Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Alhamdulillah, Saya Dijodohkan Dengan Madu Yang Ikhlas - Nurul Zahid Kongsi Kisah Berpoligami

13-9-2017 04:38 PM |Dilihat:5851| Komen: 60


Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam namun seringkali menimbulkan perbahasan dan "tentangan" terutamanya di kalangan wanita.

"Siapa sanggup berkongsi kasih, apa sudah pupus ke lelaki dekat dunia ini?"

"Tak cukup ke ada satu sampai nak tambah lagi cawangan baru?"

" Kalau bab poligami, kaum lelaki laju je nak ikut syariat tapi bab nafkah semua tu mampu ke berlaku adil?"

Itulah antara contoh rungutan yang biasa kita dengar dari kaum wanita setiap kali berbicara tentang poligami. Namun bukanlah semua wanita menolak poligami, ini terbukti dengan pelbagai perkongsian kisah pasangan yang hidup bermadu mampu kekal bahagia.

Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan nama Nurul Zahid juga ada berkongsi luahan hati tentang hidup berpoligami.

Untuk info, anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu baru sahaja bergelar isteri buat kali kedua pada bulan Jun lalu bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff.

Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau ada berkongsi coretan luahan hati di salah satu gambar bersama isteri pertama suaminya (madu) yang di muat naik beberapa hari lalu.


Kredit foto - Instagram nurulzahid


tak semua perempuan bernasib baik seperti kami. Ini adalah salah satu memori yg kami rakamkan selepas selesai acara akad nikah sy dan suami, yg pada mulanya utk simpanan peribadi kerana takut disalah mengertikan tentang perkongsian berpoligami. 

Alhamdulillah, sy dijodohkan dgn madu atau kakak yang ikhlas dan memahami dan kakak juga bersyukur akan jodohnya dengan sy yg sekepala dgnnya. Percaturan Allah sangat hebat.! 

Sebenarnya peranan suami dalam mendidik isteri amat besar, begitu juga pengalaman diri dan latar belakang keluarga. Tak sabar rasanya utk sy berkongsi perjalanan hidup sy yg mengubah persepsi dlm berkongsi kasih ini. Bila sy sendiri melayari bahtera rumahtangga ini bersama suami dan kakak, tak tercapai dek akal atau tidak pernah terlintas bahawa sy mampu membawa diri dan kasih sayang sejauh ini. 

Sedikit perkongsian yg sy tidak pernah dedahkan .. Perkara pertama atau ayat pertama yg keluar dari mulut sy bila pertama kali berjumpa kakak ..Kak, maafkan Nurul sebab berkawan dgn suami akk (walaupun ketika itu sy dan suami tidak dikategorikan sebagai bercinta / tidak bercinta lagi) .. 

Ikhlasnya, suami memberitahu kakak niat utk memperisterikan sy dan murninya kakak menerima pelawaan sy utk berjumpa empat mata pd ketika itu. Tidak salah jika antara kita (wanita) terlanjur menyayangi lelaki yg sudah berkahwin tetapi kita perlu BERBAHASA dan tahu bagaimana utk tidak menambah kelukaan pd sebelah pihak yg sudah tersedia lukanya.

Kesimpulannya, hormati kasih sayang yg Allah kurniakan dan jangan lokek meminta maaf samada wujudnya salah atau tidak. Terima kasih suami, terima kasih kakak kerana sudi menjadikan Nurulhidayah sebahagian daripada hidup kalian.

 Inshaa Allah, nantikan perkongsian sy lagi. Ingat, berbahasalah. Ia tidak menjadikan kita miskin malah Allah memberikan kekayaan jiwa pd kita. Inshaa Allah , tulisnya.

Kredit foto - Instagram nurulzahid


Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang ketiga di dalam hidup namun alangkah indahnya hidup berpoligami jika si suami mampu berlaku adil dan isteri-isteri (madu) juga saling memahami seperti kisah yang dikongsikan oleh Nurul ini. 

Sama-sama kita doakan kebahagiaan yang dikecapi oleh Nurul sekeluarga kekal hingga ke Jannah. Semoga perkongsian baik tentang keakraban dengan madunya dapat dijadikan contoh buat semua pasangan yang hidup bermadu. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 60
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote minahmanja 18-9-2017 12:57 PM
tk brape berkenan la dia ni asik expose life bermadu dia tu.. i still rase mcm fake, kehidupan sebenar tk seperti yg di tunjuk kan pd umum..

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 13-9-2017 04:50 PM
sebab dia anak tpm..
cuba anak petani or nelayan or kerani gomen..
tengok sejauh mana ikhlas madu dia tu melayan..
Quote barfi 13-9-2017 04:54 PM
Yakin ke madu ko tu betul2 ikhlas. Entah2 duk berendam dengan air mata.

