Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Geli Dengan Lendir Bendi? Kena Suka Juga Sebab...

12-9-2017 12:50 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1296| Komen: 11

Walaupun terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas, ramai masih tak tahu khasiat tersembunyi dalam sayur kacang bendi.


Foto: Ayurveda and Yoga

Memetik Merdeka.com, bendi bersifat antioksida yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sekali gus melindungi tubuh dari radikal bebas serta mencegah sel kanser membiak.

Jom baca manfaat lain sayur bendi ini!


1. Merawat anemia

Pengambilan bendi akan membantu menghasilkan sel darah yang mencukupi selain mencegah serta merawat penyakit anemia.


2. Menghidap asma?

Foto: NetDoctor

Mereka yang memiliki penyakit asma digalakkan mengambil bendi kerana ia mengandungi sejumlah Vitamin C dan zat antioksida yang membantu mengurangkan serangan asma secara aktif.


3. Menguatkan tulang

Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat yang membantu menguatkan tulang serta mencegah osteoporosis.


4. Aras kolesterol tinggi?

Jangan risau. Selain mengambil ubatan ditetapkan doktor, amalkan pengambilan makanan sihat seperti bendi yang kaya dengan serat larut.

Selain menurunkan aras kolesterol, ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung.


5. Melawas

[resize output image]

Kandungan serat dan lendir di dalamnya merupakan pelawas yang baik. Bukan sahaja melancarkan pembuangan air, khasiat bendi juga mengurangkan risiko kanser usus besar.


6. Merawat diabetes

Jika anda menghidap penyakit diabetes, anda disarankan untuk mengambil 6 hingga 8 biji bendi setiap hari kerana sifat bendi mampu menurunkan kadar insulin dalam tubuh.


7. Memelihara kesihatan mata

Foto: Marvel Optics

Bendi kaya dengan beta-karoten, lutein, dan xanthin yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata.


Mungkin anda kurang menggemari sayur bendi kerana ia mengeluarkan lendir, tapi tak salah ketepikan rasa tak suka itu demi kesihatan tubuh sendiri, bukan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Makan Daging Kambing Boleh Sebabkan Darah Tinggi, Benar Atau Mitos?

Next       : Usah Keliru Lagi, Ini 5 Jenis Daging Yang Sihat Dan Baik Dimakan

Komen Terbaru

Quote moocoww 15-9-2017 06:29 PM
Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb berlendir2...tapi sbb sedap sgt asam pedas yg bff masak tu..ai telan je la...lama2 rasa eh sedap pulak..sejak hari tu mmg bendi wajib ada dlm fridge...

Baru hari ni tau khasiat tersembunyi yg ada dlm bendi ni...tq tt utk info

Lain-lain Komen

Quote husie91 12-9-2017 12:54 PM
My favorite {:love celur bendi pastu colet dengan sambal belacan fuhh {:shy
Quote DeeHanania 12-9-2017 01:14 PM
My faveret!!!
Quote Rainrein 12-9-2017 01:16 PM
I love love love bendi.  Kalu masak asam pedas or kari tak sah x taruk bendi.  Paling malas pun celur kejap pastu cicah sambal belacan or budu.  Heaven betul makan.
Quote mr_cool5885 12-9-2017 01:37 PM
Dlu aku mcm penah dgr mkn bendi nti air jd byk. So aku pn mkn la bebanyak...hmm
Quote prettyuglybabe 12-9-2017 01:44 PM
sedapnya bendi..
Quote kucingkecik 12-9-2017 02:35 PM
Asam pedas letak bendi..sedapny{:yameteh
Quote CardiGans85 12-9-2017 04:43 PM
Sayur fav{:hooray
Quote cik-jaja 12-9-2017 05:31 PM
mmg sedap, tp xle mkn slalu sbb xleh thn rasa berlendir dye tu
Quote SecretLuv 12-9-2017 11:28 PM
Oh. Rupanya bagus untuk pesakit asma juga ye. Selama ni aku ingat makan bendi boleh menjadikan lagi banyak kahak ke sebab lendir dia tu. Hehe.
Quote Aquarius9283 15-9-2017 12:12 PM
Thanks info
Quote moocoww 15-9-2017 06:29 PM
Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb berlendir2...tapi sbb sedap sgt asam pedas yg bff masak tu..ai telan je la...lama2 rasa eh sedap pulak..sejak hari tu mmg bendi wajib ada dlm fridge...

Baru hari ni tau khasiat tersembunyi yg ada dlm bendi ni...tq tt utk info

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053395s Gzip On
    To Top