Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Berang Dikejutkan Dari Tidur, Lelaki Pukul Kepala Anak, Isteri Dengan Tukul Besi

19-9-2017 05:25 PM |Dilihat:749| Komen: 2

sumber : internet

Berang kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki bernama Stanley bertindak ganas memukul kepala kedua anak dan isterinya dengan menggunakan tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.

Menurut laporan Jakarta Post, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta.

Menurut Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri suspek  terbabit.

Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, suspek dikatakan keluar dari rumah dan mengamuk sambil memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan tukul besi itu. 

"Penduduk kampung kemudian keluar beramai-ramai dan menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak dan isterinya dimasukkan ke hospital kerana cedera parah di bahagian kepala.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote miznora 20-9-2017 09:21 AM
adoii mak sakitnya.. kalau tehantuk pintu kete pun sakit apatah lagi kena hayun tukul

Lain-lain Komen

Quote miznora 20-9-2017 09:21 AM
adoii mak sakitnya.. kalau tehantuk pintu kete pun sakit apatah lagi kena hayun tukul
Quote miznora 20-9-2017 09:21 AM
adoii mak sakitnya.. kalau tehantuk pintu kete pun sakit apatah lagi kena hayun tukul

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082406s Gzip On
To Top