Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Hilangnya Budaya Rewang Dalam Masyarakat Kita...

28-9-2017 04:59 PM |Dilihat: 2548| Komen: 70

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Sekarang dah masuk bulan-bulan akhir tahun dah cepat betul masa berlalu nak habis 2017. Kalau hujung tahun ni musim apa yang tiba. Ye betul musim budak cuti sekolah dan juga musim mak bapak bercuti.

Apa yang sinonim dengan musim cuti ni pulak mestilah musim perkahwinan. Betul tak mesti korang akan dapat banyak kad jemputan kenduri kahwin tak daripada sedara mara, daripada kawan-kawan mahupun kawan di Facebook. Tapi ingat jemputan walimatulurus tu wajib dihadiri tau kalau tak ada halangan.

Jadi bila musim perkahwinan ni kita pun sibuk nak jaga badan sebab banyak makan dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Maha nak cite pengalaman yang baru-baru ini pergi jemputan kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Biasa kalau kat kampung jiran sebelah rumah wajib kena datang tolong mereka kalau ada kenduri ok.


Mak Maha siap bagai amaran lagi kena bangun pagi-pagi untuk pergi tolong apa patut semasa persiapan kenduri walaupun mereka ada order penyediaan makanan atau popular kita panggil katering. Datang tak adalah banyak kerja sangat pun yang penting tunjuk muka tanda kita hidup berjiran dan saling bantu-membantu. Kadang-kadang datang makan je sebab bila masa kenduri ni dari pagi sampai malam ada jer makan dihidangkan, betul tak.

Pagi hari tu sediakan makan sarapan untuk orang-orang kampung buat kerja merewang atau kita panggil gotong-royong nak potong bawah, daging, mesin kelapa dan macam-macam lagi lah. Paling popular dan senang selalu orang sediakan Meehun goreng dan kopi, betul tak. Tapi tempat saya sediakan Nasi Lemak untuk jiran-jiran walaupun datang tak buat kerja tapi bangun untuk sarapan sedap.

Lepas tu pula ada minum waktu tengah buat kerja. Kalau yang kumpulan memasak dan menyediakan makanan tu akan dihidangkan dengan Teh Panas dan juga kuih muih. Tengok rugi kalau sapa tak datang bantu kenduri kahwin kat kampung ni makan ada jer sentiasa tak lapar. 

Lepas tu makan tengahari dah pastikan makanan kenduri yang disediakan dari pagi. Kat kampung Maha selalu pukul 12 tengahari orang dah start datang makan, jadi kena siap awal. Menu paling popular untuk kenduri semestinya Daging Kawah atau Daging Kari, tu wajib. Tapi sekarang ni dah banyak pilihan.


Ada yang buat Nasi Minyak bersama dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Rendang Daging atau Kuzi Kambing memang meriah. Tambah pula dengan Acar Jelatah dan Acar Buah perhh menjilat jari. Tapi paling unik Maha pernah datang makan kenduri adalah lauk-pauk kampung. Maksudnya mereka sediakan lauk Ayam Goreng Berempah, Ikan Masin, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman memang terbaiklah.

Tapi sekarang zaman makin berubah dan penyediaan makanan untuk kenduri kahwin ni dibuat oleh katering. Dah banyak pengusaha katering kat merata tempat kalau buka kat sosial media pun dan banyak melambak cuma sedap atau tidak kemudian murah atau mahal tu jer nak pilih.

Cuma nak ingatkan masa nak order katering tu pastikan kita kenal kepada sapa yang kita berhubung itu. Juga kita yakin bahawa syarikat katering ini memang wujud dan nampak fizikalnya. Lagi bagus kalau kita dapat tengok testimoni mereka atau pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka.


Ini semua Maha bagi tips supaya tidak lagi berlaku majlis perkahwinan terpaksa batal kerana tiada makan akibat ditipu katering. Banyak dah kes sekarang ni tular penyedia katering tidak datang masa hari kenduri pulak tu lari bersama duit yang telah dibayar. Sapa yang malu masa tu tuan rumah juga lah nak hidang apa pada tetamu yang dah datang.

