Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Terlanggar Besi Penghadang Jalan Di Kawasan Tol

12-9-2017 03:22 PM |Dilihat:1578| Komen: 19

sumber : Berita Harian

Seorang lelaki berusia 26 tahun menemui ajal apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di tepi Plaza Tol Lima Kedai, Link Kedua di Iskandar Puteri malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Chong Yue Sheng dilaporkan dalam perjalanan dari arah Gelang Patah menghala ke Senai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas lalu berpusing melanggar besi penghadang jalan dalam kawasan tol.

Tambah Noor Hashim, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Hairul Azwii Esrah, berkata sebaik tiba pada jam 10.10 malam, anggota bomba segera bertindak menyelamatkan mangsa.

"Sebaik tiba pada jam 10.10 malam, enam anggota bomba mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya."- CARI

sumber :Berita Harian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Madel 12-9-2017 09:47 PM
Laju..
Samada mengantuk or mabuk

Lain-lain Komen

Quote white_musk 12-9-2017 03:29 PM
Innalliah..  

Al fatihah...
Quote harrypoter 12-9-2017 03:39 PM
white_musk replied at 12-9-2017 03:29 PM
Innalliah..  

Al fatihah...

cina la wei
Takziah je la
Quote white_musk 12-9-2017 03:42 PM
harrypoter replied at 12-9-2017 03:39 PM
cina la wei
Takziah je la

Cina x boleh menganot islam ke dik?  
Melayu je boleh ye..  
Quote Artemesiaa 12-9-2017 03:43 PM
Kalau memandu laju pasti akan susah nak mengawal kenderaan ke ada masaalah sistem break, takziah buat keluarga mangsa
Quote shiedafaizal 12-9-2017 03:45 PM
teruknya keta dia
Quote harrypoter 12-9-2017 03:45 PM
white_musk replied at 12-9-2017 03:42 PM
Cina x boleh menganot islam ke dik?  
Melayu je boleh ye..

mana ko tau dia islam
Quote harrypoter 12-9-2017 03:47 PM
white_musk replied at 12-9-2017 03:42 PM
Cina x boleh menganot islam ke dik?  
Melayu je boleh ye..




Quote kentel 12-9-2017 03:47 PM
lambat btol loo ni lol...
Quote EvieWanKenobi 12-9-2017 03:51 PM
tengok keadaan keretanya mesti laju semasa kejadian..
Quote alieyrina 12-9-2017 03:56 PM
Kereta yg 1 tu keww..
Quote alieyrina 12-9-2017 03:56 PM
-double post-
Quote gede-bab 12-9-2017 05:07 PM
pecut.. sampai kat plaza tol tak sempat brek...agaknya..
Quote Pink_Purple 12-9-2017 05:47 PM
myvi boleh terbang skrang ni
Quote pearl.silver 12-9-2017 06:10 PM
Xsempat byr tol
Quote sebu1 12-9-2017 06:15 PM
Ngantuk ke ape
Quote Skuau 12-9-2017 07:01 PM
Myvi mendunia....
Quote ninja boy 12-9-2017 07:24 PM
ai heran ramai driver asal nampak botolneck cepat2 laju kereta berlumba2 siapa paling cepat sampai ke lorong yg sempit itu. pun hairan nampak tol pecut laju2 potong semua org janji org yg first bayar tol padahal pakai ajala smartag ka, sampai driver lain nak start masuk lorong smartag touch ngo  mengelupur melihat kenderaan laju dari belakang spt tak mau beri peluang org lain tukar lorong dari kiri ke kanan
Quote moonbug 12-9-2017 09:43 PM
Laju nampak gayanya dia bawak
Quote Madel 12-9-2017 09:47 PM
Laju..
Samada mengantuk or mabuk

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095256s Gzip On
To Top