Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Di Kelantan Tak Boleh Pakai Seluar Pendek

27-9-2017 11:15 AM |Dilihat:1688| Komen: 61

sumber : FMT

Mungkin ramai rakyat Kelantan masih tidak tahu bahawa lelaki beragama Islam di negeri itu yang didapati berseluar pendek sehingga menampakkan lutut dianggap satu kesalahan dan boleh didenda. 

Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) telah mengarahkan seorang lelaki yang berseluar pendek menghadiri sesi kaunseling mandatori pada bulan depan atas kesalahan menunjukkan lututnya.

Menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Wan Khairul Hayyee Wali, ketika ditahan, dia baru sahaja keluar dari keretanya untuk membeli makanan buat isterinya.

Jika saya tidak berhenti untuk membeli burger, saya tidak akan tahu memakai seluar pendek ialah satu kesalahan, walaupun kami dalam perjalanan untuk bersukan."

Memetik laporan The Star Online, jurucakap jabatan itu memaklumkan, umat Islam terbabit tidak perlu membayar denda jika beliau menghadiri sesi kaunseling berkenaan.

Jelasnya, tindakan itu diambil kerana pihak berkuasa negeri mahu umat Islam berpakaian sopan di tempat awam sejajar ajaran Islam.

"Pelaksanaan etika berpakaian itu hanya untuk umat Islam dan tiada tindakan akan diambil terhadap lelaki atau wanita bukan Islam yang berpakaian sedemikian."

Sementara itu, pekerja am di sebuah kedai yang diberikan notis berkaitan kesalahan itu pada 10.45 Isnin malam memberitahu, dia memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah dan mendakwa tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

Sangat mengejutkan saya bila pegawai penguatkuasa agama memberikan saya saman, mengatakan saya melanggar Enakmen Jenayah Syariah kerana mendedahkan lutut saya."

Takkan lah mereka mahu saya pakai kain sarung untuk main futsal, katanya.

Tambah Wan Khairul, dia akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan didenda RM1,000 jika tidak mengikut arahan berkenaan.- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 61
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote edee_91 29-9-2017 07:07 AM
katowjo replied at 27-9-2017 09:20 AM
lutut aurat lelaki..tehehehehe...sapa kata?...oooo surah tu maybe dah dimakan kambeng dah..

lutut ...

nampaknya kambeng dah boleh join spesis cicak haiwan yang dilaknat awloh sebegitu. kena lastik tiap jemaat.

Lain-lain Komen

Quote Maideen. 26-9-2017 09:44 PM
Budak Kelantan ini  patut dirotan 100 kali sebelum kakinya dipotong supaya tidak lagi dapat  bermain futsal.
Quote JalakLenteng 26-9-2017 09:45 PM
Haramkan futsal!
Quote Maideen. 26-9-2017 09:56 PM

Saudara, sebenernya Isle tidak pernah melarang orang orang beriman bermain futsal. Isle cuma mensyaratkan jika mahu main futsal hendaklah pakai kain sarong atau jubah.....

Wallahualam.
Quote JalakLenteng 26-9-2017 10:10 PM
Maideen. replied at 26-9-2017 09:56 PM
Saudara, sebenernya Isle tidak pernah melarang orang orang beriman bermain futsal. Isle cuma mensy ...

Elhemdolellah... Ana ingatkan kita terpaksa haramkan futsal...

Team  bola negeri kelantan bagaimana pula? Nampak ramai jugak yang pakai seluar pendek...
Quote ice_sky92 26-9-2017 10:19 PM
Bodohnya weh...main futsal kot...habis tu nak pakai kain pelikat? Daripada sibuk pasal aurat kehulu kehilir lebih baik korang sibuk pasal kes dadah, rogol, bunuh kat negeri kelantan ni....I'm done with kelantan.
Quote taikor 26-9-2017 10:23 PM
"We do not take action against non Muslims. We do even take action if a female non-Muslim wears shorts in public,"


betui ka?? tidak menganggu sensitiviti?

bende bukannya satu jenayah. kalau first offense, bagi la warning. tak perlu hukum?
Quote tripleid 26-9-2017 10:24 PM
tapi team TRw team plg patuh syariah kan..xleh pkai sluar pendaek bagai..tp ujung2 sendu jgk,kalah je manjangg
Quote dodolgemok 26-9-2017 10:26 PM
Boleh sarankan pemain bola sepak ummah budu pakai jubah.
Quote debab76 26-9-2017 10:27 PM
tolong bersihkan sampah kt pantai irama pls!!! geli meols tgk sampah merata2!
Quote xy_daen 26-9-2017 10:37 PM
Lobai2 atau cewek2 kelate stim agaknya tengok kepala lutut mamat tu...mamat tu patut disebat kerana telah mengakibatkan ramai lobai2 atau cewek2 kelate bergelora napsu mereka kerana menayang kepala lututnya dikhalayak ramai...
Quote ekod79 26-9-2017 10:48 PM
Ada org repot ka?
Quote mommymonster82 26-9-2017 11:08 PM
Tak boleh pakai seluar pendek atau tak boleh pakai yg menampakkan aurat?

Kan ada je org pakai thigh pants hitam tutup kepala lutut tu? Lepas tu sarung seluar pendek.


Quote Maideen. 26-9-2017 11:13 PM
JalakLenteng replied at 26-9-2017 10:10 PM
Elhemdolellah... Ana ingatkan kita terpaksa haramkan futsal...

Team  bola negeri kelantan bagai ...

Pasal itu lah menurut pengkaji orang orang barat, di sana semua orang berpusu pusu mahu memelok Isle.......
Quote lwyl 26-9-2017 11:22 PM
Non-Muslims kena ke tidak? Ayat pelik sikit.
Quote MarryPottet 27-9-2017 12:04 AM
umo dah 30 tahun tapi perkara sekecil aurat sendiri pun tak cakna kalau mcm tu cemana nak didik isteri dan anak anak tentang perkara yg lebih besar berkaitan agama?
apa dalam dunia ni jubah sahajakah pakaian yg menutup aurat?
seluar trek panjang tu tak menutup aurat?
dan adakah boleh membawa maut sekiranya bermain futsal dengan memakai seluar panjang?
#donedakwah
Quote JalakLenteng 27-9-2017 12:17 AM

Quote cik_noreen 27-9-2017 01:10 AM
lwyl replied at 26-9-2017 06:22 AM
Non-Muslims kena ke tidak? Ayat pelik sikit.

xkena. female non-muslim pakai short pants pun bole katanya la..
Quote tumpanglalu74 27-9-2017 01:13 AM
dodolgemok replied at 26-9-2017 10:26 PM
Boleh sarankan pemain bola sepak ummah budu pakai jubah.

Mana tau sekali sepak singkap ke pinggang musti dodol tak sabo jadi cheerleader..
Quote chazey 27-9-2017 01:16 AM
Ini sangat tak masuk akal bagi akak. Aurat my ass. Jadi dengan menyaman rakyat pakai suar pendek untuk main futsal itu boleh mengurangkan kes jenayah hapa di Kelantanism?

Lihat semua komen(61)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096610s Gzip On
To Top