Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tular Video Dakwaan Tun Mahathir Perlu Bertanggungjawab Dalam Isu Kerugian Forex BNM

13-9-2017 04:40 PM |Dilihat:1069| Komen: 16

sumber : The Malaysian Insight

Ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sedang giat dijalankan berkenaan isu kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM), dilaporkan baru-baru ini tersebar pula satu klip video yang membuat tuduhan bahawa individu yang perlu dipersalahkan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


Memetik laporan The Malaysian Insight, rakaman video yang berdurasi dua minit itu memaparkan petikan ceramah Ketua Penerangan Umno Annuar Musa dan sedutan kenyataan daripada beberapa individu. 

Ianya termasuk Ketua Institut Kepimpinan dan Strategi Asia Ramon Navaratnam dan bekas penolong gabenor BNM, Abdul Murad Khalid juga sudah memberikan keterangan di hadapan RCI.

Menurut Annuar dalam video itu, negara ini kehilangan RM32 bilion, iaitu sebahagian daripada rizab asingnya, ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Ketika saya jadi menteri, tiap-tiap hari Rabu bermesyuarat Kabinet, segala apa bendanya dibincang, yang rasmi dan tidak rasmi." 

"Tapi hanya 20 tahun kemudian saya sebagai menteri baru tahu zaman saya Dr Mahathir pimpin, hilang RM32 bilion. Lesap begitu saja."

RM32 bilion pada 1993 sama dengan RM100 bilion hari ini. 

Ucapan Annuar itu dibuat ketika jelajah pertama Umno; Perjuangan for all, love, respect, unity" di Wangsa Maju pada 10 September.

Video itu diakhiri dengan mesej Mahathir perlu bertanggungjawab.

Difahamkan video tersebut dimuat naik di Facebook Rojak Malaya kira-kira jam 11.30 pagi semalam.- CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote putput 14-9-2017 09:29 AM
bacalah statment terkini nor mohammad. mengapa BN terlibat forex

Lain-lain Komen

Quote lvsg8 13-9-2017 04:51 PM
tunggu la rci habis dulu kalau ye pun nak kenakan mader...isnin akan datang mader akan testify...aku tak sabar je nak tgk mader pusing kepala sekor2...
Quote palmolive 13-9-2017 04:53 PM
sembang banyak2..ketua demo nok majukan ekonomi amareka
Quote sayawifenikmie 13-9-2017 04:54 PM

aiiii ... baru nak bising? selama ni apa kome buat?

rugi ... OK lah tu ... dah rugi nak buat macam mana .... bukan UFM.
Quote cocorex 13-9-2017 04:58 PM
Pokjib tersenyum sinis dibelakang iteww
Quote Skuau 13-9-2017 05:09 PM
Nt...'kita tengok sapa yg kena'......
Quote shamsadis 13-9-2017 05:34 PM
mamak kutty tu dah suci sejak join Pakatan Rakyat yang tak suci Hadi Awang je
Quote dcruins 13-9-2017 05:50 PM
Nak pakai reserve negara main Forex kena laaa melalui finance ministry & Perdana Menteri dulu, sesi briefing macam biasa dengan gabenor bank negara....nak lari kat mana lagi??? Dah procedure dia macam tuuu.....
Quote dcruins 13-9-2017 05:58 PM
Mahathir dah jadi the 32 billion ringgit man, nilai hari ni dah cecah ratusan billion ringgit dah kot....
Quote kentel 14-9-2017 07:55 AM
hahaha...macai pun...da kena pecat jadi pengerusi mara tu diam2 lah...bongok..sah2 la ko da songlap duit mara tu kan sbb tu berganti dgn dr. awang adek
Quote kelana36 14-9-2017 08:04 AM
kalau dah terang duit tu lebur sebab kerugian main FOREX, be it. at least kita tau kemana duit tu hilang. Buat la RCI pun, kalau dah tau sapa salah ..so what.. nak buat apa kat dia..? suruh dia ganti balik ker?

Yang pusing pusing duit rakyat satu dunia kemudian masuk ke akaun peribadi tu yang patut di tangani sekarang, tak kan nak tunggu lagi 30 tahun kot.
Quote becir 14-9-2017 08:13 AM
Annuar Ni yg sibuk sokong Malaysian student yg paedo tu Kan..laughable kot! Obviously takde otak!
Quote monreyes 14-9-2017 08:16 AM
kisah forex losses ni dari zaman reformasi dah dengar....
bkn citer baru....
Quote bit 14-9-2017 08:57 AM
Aikkk baru sekarang tahu rugi forex bnm, banganglah hang selama ni jadi menteri. Orang lain dah tahu lama.

Patut la duk percaya Jibby lagi, mungkin 30 tahun lagi baru dia tahu Jho Low and gang rompak duit rakyat Malaysia.
Quote dcruins 14-9-2017 09:09 AM
Deyyy Tun RM32 billion & Peliwat nak lari mana lagi...
Quote renko 14-9-2017 09:18 AM
si musang ni dah xde jawatan nak songlap duit g
tu menyalak melolong2 nk up nama balik
dasar musang
Quote putput 14-9-2017 09:29 AM
bacalah statment terkini nor mohammad. mengapa BN terlibat forex

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092496s Gzip On
To Top