Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isu Kedai Dobi Hanya Untuk Muslim, Kerajaan Negeri Tidak Campur Tangan- Muhamed Khaled

ultra78|25-9-2017 01:07 PM |Dilihat:5294| Komen: 184

sumber : Facebook

Susulan baru-baru ini tular gambar di media sosial berhubung sebuah dobi layan diri di Muar, Johor yang dilaporkan meletak papan penyata bertulis 'Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja', akibatnya isu tersebut telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen.

Notis di papan penyata tersebut jelas meminta semua pelanggan harus tanggalkan kasut di luar pintu masuk sebelum masuk ke dalam kedai, dan di bahagian atasnya jelas tertera "Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja".

Sehubungan itu, Menteri Besar Johor, Muhamed Khaled Nordin tampil memberi penjelasan bahawa kerajaan negeri tiada kuasa mengawal selia peraturan sedemikian, jadi kerajaan negeri tidak membantah atau menyokong pendirian pengusaha kedai dobi tersebut. 

Memetik laporan Sin Chew Daily, Muhamed Khaled berkata pengusaha tersebut mengambil keputusan hanya membenarkan orang muslim melanggani kedainya, itu adalah pilihannya, kami kerajaan negeri tiada hak campur tangan. 

Tambahnya, sekiranya pengusaha berpendapat dia sudah cukup mendapat keuntungan dengan bilangan satu-satu kaum sahaja, dan tidak memerlukan langganan kaum lain, itu adalah pilihan pengusaha sendiri.- CARI


Loading FB Post...

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
5
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 184
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dizzzek 28-9-2017 10:07 AM
felinecat replied at 28-9-2017 08:51 AM
tujuan ko memang nak provoke je kan. isu pasal dobi, ko pulak divert hal malas, lepas tu kau nafik ...

hbis
dobi muslim
atas faktor kesucian?

kesucian apa?

Lain-lain Komen

Quote finesse 23-9-2017 09:24 PM
Tapi hati kau yg hitam ligam penuh dgn noda rasisme dan prejudis tak boleh dibersihkan dgn lautan clorox sekali pun..
Quote AbukRokok 23-9-2017 09:28 PM
lepasni kluarkan pula wang kertas ut k org islam je
kita tak tau wang kertas tu dah kne tangan yg pegang anjing dan babi...
Quote JokesCop 23-9-2017 09:44 PM
Apsal masukkan babi panggang dalam mesin basuh ka? Awat loqlaq?
Quote JokesCop 23-9-2017 09:44 PM
Apsal masukkan babi panggang dalam mesin basuh ka? Awat loqlaq?
Quote cmf_BeachBoys 23-9-2017 09:45 PM
Takyah susah2...buat je peraturan orang bukan Islam kena pakai sarung tangan
Quote Joannalee 23-9-2017 09:47 PM
Hhhihhhhg speechless asal boleh je ...
Quote MissNigga 23-9-2017 10:28 PM
yang tak leh dok secara bermasyarakat ngan bangsa agama layen tu ... mohon dok dalam gua atau dok dalam hutan
Quote pyropura 23-9-2017 10:44 PM
Aritu buat gelas asing utk keling, ni dobi asing pulak, nanti buat duit hanya utk Moslem pulak ... lepas tu mungkin setiap Moslem akan bawak tabung oksijen memasing kerana tak boleh sedut udara yg dihembus nafas kapir najus mughalazoh  ...
Quote mamarock 23-9-2017 11:02 PM
Banyak kedai dobi yang terima semua bangsa mendobi. Tak jadi hal.

Yang mana nak gi kedai dobi muslim, silakan.
Quote chazey 23-9-2017 11:06 PM
Edited by chazey at 23-9-2017 11:07 PM

Kebabian warga Moslem Malaya ni buat akak tak nyesal dilahirkan sebagai ummah cawat namun mampu berfikiran seperti ummah first world country.
Quote tumpanglalu74 23-9-2017 11:12 PM
Kene le ade mesin samak..
Quote FOTHER-MUCKER 23-9-2017 11:15 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-9-2017 07:10 PM

Amat melmalukan. Saya akui saya orang Islam tetapi... Membuatkan saya semakin tidak suka dengan lobai agama ni.
Quote Nenasketum 23-9-2017 11:19 PM
Bodohnya la hai. Yang bertudung berserban lebih kotoq dari tandas dbkl tu oi. Belum lagi yang makan duit haram, berjubah bagai
Quote GincuPurple 23-9-2017 11:19 PM
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara membersihkan pakaian yg terkena najis menurut syariat agama kita. Buat apa depa nak ambik tau kan? Depa agama lain.

Hang pa ni baca balik kata ustaz tu. maksud dia kalau baju kena najis (tahi contohnya), kena buang dulu fizikal najis tu dari baju. Kuis dulu, dah ilang jasad tahi tu baru boleh masuk dalam mesin basuh. Baru sah cara bersihkan  najis. Org bukan islam mana ada belajar pasal ni.  Logiknya depa mungkin main buh ja dlm mesin.

Kalau ada  yang islam tapi tak tau jugak, sila lah pergi belajar. Ilmu fiqah ni wajib dipelajari.
Quote tumpanglalu74 23-9-2017 11:23 PM
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:19 PM
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara  ...


Kalo dah macam tu beli je la mesin sendiri..  Kemudahan awam ni untok semua..  
Quote chazey 23-9-2017 11:25 PM
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:19 PM
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara  ...

Mana ko tau orang bukan Islam main humban ja baju bertahi dalam mesin? Hagak2 la kot ye pun nak buat assumption. Sepanjang akak kapir dulu tak pernah akak buat gitu. Ingat umat Islam jah pembersih?
Quote GincuPurple 23-9-2017 11:26 PM
Lagi haru kalau baju kena najis dari anjing - kencing, muntah, ayaq lioq etc.

Tapi kalau kita tak tau, tak pasti baju sebelum tu najis ka tidak - tak pa kot?  Macam konsep duit yg bermacam2 tangan, tempat mana datang nya - mana kita nak tau.

Tapi, kalau pun ada dobi utk muslim saja, pasai apa hangpa nak mengelupoq? Banyak ja dobi lain yg multiracial. Pi la sana. Hangpa ni memang saja nak jadikan isu.  Penat la cam ni
Quote jazaa100 23-9-2017 11:33 PM
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:26 PM
Lagi haru kalau baju kena najis dari anjing - kencing, muntah, ayaq lioq etc.

Tapi kalau kita ta ...

Asal dpt kutuk islam dik....

Byk dobi lain yg blh pergi kenapa nk mngeluporkannn....mula lah kaitkn dgn hati hitam berkeladak...yg mngutuk tu pd aku lg berkeladak....tak senang org nk buat apa   
Quote cmf_almondpecan 23-9-2017 11:33 PM
Bulan tak boleh adakan perkhidmatan khusus mcm ni kalau ada demand di kalangan pengguna. Tp dlm hidup bermasyarakat, patutnya lebih sensitif dgn penggunaan signage. Contohnya, kalau sediakan reflection corner di airport dan kemudian letak sign kata Christians only, tentulah orang lain marah. Tp kalau dilabel sbg chapel dan ada ruang lain dilabel musollah dsb, kurang la org yg marah. Kalau buka kelas bahasa Sanskrit kemudian kata hindu sahaja, org akan marah. Kalau buka kelas mengaji kitab Veda, takde/kurang agaknya penganut agama lain nak masuk.

Lihat semua komen(184)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.091986s Gzip On
To Top