Sebenarnya budaya gotong royong itu lagi bagus jika kita terus kekal ia bukan menyelamatkan tuan rumah dari ditipu tapi juga mengeratkan silatulrahim antara jiran tetangga dan suadara mara jauh. Cuma kerana nak cepat ramai orang sudah lupa kepada budaya itu dan katering mula mengambil alih semua keseronokan merewang tersebut.

Tapi khidmat penyedia makanan ini ada bagusnya juga kerana mereka dapat memudahkan tuan rumah supaya tak perlu bersusah payah untuk membeli barang dan makanan tak cukup betul tak. Semua dah disediakan oleh pihak katering. Kita juga nak bantu usahawan tempatan untuk menjana ekonomi mereka dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda luar sana.


Tapi kepada pengusaha katering tu jangan terlalu nak untung sampai ambil harga yang melampau dan menekan tuan rumah. Pula tu telalu tamak ambil banyak order satu hari lepas tu tak dapat buat dah susah tuan rumah. Orang kata masak tu kena ikhlas dan kalau boleh lebihkan sikit masakan kerana ada keberkatan kalau kita niat sedekah pada makanan yang lebih kita masak tu betul tak.

Pada korang semua yang dapat jemputan tu kena penuhi tau jemputan tu kalau tak ada halangan nanti silap boleh putus sahabat. Kalau ada nak jemput Maha datang In Sha Allah akan cuba penuhi kalau tak ada halangan. 

Korang boleh follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu ok. Selamat pengantin baru pada yang mengadakan majlis hujung tahun ini moga bahagia hingga Jannah.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 70
Komen

Komen Terbaru

Quote deltoid 19-11-2017 02:51 PM
apo nak dikato

Lain-lain Komen

Quote cik-jaja 28-9-2017 05:04 PM
rewang ni bes kalau dpt org yg bes2..yg xbesnya klu dpt yg suka tunjuk bagus..dye la yg pandai bagai..
Quote raradhia 28-9-2017 05:12 PM
bestnyaaa teringat kat kampung dlu meriah sgt kalau ada org kahwin. .
Quote noraidil_06 28-9-2017 05:13 PM
Rindu tu rindu la en maha. Tp penat. I suke part breakfast
Quote AbukRokok 28-9-2017 05:18 PM
katering asyik makan xckup je...dah byk majlis kahwin dah aku jumpa senario makanan lauk xckup
(majlis aku ntah bila lah )
Quote mr_cool5885 28-9-2017 05:21 PM
Rewang kt kg aku ada lg. Tp yg mls nye time nk mngemas. Haha
Quote Sonneblume 28-9-2017 05:33 PM
Kat kmpung masih merewang lg..sepupu sepapat kawin semua merewang.tp saya tak suka join sbb byk acik gosip kt situ habis sy kena soal siasat.. kt bandar org tak buat sebab takde ruang kot.lgpun jiran tetangga semua buat hal masing2.
Quote damian_lee 28-9-2017 05:59 PM
Masih dapat rasa mmakan angkat kat dulang ..

Tapi tu la
Time rewang2 ramai la acik bedah senah tipah joyah
Quote pearl.silver 28-9-2017 06:00 PM
12tahun dulu kkk i kawen guna katering
Org kg i masa tu xbiasa lg katering2 ni..dah laa makcik2 keliling umah jauh hati ngan mak i sebab xnk guna khidmat diorg dihari kenduri
Tp nk buat camne..masa tu mak i dah mula xsihat. Ank2 semua duk jauh. Xde sapa nk handle hal2 rewang ni..
Sekarang org xheran dah..sapa yg buat rewang plak jd kenduri rare kt sana
Quote RatuDunia94 28-9-2017 06:05 PM
Kat kampung iols ada je lg rewang2 ni.. Org2 kampung bukan suka sgt pon pakai katering.. Dorang lbh suka masak sendiri lg puas hati gitu..
Xde timbul isu makanan x cukup. Dulu masa iols sekolah rajin juga join geng2 rewang ni.. Kalo lelaki besenya  kt dapur la bahagian memasak utk tetamu.. Kalo perempuan bahagian memasak utk org rewang.. Yg anak2 dara duk hiris2 daun pandan, bunga2 nk buat bunga rampai, buat bubga manggar, bunga telur etc..
Quote -electrifying- 28-9-2017 06:11 PM
tk pernah join rewang
Quote CardiGans85 28-9-2017 06:14 PM
Sape yg nk tlg?cuba jwb cket..x ramai anak muda nk myinsing lengan skrg..yg tgl semua 50's-70's. Ssh nk tgk remaja/awal dewasa15-25 nk buat keje skrg. Baik lelaki ke perempuan, x nmpk btg hidung. Bila kenduri, ramai la muka dorg ni.Alasanya,keje sekolah/keje la.

