Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Simpan Arak & Buah-Buahan Dalam Peti Sejuk Sama, Pemilik Restoran Cina Dihadap Ke Mahkamah

14-9-2017 12:34 PM |Dilihat:666| Komen: 0

sumber : Guang Ming Daily

Berikutan meletakkan arak serta buah-buahan dalam peti sejuk yang sama, sebuah restoran masakan Cina dan kafe tidak halal dilaporkan dikenakan kompaun oleh penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan dihadap ke mahkamah. 

Memetik laporan Guang Ming Daily, penguat kuasa Jabatan Kesihatan menyerbu kedua-dua permis itu kelmarin dan mendakwa pemiliknya melanggar peraturan kerana meletakkan arak serta buah-buahan dalam peti sejuk sama.

Selain merampas arak bernilai lebih RM3,000, kedua-dua pemilik turut diarahkan hadir ke mahkamah pada 13 November. 

Pemilik restoran bernama Lim yang berusia 57 tahun berkata, restoran itu sudah beroperasi selama 34 tahun dan ini kali pertama premisnya diserbu.

sumber : Guang Ming Daily

Jelasnya, biarpun dia telah memaparkan papan kenyataan di restorannya bahawa makanan yang dijual di restorannya adalah tidak halal, tetapi tidak faham kenapa masih diambil tindakan. 

Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya memberi amaran terlebih dahulu, bukannya terus mendakwa peniaga ke mahkamah. 

Sementara itu, Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu, Toh Seng Cheg dipetik China Press sebagai berkata, selepas menerima aduan pengusaha, beliau mendapatkan penjelasan Jabatan Kesihatan yang memaklumkan serbuan itu dijalankan mengikut Akta Makanan 1983.

Ketua Biro Aduan MCA Bahagian Kuala Terengganu, Siew Chee Yong berkata, Seksyen 361 Akta Makanan 1983 jelas menyatakan bahawa selain kedai kopi, semua peniaga yang menjual minuman beralkohol, termasuk pasar mini dan kedai runcit, semuanya tidak boleh meletak minuman beralkohol dengan makanan lain dalam sebuah peti sejuk atau rak sama.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080716s Gzip On
To Top