Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

"Itu Fitnah, Tunggu Tindakan Saya Selanjutnya!" - Boy Iman

11-9-2017 01:42 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 16548| Komen: 344

"Itu fitnah!"

Pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia cuba melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes seperti didakwa Facebook (FB) PW Community, baru-baru ini.



Menerusi status itu, PW Community mendakwa DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan 
menggunakan helah menjual rumah berharga semasa RM200,000 pada harga RM50,000.

Posting itu turut mendedahkan DBI Homes menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpulkan dana dan menawarkan rumah dengan harga murah sebagai tarikan.


Foto: FB PW Community

Memetik mStar Online, Boy Iman bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Pemilik nama sebenar Norul Iman Abd Rahman itu memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik FB terbabit.

"Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.

"Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.

"Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis," katanya kepada mStar Online. 



Dalam masa sama, Boy percaya pengendali laman Facebook berkenaan dibayar pihak tertentu untuk menyekat periuk nasinya.

"Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan. 

"Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000. 

"Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya," jelasnya.


Foto: IG Boy Iman

Anda rasa siapa betul? Apapun, semoga hal ini dapat diselesaikan segera dengan cara baik. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 341
Komen

Previous : Seminggu Farid Kamil Berkurung Dalam Rumah, Dah Kenapa?

Next       : Tak Ada Hadiah Untuk Sarah Tahun Ni- Shuib Sepahtu

Komen Terbaru

Quote xdielzx 25-9-2017 01:20 PM
renko replied at 18-9-2017 04:46 PM
yang tukang menyalak
takat mampu pakai wira 2nd utang 5tahun
pastu berangan2 income puluh k

Sedih la org camni.. meroket tak ke mana..

Lain-lain Komen

Quote Themilo 11-9-2017 01:46 PM
kah kah kah.. tetap jugak nak pakai title dato' dr tu.. sudah la boy, PW, SNTMLM dan page-page seangkatannya tu takde masa la nak ambik upah & buruk-burukkan kau. admin page-page tu semua educated, walaupun takde doctorate macam kau
Quote imthegirl 11-9-2017 01:51 PM
Meh akak tolong kirakan harga rumah kau tu dik. Tak logik nak mampos
Quote imthegirl 11-9-2017 01:51 PM
BTW set berkot niru tu uniform dorang ke?
Quote Acik_Whitney 11-9-2017 01:52 PM
Dia ni muda muda dulu jambu gak khuens.
Bila dah tua Tak sangka jadi ting tong.
Quote matchstick 11-9-2017 01:53 PM
Manjang lah alasan difitnah si pendek gemok ni
Quote CardiGans85 11-9-2017 01:57 PM
50k utk design banglo mmg x dpt la..tp klu setakat rumah standard bwh 900 sqft dgn finishing yg ala2, plumbing n wiring mmg lps..
Quote orked44 11-9-2017 02:04 PM
penipu sgt...menyampah dgn scammer gni..udah2 lah umah melayu semua nk beli rumah servey btl2.
Quote fadzyjemi 11-9-2017 02:04 PM
Nipuuuu je kje ko kan boy
Quote mieymiey 11-9-2017 02:05 PM
Dah engko segala-mala Doktor, Dato' pun engko tipu. Apatah lagi nak jadi ceo? Jual rumah dengan harga murah?
Quote mamapea 11-9-2017 02:08 PM
Themilo replied at 11-9-2017 01:46 PM
kah kah kah.. tetap jugak nak pakai title dato' dr tu.. sudah la boy, PW, SNTMLM dan page-page seang ...

admin page2 tu sarcasm jer la...dia yg x faham
Quote AshkieLa 11-9-2017 02:08 PM
malas nk ckp pasal DBI rumah banglo dia tu..

cuma nak tanya.. si note 3 ni rasa kacak sgt ke pakai kaler biru tu?
time "amik pingat" pun biru tu gak.. ni uniform pun pilih kaler tu gak..
Quote raradhia 11-9-2017 02:08 PM
HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA, nak beli rmh dgn muka mcm ni?
Quote mohdcrow 11-9-2017 02:09 PM


dia dah jawab ke bab ni?
Quote de_ikea 11-9-2017 02:10 PM
With his previous track record, ada keraguan juga utk percaya seratus peratus. Maaf kan saya.
Quote akik 11-9-2017 02:14 PM
Dah sah-sahlah kau yang penipu boy iman woi. Orang bodoh je percaya PW community dibayar kontraktor binaan lain sebab nak jatuhkan kau.
Quote dubuk 11-9-2017 02:22 PM
ooo ni yang buat rumah atas tapak tanah sendiri tu yaa
Quote nut.legacy 11-9-2017 02:22 PM
bincang dgn lawyer lepas tu senyap, dah biasa dahh
Quote aHoi83 11-9-2017 02:26 PM
Bila nak tangkap penipu2 celaka bertitle dato beli ni??? Nak tgu org kene tipu sampai ratus2 juta baru nk ambik tindakan.
Tak dinafikan org yg kene tipu tu juga bersalah. Namun mmg tk semua org berilmu. Sedangkan yg berilmu pun ramai tertipu. Tambah pulak tawaran2 yg dibuat mengaburi mata , kata2 plak cukup meyakin kan.
Quote nazriatie 11-9-2017 02:27 PM
mohdcrow replied at 11-9-2017 02:09 PM
dia dah jawab ke bab ni?

X de maknanya nk jawab soalan fakta mcmtu..yg dia tau, datang opis sy n sy akan terangkan segalanya..p lingkuplah ko boy

Lihat semua komen(344)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055407s Gzip On
To Top