Tu yg kene guna katering..bkn x nk rewang. Sapa x nk jimat.
Quote WhiskeyScotch 28-9-2017 06:42 PM
Sambil rewang sambil gossip.
Quote biskutraya 28-9-2017 07:00 PM
Best dlu2 ikut mak g rewang. Time nk balik mesti ade je selipar hilang. Haha. Suka diorang sediakan makan utk org rewang. Air dorang msk pakai dapo kayu. Kopi, sirap rase air dapo kayu.
Quote fishcracker 28-9-2017 07:07 PM
Selain kehadiran acik2 bawang yang pandai buat keja,rewang best kalau tukang masak pandai masak bukan yang pandai2 masak....nak bagi tetamu n orang rewang membungkus pun tak segan,
Quote shernazz 28-9-2017 07:12 PM
iols kawen 2010 pakai rewang
syiok.mmg syiok tapinya kos nya agak.tinggi..
makan.kenduri.lain
makan orang rewang lain
pastu air lagi..
tp ok la..
kalau nak.jimat..katering aje...adek iols guna katering je..rm10 k...xde pelamin bagai..tapi makan nasi ereb uolssss
Quote unhas 28-9-2017 11:22 PM
Kat kampung masih ada rewang2 ni. Kat bandar pun ada depends on neighbourhood la. Ade je kawasan kejiranan kat bandar yang masih peduli terhadap jiran.

Tapi xleh lawan rewang zaman dulu. Skang ni rewang tapi makan tetap style buffet je. Dulu org kawen masih pakai hidang dulang2 kat atas meja. Lagi penat nak ulang alik angkat dulang setiap kali orang baru datang.
Quote deana0211 29-9-2017 08:08 AM
Kalo kat kg i ramai je lg yg buat rewang ni esp org2 jawa..tp i tatap pilih katering..xpyh penat2 boleh melawa baju meghelip
Quote mommymonster82 29-9-2017 08:11 AM
Edited by mommymonster82 at 29-9-2017 08:12 AM

Dulu2 bolehla rewang..yg lelaki bukn keje ofis. Yg perempuan ramai suri rumah..
Skrg klu nk rewang..penat
Klu kt kl ninhadapnjem lg..kul 8 mlm bru sampi rumh..pagi2 subuh dah keluar..cuti baru nk rehat nk gi merewang pulak.. huhuhu..

Nasiblah perumahn me ni berbilg kaum so xxe konsep2 rewang.. kawan me kejiranan dia kaki rewang..penat owh..
Quote sabar_sabariah 29-9-2017 08:26 AM
shernazz replied at 28-9-2017 07:12 PM
iols kawen 2010 pakai rewang
syiok.mmg syiok tapinya kos nya agak.tinggi..
makan.kenduri.lain

aku tunggu je orang keluarkan statement gini
memang kalau rewang sbnrnya lagi byk belanja keluar
sila compare dgn majlis yg berpadanan la maksudnya
apple to apple
in terms of khemah, pelamin, baju persiapan semua
tang makan tu je beza. tgk mana lagi byk kos

kalau kenduri biasanya satu hari sblm tu dah start rewang
kena sponspor sarapan, lunch, tea time dgn dinner org rewang
pastu kalau kat johor tu dpt nasi berkat tu
apa tak berganda lagi kosnya?

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053008s Gzip On
To Top