Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kisah Seluar Pendek Dan Seks Luar Tabii

29-9-2017 02:49 PM |Dilihat: 2760| Komen: 4

Selain hal dobi “Muslims only", ramai yang masih rancak bercakap pasal lelaki pakai seluar pendek di Kelantan yang dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Anda tau kan ceritanya, seorang lelaki di Kota Bharu pakai seluar pendek on the way main futsal singgah beli burger untuk isteri.
 
Datang pegawai agama kata dia tidak tutup aurat “ïn public “– sekali gus dilihat sebagai telah melanggar undang undang syariah Kelantan.

Beliau diwajibkan hadir sesi kaunseling. Jika enggan atau tak hadir boleh dikenakan tindakan lanjut termasuk denda RM1,000.

Lantas insiden ini mendapat perhatian ramai.

Kata timbalan pengarah unit penguat kuasa hal ehwal agama negeri Kelantan, Mohamad Fadzuli Zain, bukan lelaki itu seorang je yang dikenakan tindakan sedemikian. Ada 10 orang lagi  yang dituduh “berpakaian tidak sopan di khalayak ramai”.

Mereka termasuk empat wanita yang dikatakan “berpakaian ketat”.

Foto: Carian Internet
Kata pihak berkuasa Kelantan, ini bukan undang-undang baru. Dah lama ada di Kelantan katanya, sejak 1985 tapi dulu tidak dikuat kuasa dengan kerap.

Maka ramai lah yang komen,ulas,hujah.

Saya tak bercadang untuk buat kesimpulan wajar atau tidak peraturan itu atau siapa betul siapa salah.

Realitinya peruntukan undang-undang itu ada di Kelantan dan bagi penguat kuasa agak mudah untuk “tahu siapa yang mengingkari peraturan itu.”
 
Maksudnya pegawai penguat kuasa boleh “nampak dan lihat orang berseluar pendek atau berpakaian ketat", menurut definisi mereka dan ambil tindakan.

Imbas kembali tahun 2014. Kerajaan negeri ketika itu sedang menyiapkan pindaan undang undang jenayah syariah atau bagi sesetengah pihak hudud.

Antaranya menyentuh soal “ anal sex” atau sodomi di kalangan pasangan yang bernikah - suami isteri .

Foto: Carian Internet
Kata Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah selaku timbalan Menteri Besar ketika itu, undang-undang jenayah syariah Kelantan yang diluluskan pada 1993 melarang sodomi antara lelaki  atau sodomi antara lelaki dan wanita yang belum atau tidak berkahwin.

Menurut beliau lagi, “ini memberi gambaran seolah-olah suami dibenar atau boleh melakukan sodomi dengan isterinya”. Oleh itu katanya perundangan perlu dipinda untuk secara spesifik kata pasangan dah kahwin pun tak boleh sodomi.

Pindaan dibuat makna menjadi satu kesalahan jika suami sodomi isteri. Sang suami yang sodomi isteri akan didakwa mengikut “takzir”.Google untuk menjelasan penuh makna “takzir”.

Sekali lagi ditegaskan artikel ini bukan bertujuan merumus betul atau tidak,  wajar atau tidak perundangan berkenaan.

Cuma bertanya bagaimana agaknya pihak berkuasa nak tahu sodomi suami isteri berlaku?

Melainkan mereka nampak sendiri perbuatan itu.  Jika tidak memang susah atau mustahil untuk bertindak.

Apa yang berlaku di kamar tidur pasangan suami isteri adalah private. Rahsia si pasangan. Tidak mungkin diketahui umum.

Lainlah kalau ada yang mengendap. Sekodeng kata orang muda.

Foto: Carian Internet
Tindakan boleh diambil ke atas suami  yang sodomi isteri hanya jika si isteri  mengadu. Buat laporan. Tapi kalau isteri tak nak report? Atau suka sama suka?  

Sehingga kini saya tidak pernah baca laporan berita tindakan undang undang diambil terhadap  suami yang melakukan sodomi ke atas isterinya.

Kalau ada mungkin saya telepas pandang. Don’t get me wrong. I’m not saying anything here .

Hakikatnya bukan senang nak laksana atau kuat kuasakan perundangan itu berbanding undang undang  “pakaian tidak sopan”.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 2
Komen

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 9-10-2017 07:52 PM
kimk kimk kimk

Lain-lain Komen

Quote dizzzek 29-9-2017 02:52 PM
this is negeri taliban
Quote kucen_miang 9-10-2017 07:52 PM
kimk kimk kimk

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065217s Gzip On
To Top