Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Setahun Tak Nampak Bersama, Rihanna & Katy Perry Putus Kawan Ke?

19-9-2017 03:11 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1268| Komen: 6

Kalau sebelum ini heboh diperkatakan Katy Perry dan Taylor Swift bermasam muka, kini persahabatan Katy dan Rihanna pula yang retak.



Memetik Mirror, kedua-dua bintang pop itu dilaporkan tidak kelihatan bersama sejak setahun kebelakangan ini. Mereka sedaya-upaya mengelak daripada bertembung.

Malah, Katy juga tidak kelihatan di acara kebajikan anjuran Rihanna, Los Angeles Diamond Ball.



Apa sajalah penyebab persengketaan mereka sampai Rihanna buat kenyataan tak enak mengenai Katy yang suatu ketika dahulu pernah dianggapnya sebagai kawan baik dalam industri, ya?


Foto: Mirror

Reaksi mimik muka tak menyenangkan dibuat Rihanna apabila ditanya sekiranya dia berminat menyertai Katy sebagai juri program American Idol menguatkan lagi spekulasi persengketaan mereka.

Tambah portal itu, khabar angin perang dingin kedua-dua bintang itu mula tersebar apabila nama Katy tidak tersenarai dalam acara MET Gala anjuran Rihanna.

Difahamkan, Katy berasa kecewa dengan layanan Rihanna terhadapnya.


Foto: IG Katy Perry

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Namun, menurut sumber itulah yang berlaku. Mereka tiba-tiba sahaja melancarkan perang dingin.

"Ada yang mengatakan hubungan mereka mula retak sejak Katy bercinta dengan Orlando Bloom tahun lalu, tapi tiada siapa tahu apa sebenarnya berlaku yang menyebabkan persahabatan mereka menjadi renggang," katanya.

Takkanlah putus kawan sebab kekasih kot? Atau mungkin mereka benar-benar berebutkan Orlando Bloom? Kita tunggu dan lihat sajalah apa akan berlaku selepas ini. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Previous : Penonton Terkejut Nicole Kidman Cium Alexander Skarsgard Depan Suami!

Next       : Macam Harimau Bintang Salji! - Netizen Kutuk Gaun Priyanka Chopra

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 19-9-2017 08:33 PM
Katy ni asik tak ngam je dengan retis. Rihanna, taytay, then ntah sapa lagi. Tapi i suka lagu feels part pharrell.

Lain-lain Komen

Quote raradhia 19-9-2017 04:18 PM
laaa, c orlando tu pnh dgn rihanna jgak ka? dehhh
Quote Orix 19-9-2017 04:31 PM
Iols kenot la bila baca nama orlando... terus trigt bebird heolsssssssss {:thief
Quote RatuDunia94 19-9-2017 04:55 PM
Eh American Idol nak ada lg ke? Bukan aritu dah farewell season ke?
Quote -electrifying- 19-9-2017 05:19 PM
iols selera tgk katy pery ni
OT sgt khen
Quote raradhia 19-9-2017 06:40 PM
-electrifying-: iols selera tgk katy pery ni OT sgt khen


muka katy ni kalau xmekap scary
Quote Mary_jane 19-9-2017 08:33 PM
Katy ni asik tak ngam je dengan retis. Rihanna, taytay, then ntah sapa lagi. Tapi i suka lagu feels part pharrell.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048918s Gzip On
To Top