Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tragedi Pusat Tahfiz : Kebakaran Mungkin Disebabkan Perbuatan Khianat- Bomba

15-9-2017 10:52 AM |Dilihat:2420| Komen: 0

sumber : FMT

Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur pagi kelmarin bukan berpunca daripada litar pintas tetapi mungkin disebabkan perbuatan khianat.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan tendang dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak."

Menurut pengarah bomba itu, hasil pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kebakaran didapati bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.

Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal, katanya.

Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap, jelas Khirudin.

"Ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak. 

Tong gas itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap, katanya.

Tambah Khirudin, biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar.

kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku perbuatan khianat, kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis."

Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran, katanya.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.075933s Gzip On
To Top