Hmmm entahla. Aku okay je dia ni nak kawin lagi beberapa kali pun. Dan nak bermadu pun aku tak kisah asalkan madu dia terima dia.

Tapi tak perlu la canang2 lebih sgt. Simpan diam2 sudah.
Quote Megikari 13-9-2017 04:54 PM
Dulu tak suka dgn nurul ni, tapi lepas dia kawin ni i tersuka pulak. Tengok dia aman2 je dengan madu dia, n nampak dia sgt hargai madu dia tu
Quote Soorayahas 13-9-2017 04:56 PM
bagusla kalau bermadu dengan cara baik..seperti zarina zainoordin..alhamdulillah semuanya berjalan baik dari mula sampai sekarang
Quote HannahMontana 13-9-2017 04:57 PM
entah2 isteri pertama plan nak kaut   kontrak juta2...elok2 tambah  harta berkepuk....


ko faham kan apa akan berlkau seterusnya?!!
Quote Diamje 13-9-2017 04:57 PM
Baguslah kaklong..reti berbahasa.. Jgn jadi mcm lily khay abg rahim korang..hahhaha.. Galak kemain.. Kot kot mana isteri ptama msti akan cemburu.. Aku x leh bygla org yg bmadu ni. Tabahnya hati korang..
Quote helicornia 13-9-2017 04:57 PM
barfi: Yakin ke madu ko tu betul2 ikhlas. Entah2 duk berendam dengan air mata.Hmmm entahla. Aku okay je dia ni nak kawin lagi beberapa kali pun. Dan nak berm ...

setuju..hormati perasaan 1st wife n keluarganya.contoh terbaik zarina zainudin.mungkin hati pedih tp redha dgn takdir sbb tu tk merempan
Quote HannahMontana 13-9-2017 04:57 PM
dasar pencaras , mrklah yg sellau kata madu ikhlas...


lebah xpernah mengaku ikhlas  tp lebah tetap menyengat.


dlm diam , dlm  sendirian , dalam hati yg ghaib xdilihat mata .
Quote umbut 13-9-2017 05:02 PM
Meluat aku.. kat ig asyik post pasal dia bermadu yg baik so onnnn.. ye lah kak long..
Quote Queenmastani 13-9-2017 05:02 PM
Diamje replied at 13-9-2017 04:57 PM
Baguslah kaklong..reti berbahasa.. Jgn jadi mcm lily khay abg rahim korang..hahhaha.. Galak kemain.. ...

Bini ke2 rahim tu nmpk sgt nk lawan dgn yg pertama..tgk gambar filter dia humangg aiii...ngeri
Quote raradhia 13-9-2017 05:08 PM
erk, madu dia ka tu??
Quote ~boolean 13-9-2017 05:13 PM
tang ni pandai pula dia berbahasa...

sedangkan post2 nya yang dulu memang bahasa macam bengap tak sekolah tinggi
Quote tenukbelaan 13-9-2017 05:17 PM
wow...errmmmm
Quote tembikai 13-9-2017 05:25 PM
takyah la expose sgt kut...diam2  jer sudah...semua org pun dah tau...tapi bila sealu sgt  dok canang .... mcm tak best plak jadinya.
Quote idakamaruddin 13-9-2017 06:12 PM
bini tua bg la sbb ko tu anak sape..kang tak bagi mau kene buang daerah bagai

tapi cane ko bole suka laki org? harta ada sume ada cane laki org gak yg ko kenan?

pelikk..padahal byk je laki lain beratur nk buat ko jd bini

Quote Cyempaka 13-9-2017 06:24 PM
Gile xikhlas anak vvvvip kot.. Cer andartur miskin mcm aku jd madu ko tgk ikhlas ke idokkk
Quote jerukkedondong 13-9-2017 06:45 PM
Manis nya kak long 'berbahasa' skrg...
Dulu mulut kak long cam longkang gak komplen  pramugari tua bagai bla..blu..bla....
Seronok ekk bermadu...dok diam2 sudehhh...
Tak pyh nk hingaq sngt buat promo poligami itu indah...adik tak suka...
Quote Siput.Lala 13-9-2017 06:50 PM
Elah.. sapa la x nak dapatkan anak bakal PM Malaysia.. senang2 boleh dapat tender projek free je nanti..
Quote helicornia 13-9-2017 07:03 PM
Soorayahas: bagusla kalau bermadu dengan cara baik..seperti zarina zainoordin..alhamdulillah semuanya berjalan baik dari mula sampai sekarang

zarima zainoordin tu yg artis af tu

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052265s Gzip On
To Top