Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Malaysia Ranking Pertama Di Dunia Kerap Guna Aplikasi WhatsApp

11-9-2017 12:55 PM |Dilihat:1636| Komen: 41

sumber : http://wasap.com.my

Dilaporkan terdapat 51 peratus pengguna aplikasi WhatsApp di Malaysia menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari, berkongsi dan berbincang mengenai berita-berita sepanjang minggu.

Memetik Laporan Berita Digital 2017 oleh Institut Pengajian Kewartawanan Reuters di Universiti Oxford, peratusan itu dikatakan paling tinggi berbanding negara-negara lain di dunia ini.

Berbanding dengan Amerika Syarikat, hanya tiga peratus pengguna berita yang menggunakan platform pesanan popular itu.

Difahamkan pesaing utama Malaysia dari segi penggunaan WhatsApp terdiri daripada Brazil dan Chile yang masing-masing memiliki jumlah 46 dan 39 peratus.

Menurut laporan berkenaan, kedudukan aplikasi pesanan dan media sosial paling tinggi di Malaysia dari segi habit penggunaan berita dalam talian adalah Facebook (58 peratus), YouTube (51 peratus), WeChat (13 peratus) dan Instagram (13 peratus).- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 41
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gigahertz 15-9-2017 07:38 AM
belon_cumil replied at 11-9-2017 02:39 AM
agak2 knp Msia boleh jadi yg pertama ? FB pun pertama yer?  USA 3%?  maju sungguh msia ku ini ...

US sana banyaak pilihan. Call dari pc sesama mereka pun free.  Kita kt malaysia yang free whatsap dan fb je. lain semua kontrol.

Lain-lain Komen

Quote ifanonline 11-9-2017 09:52 AM
rakyat malaysia pakai wechat ni suka hantar gambar2 bogel...
Quote kecimpret 11-9-2017 09:55 AM
ok la tu saing dgn brazil..yg penting bukan dgn indon goblok


Quote white_musk 11-9-2017 10:01 AM
Benda benda macam ni je la mampu bersaeng.  Sukan?  Jangan mimpilah nak bersaeng dengan pasukan afghanistan sekalipun.  
Quote tagas 11-9-2017 10:06 AM
wasap memudahkan keje n komunikasi

50% keje setel melalui wasap

Quote raradhia 11-9-2017 10:07 AM
whatsapp apps paling sng bg iols, basic internet ja pun dah boleh jln. .

apps lain2 tu maw kuota internet byk bru bleh buka. .
Quote mizruncing 11-9-2017 10:26 AM
Malasia Boleh ~
Quote mizruncing 11-9-2017 10:26 AM
Malasia Boleh ~
Quote ultra78 11-9-2017 10:32 AM
Apa tidaknya. Hingga laporan polis pun senang-senang aje sebar dalam WhatsApp mcm tak ada garis panduan langsung
Quote cmf_shalom 11-9-2017 10:34 AM
Edited by cmf_shalom at 11-9-2017 10:37 AM

wasap ni ada pros n cons...

if tolak segala

gambar edit...

pesanan khidmat masyarakat (yg entah betul entah salah)...

plafrom meriakan diri eg...anak aku cuma dapat 84A jer dlm UPSR...i x kisah sebenarnya..tapi kan best if dpt 500A...(dlm hati aku...nasib la if anak ko psiko jadi pembunuh bersiri lepas ni...)

etc etc...

tp pros pun bnyk sbenarnya...tp tu la...if idop ni asyik nk serius je keja...x best gak kan kan kan...
Quote Vokuro 11-9-2017 10:36 AM
white_musk replied at 11-9-2017 10:01 AM
Benda benda macam ni je la mampu bersaeng.  Sukan?  Jangan mimpilah nak bersaeng dengan pasukan afgh ...

Mongolia pun tak.leh lawan sis
Quote belon_cumil 11-9-2017 10:39 AM
agak2 knp Msia boleh jadi yg pertama ? FB pun pertama yer?  USA 3%?  maju sungguh msia ku ini ...
Quote pembisikmaut 11-9-2017 10:45 AM
Tahniah... Ternyata dibawah leadership khalifah dan imam besar suci mulia perkasa najib al razaki.. malaysia telah menjadi kuasa dunia nomor 1...
Quote AbukRokok 11-9-2017 10:46 AM

indon masih terperuk dengan apa tu b b b b bb bbb b bb b bbb bbb b bbb bbm
Quote alieyrina 11-9-2017 10:49 AM
Share byk benda mengarut..fitnah mcm2 lagi memg pantas..grup wasap..

Ni mak aku punya grup wasap..ohmaii..mcm mana korang hadap bunyi tiu tiu tiu wasap masok tak berenti tu?? Mcm ni mau tak mendunia..
Quote saladin780 11-9-2017 12:22 PM
termasuk berita fitnah tak tau hujung pangkal pun hadap dok share kan..tu bodoh namanya tu
Quote intan_smsb 11-9-2017 12:35 PM
weols kat opis pn kadang kalau outstation masing2 guna wsp je
bagi information and instruction
senang gitu
Quote -electrifying- 11-9-2017 12:37 PM
ini pon boleh jdi berita ya
Quote Bell 11-9-2017 12:42 PM
Whatsapp - communication paling laju. Customer aku dari luar negara hantar document/spec/quotation/agreement/etc pakai whatsapp ajer. Email pun dah tak pakai.
Quote arasham 11-9-2017 12:48 PM
Saya ada 2 group wassap je, me, hubby n ank2 n satu lagi dgn famili yg paling rapat. Syarat kat situ mmg dah dipersetujui tak boleh share benda karut.. Then saya dpt rumah satu malaysia, so di add oleh spnb utk membincangkan permasalahan yg timbul during pembinaan rumah, paling bodohnya ada yg share gambar bogel, ada yg share ank comel.. What the helll?  Saya kena ada kat group tu utk tgk any info...

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083705s Gzip On
To Top