Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Selena Gomez Dedah Terima Pemindahan Buah Pinggang Daripada BFF Sendiri

15-9-2017 03:31 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2944| Komen: 18

Mengejutkan! Selena Gomez hidap sakit buah pinggang?

Di sebalik kesakitan yang dialami, namun penyanyi Selena Gomez beruntung kerana dia mendedahkan menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabat baiknya sendiri, Francia Raisa.

Hal itu dipaparkan menerusi Instagram milik Selena, menunjukkan kedua mereka berpegangan tangan di atas katil hospital. 

"Ramai di kalangan peminat yang tertanya-tanya mengapa saya tidak mempromosikan lagu baru saya?

Sebenarnya saya perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang kerana radang yang saya hadapi,” katanya. 

Selena juga bersyukur kerana mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan juga pasukan doktor yang banyak membantunya. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan doktor yang luar biasa kerana membantu sebelum dan selepas pembedahan. 

“Dan akhirnya, tidak ada kata-kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat mengucapkan terima kasih kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa,” ujarnya. 

Hal tersebut turut menyentuh hati para peminat Selena dan mereka memuji tindakan Raisa yang sangat berani.


"Anda sangat hebat."

"Awak memang sahabat yang sangat baik."

Raisa merupakan seorang pelakon yang dikenali melalui watak Adrian Lee menerusi siri The Secret Life of the American Teenager. - CARI 


Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 18
Komen

Previous : Membesar Dalam Dunia Artis Tak Mudah, Selena Gomez Rasa Macam 'Dirogol'

Next       : Penonton Terkejut Nicole Kidman Cium Alexander Skarsgard Depan Suami!

Komen Terbaru

Quote @pplegreen 6-11-2017 04:28 PM
beruntung la dpt kawan yg nk derma buah pinggang, penyakit lupus ni mmg bahaya n attack buah pinggang dan terpaksa buat dialisis mcm org yg hidap kidney failure

Lain-lain Komen

Quote nazzse 15-9-2017 03:38 PM
untungnya {:childlike
Quote harrypoter 15-9-2017 03:43 PM
dua2 cantik
Quote doubleA 15-9-2017 04:20 PM
Baru tahu selena gomez ni penghidap lupus penyakit misteri yang mana sistem badan sendiri bercelaru. Semoga diberi kesembuhan
Quote obses_budak 15-9-2017 05:02 PM
dia kaya.. knp tk beli buah pinggang kt china je? susah kan kawn je..hehehehe
Quote mokcikKSKB 15-9-2017 06:14 PM
Kesian dia..nasib duit banyak bolehlah nk terima medical treatment..nyawa mmg xdpt ganti tp..kawan dia mmg kawan sejati lah
Quote bambimo 15-9-2017 06:48 PM
huntong betulkn..mulia nya hati bff dia..
Quote awanearisu 15-9-2017 07:02 PM
Kawan susah senang sememangnya sukar untuk dicari {:cryrun
Quote ice_sky92 15-9-2017 08:14 PM
Jiran aku anak dia ada sorang kena lupus ni...muda lagi baru 17 tahun....lupus memang akan attack kidney pun...insyaallah dengan medication dia akan hidup macam orang biasa. Amin...
Quote merrissa 15-9-2017 11:37 PM
obses_budak replied at 15-9-2017 05:02 PM
dia kaya.. knp tk beli buah pinggang kt china je? susah kan kawn je..hehehehe

xpe la kwn dia pon x kesah
Quote Arlina 16-9-2017 01:52 AM
blessed her friend for donating her kidney. such a good pure heart
Quote lucky_peace 16-9-2017 10:08 AM
Tgk kt ig yg fazura jmpe die ni, alahai kurus betul...
Quote pearl.silver 16-9-2017 12:30 PM
Teringat ada sorg ni, masa remaja perlukan pemindahan buah pinggang. So ayah dia jd penderma. Lepas operation doktor monitor dia je lebih sbb dia memang asal sakit kn..rupanya ayah dia plak yg ada komplikasi..ayah dia meninggal tp xsure just after the operation ataupun lama lepas operation tu..
Quote greantea 16-9-2017 04:21 PM
untung la ada kawn y baik
Quote gerbera.memopad 16-9-2017 10:17 PM
Baiknya kawan dia . Kalau aku pun, nak derma kat kawan even bff memang akan fikir panjang kut. Kalau family members, tak payah mintak iols sendiri offer diri.
Quote zackry14 17-9-2017 11:52 PM
Speedy  recover selena.
Quote borrow 18-9-2017 09:53 PM
lucky_peace replied at 16-9-2017 10:08 AM
Tgk kt ig yg fazura jmpe die ni, alahai kurus betul...

Ai terkejut. kurus sgt sheols skrg kan .

GWS . Lov ya
Quote Artemesiaa 20-9-2017 12:25 PM
Zaman sekarang susah nak cari kawan yang sanggup sama2 susah macam tu.  Semoga mereka cepat sembuh.
Quote @pplegreen 6-11-2017 04:28 PM
beruntung la dpt kawan yg nk derma buah pinggang, penyakit lupus ni mmg bahaya n attack buah pinggang dan terpaksa buat dialisis mcm org yg hidap kidney failure

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058315s Gzip On
To Top