Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

iPhone 8 Bakal Dilancarkan Esok, Jam 1 Pagi Waktu Malaysia

12-9-2017 07:03 PM |Dilihat:4203| Komen: 147

sumber : internet

iPhone 8 akan dilancarkan pada esok iaitu 13 September jam 1 pagi waktu Malaysia.

Memetik laporan The Telegraph, telefon pintar terbaharu itu dijangka membawa perubahan yang radikal bagi syarikat terbabit, yang akan memberi kejutan buat pengguna sempena ulang tahun ke-10 peranti tersebut.

Satu maklumat yang bocor menyatakan telefon terbaru itu mungkin mencecah harga sehingga USD1,000 atau kira-kira RM4200. 

Ia mungkin akan dinamakan sebagai iPhone X dan mempunyai ciri-ciri pengecasan tanpa wayar, pengecaman muka dan skrin penuh buat pertama kalinya tanpa butang home. 

Apple dijangka akan melancarkan peranti tersebut bersama dengan dua lagi model telefon yang dinamakan sebagai iPhone 8 dan iPhone 8 plus.

sumber : internet

Berkenaan ciri-ciri iPhone terbaru ini, terdapat beberapa cadangan yang paling munasabah sedang tersebar luas di luar sana. 

Bagaimanapun, bagi ketua reka bentuk Apple, Sir Jony Ive memang menjadi impiannya selama ini untuk menghasilkan iPhone yang kelihatan seperti sekeping gelas dengan skrin yang meliputi seluruh bahagian depan telefon.

Dipercayai iPhone X akan menampilkan reka bentuk semula secara radikal sempena sambutan ulang tahun ke-10 jenama iPhone.

Penganalisis dan maklumat yang bocor mencadangkan premium iPhone X akan dihasilkan sekurang-kurangnya dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan tembaga atau emas. 

Warna-warna putih dan hitam adalah agak standard, tetapi warna ketiga berkemungkinan berwarna tembaga atau warna emas champagne.

iPhone X mempunyai dua jenis kapasiti minimum iaitu 64GB dan 256GB, difahamkan tempahan bermula pada 27 Oktober ini manakala penjualannya bermula pada 3 November ini.- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 147
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Otaku85 20-9-2017 08:38 PM
wirazam replied at 13-9-2017 07:36 AM
byk smartphone dr china with higher spec...tp tu lar reliability tu kurang sikit

Sebenarnya utk casual user baik guna iphone sbb tak byk meragam.

Lain-lain Komen

Quote KucingKedai 12-9-2017 07:06 PM
Ala naaakkk.. nak kena jual buah pinggang ke camane ni {:question
Quote RatuDunia94 12-9-2017 07:28 PM
Kt ofis iols ni siap ada yg main duit kutu iphone..
Koser sangat!!!
Quote zorrro_03 12-9-2017 07:35 PM
Mampus laaa  kena menganjing ke kawan2 yang dah berangan2 nak beli ikut DIGI Maxis.  
Quote kittypong31 12-9-2017 08:13 PM
dapatlah macbook sebijik... haishh
Quote kentel 12-9-2017 08:14 PM
RatuDunia94 replied at 12-9-2017 07:28 PM
Kt ofis iols ni siap ada yg main duit kutu iphone..
Koser sangat!!!

at least ada la effort theyols dari ambik installment
Quote wikedsaikel 12-9-2017 08:44 PM
Iols nk kumpul beli macbook
Quote moonbug 12-9-2017 09:17 PM
Mampu tgk saje {:childlike
Quote flying_cow 12-9-2017 09:21 PM
Dino si peminat tegar iPhone mana?
Quote seng1981 12-9-2017 09:36 PM
wow, iphone 8
Quote ultra78 12-9-2017 09:55 PM
Live streaming (1 pagi)

https://www.apple.com/apple-events/september-2017/

  • Requirements: Live streaming uses Apples HTTP Live Streaming (HLS) technology. HLS requires an iPhone, iPad, or iPod touch with Safari on iOS 9.0 or later, a Mac with Safari on macOS v10.11 or later, or a PC with Microsoft Edge on Windows 10. Streaming via Apple TV requires an Apple TV (2nd or 3rd generation) with software 6.2 or later or an Apple TV (4th generation).



Atau search dalam youtube. Ada la kot orang share
Quote Bujat 12-9-2017 09:55 PM
Katanya iphone X ni eksklusif & terhad. Huntungla sapa yg mampooo{:childlike
Quote hyie 12-9-2017 10:10 PM
acik2 kepam tengah beratur ke sekarang?
Quote OmJualGas 12-9-2017 10:12 PM
Kena buat loan peribadi lagi la ni....
Quote batmana 12-9-2017 10:18 PM
jgnla berangan nk beli iphone 8
klu mak/pak kt kampung tu bagi samsung corby aja

cm anak derhaka lak , mampu beli tepon mahal2
tapi mak pak sendiri tepon yg ketinggalan zmn

pastu balik2 ckp mak tk reti pakai

hello..
time ko bljr jln, mkn , berak, basuh taik sndiri tu mak korang gak susah2 ajar smpai dpt
tapi nk aja mak pak sndiri gune iOS /android pn tkle sabar
cmne tu?

Quote bolamata 12-9-2017 10:18 PM
Aku baru pakai iphone 7 plus bulan feb tahun ni... cisss dah kenapa iphone kuar model baru cepat dah macam samsung ni..
Quote leena1234 12-9-2017 10:28 PM
Wow..nice2, but can't affordlah to buy it {:run
Quote insulin 12-9-2017 10:36 PM
Meleleh ayaq liuq menengoknya...
Quote de_ikea 12-9-2017 10:38 PM
Nak tunggu review dr abam dino dululah. Nak tag heols pun dah tak tahu nick terkini
Quote de_ikea 12-9-2017 10:38 PM
Nak tunggu review dr abam dino dululah. Nak tag heols pun dah tak tahu nick terkini

Lihat semua komen(147)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.101831s Gzip On
To Top