Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Unik! Robot Anjing Ciptaan Jepun Ini Mampu Kesan Kaki Berbau

12-9-2017 01:19 PM |Dilihat:528| Komen: 5

sumber: www.odditycentral.com

Seseorang yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya merasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian.

Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekiling mereka juga kurang selesa tambahan jika baunya terlalu kuat.

Memetik laporan Oddity Central, sebuah syarikat di Jepun baru-baru ini mencipta robot anjing yang boleh memberitahu sekuat mana bau busuk kaki anda menerusi pengesan yang dipasang pada bahagian hidung robot itu.

Yang menariknya, robot yang diberi nama Hana-Chan itu akan menggerakkan ekornya sekiranya kaki anda tidak berbau busuk.

Bagaimanapun, ia akan mula menyalak apabila kaki anda berbau busuk.

Lebih melucukan lagi, robot anjing ini akan terbaring dengan sendirinya seolah-olah pengsan sekiranya bau terlampau busuk.

Difahamkan, bau kaki merupakan sesuatu yang penting di Jepun kerana budaya mereka menanggalkan kasut setiap kali memasuki mana-mana rumah.

Malah, bau kaki yang busuk juga dianggap sesuatu yang memalukan di Jepun.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote xinrou31 13-9-2017 05:09 PM
nak 1 pls....

Lain-lain Komen

Quote cik_noreen 12-9-2017 01:44 PM
comelnyeee

pasni bole modify utk detect bau truffle ke.. nyumsss
Quote Megikari 12-9-2017 02:17 PM
I nak yg boleh detect bau duit {:nose
Quote finesse 12-9-2017 02:21 PM
Konnichiwa, Hana desu.
Quote matchstick 12-9-2017 07:47 PM
Perlu ke...xde hidung ke sape yg guna ni
Quote xinrou31 13-9-2017 05:09 PM
nak 1 pls....

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094603s Gzip On
To Top