Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Harga Cengkerik Lebih Mahal Berbanding Emas

13-9-2017 12:54 PM |Dilihat:1246| Komen: 27
Menurut pakar kaji selidik haiwan dan serangga Beijing, cengkerik merupakan serangga peliharaan kerabat diraja China sejak ribuan tahun dahulu. 

Memetik laporan Shanghaiist, laga cengkerik antara sukan popular di China yang bukan sahaja di kalangan maharaja malah di kalangan orang awam.

Disebabkan itu juga, nilai serangga itu dikatakan lebih mahal daripada emas di negara tembok besar itu. 

sumber : http://1.bp.blogspot.com/

Kini peminat sukan tersebut sanggup membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk akal untuk serangga itu semata-mata mahu menewaskan lawannya.

Bagi meningkatkan harga cengkerik yang ditangkap, serangga itu juga dilatih supaya ia boleh bertarung.

Sidian, sebuah bandar kecil di wilayah Shandong adalah pasar cengkerik terbesar di China dan pada setiap tahun peminat sukan itu berkampung di bandar itu untuk membeli serangga terbaik.

Pada lewat musim panas dan luruh, kawasan sekitar Sidian sibuk siang dan malam dengan penduduk termasuk dari kampung berhampiran mencari cengkerik terbaik.

Pada tahun ini, seorang petani di kampung Caojia menjual seekor cengkerik pada harga 15,000 yuan (RM9,657).

sumber : http://1.bp.blogspot.com/

Akhbar tempatan pada 2014 melaporkan, seekor cengkerik dijual pada harga 300,000 yuan (RM193,142) sekali gus menjadi serangga paling mahal dijual di bandar itu.

Oleh kerana penjualan cengkerik yang semakin menguntungkan sejak beberapa tahun lalu, ia telah menyebabkan populasi serangga itu turun secara mendadak di Sidian, China.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Knowlee 15-9-2017 05:38 PM
spiderman80 replied at 14-9-2017 11:05 PM
Oh....bulan March tahun depan baru buka.

Estimate saja. Sampai masa nanti baru la tau. Bukan senang nak pindah ni, abam spidey. My Institute ni byk lab equipments. High tech punya banyak. Jenuh nnt.

Lain-lain Komen

Quote insulin 13-9-2017 01:00 PM
Haha. Laga cengkerik.
Quote Acik_Whitney 13-9-2017 01:01 PM
Cengkerik kalau makan sedap, rangup.
Emas kalau tertelan mampus terus.
Quote onexox97 13-9-2017 02:02 PM
beli mahal mahal pastu mati
burn duit sebelum menang laga cemgkerik
Quote Simunggu 13-9-2017 02:31 PM
nak bagi laga cengkerik dgn @dodolgemok
siapa menang??
Quote petaiterbang 13-9-2017 02:37 PM
dari laga cengkerik baik lagakan kepala @sebu1 kat dinding

tul tak @Queen.Dendra

Quote zaziot 13-9-2017 02:43 PM
cani pun ada ke
Quote Kening_Panjang 13-9-2017 02:43 PM
kalau kat sini humban-humban je bagi burung makan, ishhh

biar betik!
Quote tenukbelaan 13-9-2017 02:58 PM
mak ai..dasyat nya!
Quote -electrifying- 13-9-2017 03:31 PM
apa kelebihan yg mahal tu? 30win dgn 27KO?
Quote Pink_Purple 13-9-2017 04:43 PM
macam2 cara nak lepaskan ketagihan berjudi ni
Quote Knowlee 13-9-2017 10:23 PM
The heck? Ai ketuk cengkerik dengan magazine sampai penyek sebab bising sgt. Atau sembur dgn ridsect.
Quote spiderman80 13-9-2017 11:03 PM
Sebut cengkerik pasti akan terfikir seekor ini.

Quote insulin 13-9-2017 11:26 PM
Knowlee replied at 13-9-2017 10:23 PM
The heck? Ai ketuk cengkerik dengan magazine sampai penyek sebab bising sgt. Atau sembur dgn ridsect ...

Ruginya...
Quote haryatie 14-9-2017 07:51 AM
patut la dlm crita MULAN ada cengkerik..
Quote Hedwig77 14-9-2017 08:15 AM
iols nk bt bisnes cengkerik lah kt sana.
Quote budaktua 14-9-2017 08:58 AM
tk lama lg smp la tu ke tmpt kita....

klu  belalang rasanya dah ada... tp tk la pertaruhan mahal gila mcm tu .....
Quote Knowlee 14-9-2017 10:40 PM
insulin replied at 13-9-2017 11:26 PM
Ruginya...

Kalo tau la boleh jual ribu-ribu, ai tangkap semua cengkerik yg ai ketuk tu simpan dln balang.
Quote spiderman80 14-9-2017 10:50 PM
Knowlee replied at 14-9-2017 10:40 PM
Kalo tau la boleh jual ribu-ribu, ai tangkap semua cengkerik yg ai ketuk tu simpan dln balang.

Sis Knowlee, bukan semua cengkerik mahal lah....artikel dah tulis, cuma cengkerik from sebuah bandar saja ada permintaan tinggi.


Btw, off topic jap.
Sis dah pindah masuk ke Setia Alam?
1NIH tu bila buka?
Quote Knowlee 14-9-2017 10:53 PM
spiderman80 replied at 14-9-2017 10:50 PM
Sis Knowlee, bukan semua cengkerik mahal lah....artikel dah tulis, cuma cengkerik from sebuah band ...

Ooo. Ingatkan semua cengkerik pun buleh. Hahaha.

Belum pindah lagi la Abam Spidey. 1NIH tu delay lagi. Estimate March 2018 kami pindah masuk. Hopefully betul la. Dah lama tunggu ni.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092369s Gzip On
To Top