CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tahniah, Chef Wan Menang Dua Anugerah Dalam World Top Gourmet Awards 2017

27-9-2017 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6546| Komen: 56

Description: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur ...

sumber : instagram Chef Wan 


"Ini betul-betul satu kejutan buat saya dalam acara malam ini, Alhamdulillah."

Demikian luahan selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berhubung kejayaannya menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur, malam kelmarin. 

Memetik laporan mStar, dalam acara tersebut, Chef Wan menerima anugerah Food Ambassador dan 2017 Master Chef of the Year.

Chef Wan yang kini berusia 51 tahun turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan sesiapa sahaja mendoakan karier dan kehidupannya.

Dalam pada itu, laman Instagram Chef Wan turut dibanjiri komen netizen yang tidak putus-putus memberi ucapan tahniah kepadanya.


"Tahniah, memang layak dan sewajarnya anugerah sebegini diberikan kepada Chef Wan," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram. 

"Alhamdulillah. Congrats Chef, teruskan melakar kejayaan di persada dunia. Kami bangga," tulis seorang lagi pengkutnya.

Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' selain menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' pada 2010 daripada kerajaan Thailand.- CARI

sumber : instagram Chef Wan 

11

Bagus
18

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 27-9-2017 06:40 PM
sedap ka masakan chef wan ni yaa? kepingin plak nak merasa. .hihihi
Quote gibrana 27-9-2017 06:46 PM
tahniah chef wan
Quote Knowlee 27-9-2017 06:56 PM
Tahniah Dato Chef Wan. Walaupun laser, tapi mmg betul apa dia cakap.
Quote damian_lee 27-9-2017 07:00 PM
raradhia: sedap ka masakan chef wan ni yaa? kepingin plak nak merasa. .hihihi

Yang kompem abam yg depan sekali tu mmamg nampak sedap
Quote grouper 27-9-2017 07:05 PM
Chef wan layak dpt bintang michelin x..
Quote mizzmimi 27-9-2017 07:15 PM
Tahniah datuk cepwan.. ingatkan dia study account, bukanke dulu katanya pernah keje bank? Or dia ada 2 degree?

Umur dia 51 betulke? Malas lak nak gugel
Quote iwan007 27-9-2017 07:21 PM
raradhia replied at 27-9-2017 06:40 PM
sedap ka masakan chef wan ni yaa? kepingin plak nak merasa. .hihihi

sis dah pi ke ioi city mall? rasa kat situ ada restoren dia, 1 market by chef wan.
Quote Mary_jane 27-9-2017 07:29 PM
Sekalung tahniah chef wan.
Quote DeeHanania 27-9-2017 07:38 PM
Tahniah Dato CW...
Quote hyie 27-9-2017 07:47 PM
heshe sebaya babyAA rupanya
Quote asyriqa 27-9-2017 07:52 PM
Aiyoo jauhnye lari umur..rasanya chef wan ni dah 58 ke 59 gitu
Quote dodolgemok 27-9-2017 07:55 PM
Tahniah cepwan. Nak berkenalan dgan jantan depan tu boleh?
Quote cHimo 27-9-2017 08:02 PM
LTS silap lagi kat wiki umur Chef Wan 59...
Quote Tapayana 27-9-2017 08:11 PM
serabut jgk chefwan ni. nak follow kena pakai gambar nampak muka. abes 300 ribu++ follower tu gigih ko stalk satu persatu
Quote yatthrash 27-9-2017 08:27 PM
Tahniahhhh
Quote simatakucing 27-9-2017 08:29 PM
Tahniah chepwan
Quote tanakkampung1x 27-9-2017 08:35 PM
Tahniah lah

Tapi Award yag ini peringkat Asean sahaja kan? IBF World Top Gourmet Awards 2017 bukan World Top Gourmet Awards 2017 yang diiktira selruh dunia tu?

Chek website Chef Wan antara barisan juri takkan bagi Award untk diri sendiri?

Or ini award penghargaan sahaja.
Quote moonbug 27-9-2017 09:27 PM
[quote]iwan007: sis dah pi ke ioi city mall? rasa kat situ ada restoren dia, 1 market by chef wan.[/quote

Mmg dia yg masak kat situ ke?
Quote moonbug 27-9-2017 09:28 PM
Congrats chef wan. Very successful man he is

Lihat semua komen(56)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.233713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top