat usd500mil dah kutipan die.. huhu
Quote Nenasketum 29-9-2017 04:25 PM
Tak sama pun. Macam joker batman first knight ada la
Quote Artemesiaa 29-9-2017 04:31 PM
Mana sama satu ada kening satu lagi tak berkening baju pun style lain.
Quote GincuPurple 29-9-2017 05:19 PM
dinopower2 replied at 29-9-2017 07:51 AM
dah kenapa tajuk burger king??? mabok todi ka?

Dah memang Burger King yang mohon. Cer baca balik pempepan - Burger King berpendapat filem tu mempromosi kan McDonald - rival diorang. Sbb badut dlm filem ada semacam badut McD.
Quote namr 29-9-2017 05:31 PM
Kuat hasad dengki burger king ni kalah orang melayu tanah air
Quote namr 29-9-2017 05:31 PM
Kuat hasad dengki burger king ni kalah orang melayu tanah air
Quote dinopower2 29-9-2017 05:35 PM
GincuPurple replied at 29-9-2017 05:19 PM
Dah memang Burger King yang mohon. Cer baca balik pempepan - Burger King berpendapat filem tu memp ...

apa plak mempromosikan mcd... menakutkan bebdk ade la ngan badut mcd
Quote AbukRokok 29-9-2017 05:36 PM
puak sentap kehulu sentap ke hilir?
Quote batmana 29-9-2017 07:07 PM
kan citer IT amik dari kisah benar , laki homo gila seks, keje badut, bunuh, mkn berpuluh2 laki muda kt US tu
siap tanam tulang, mayat mangsa bawah rumah

smpai polis pn xdpt kira brapa puluh yang mati bawah tu

tu yg pelakon IT tu jenis gempal cam pembunuh tu

https://en.wikipedia.org/wiki/John_Wayne_Gacy
Quote MissVixen 29-9-2017 07:15 PM
batmana replied at 29-9-2017 07:07 PM
kan citer IT amik dari kisah benar , laki homo gila seks, keje badut, bunuh, mkn berpuluh2 laki muda ...

Berdasarkan dia ke? Ooo. Mula kenal dia dalam AHS Hotel.
Quote SecretLuv 29-9-2017 07:39 PM
dinopower2 replied at 29-9-2017 03:51 PM
dah kenapa tajuk burger king??? mabok todi ka?

Ni mesti tak sabar-sabar nak komen. Baca tajuk terus komen.
Quote neo_5050 29-9-2017 07:41 PM
Jauh panggang dari api dengan muka ronald mcdonald yang ada nilai-nilai murni tu. Pennywise ni muka mintak pelempang.
Quote precious_chicas 29-9-2017 07:55 PM
citer IT ni iols kurang paham ending nya. yg pakat floating belaka tu sebab pe.
Quote missyL 29-9-2017 08:30 PM
batmana replied at 29-9-2017 07:07 PM
kan citer IT amik dari kisah benar , laki homo gila seks, keje badut, bunuh, mkn berpuluh2 laki muda ...

i thought IT ni adaptasi dari novel stephen king ,
IT ade produced jgk pd thun 1990 tp as tv series ,

Quote dinopower2 29-9-2017 08:36 PM
SecretLuv replied at 29-9-2017 07:39 PM
Ni mesti tak sabar-sabar nak komen. Baca tajuk terus komen.

yola....,
dgn rekod wrtwn cari yg lembab iols trus hencap jah

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090400s Gzip On
To Top