Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pengambilan Guru Taska & Tabika, Graduan Lulusan Diploma Diutamakan

11-9-2017 11:26 AM |Dilihat:385| Komen: 5

sumber : http://kopeda.com.my

Sejajar dengan usaha memperkasakan tenaga pengajar untuk Tabika dan Taska Kemas, hanya graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak akan diutamakan dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu mulai tahun ini. 

Memetik laporan Bernama, jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah transformasi yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ini selaras dengan perkembangan semasa supaya sekurang-kurangnya tenaga pengajar yang berkelayakan sekurang-kurangnya kelulusan diploma menjelang tahun 2020. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Tabika/Taska Permata Kemas dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera di Bera, kelmarin.

Tambahnya, seramai 7,365 guru Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas telah memiliki diploma dengan gred jawatan S27 menerusi  Program Diploma Awal Kanak-kanak yang dilaksanakan sejak 2006.

Dalam pada itu, seramai 1,000 orang lagi sedang melanjutkan pengajian diploma di pusat pengajian tinggi di seluruh negara.

Selain itu, bagi tujuan pembangunan dan aktiviti Kemas, KKLW memperuntukkan sebanyak RM700 juta setiap tahun yang membabitkan 11,215 kelas Tabika dan 499 kelas Taska di seluruh negara.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mizruncing 12-9-2017 09:54 AM
selayaknya lahhhhh

Lain-lain Komen

Quote raradhia 11-9-2017 11:35 AM
memang pun kan, dah dlm borang pun dah tulis *diploma awal kanak2 shj
Quote krustykrab 11-9-2017 11:45 AM
so mak pak do expect a hike in your children's monthly expenses...

rancang betul2, anak tu mmg rezeki tapi kalau tak rancang betul2 kesian masa depan anak2 disebabkan sikap selfish ibubapa
Quote Jorja 11-9-2017 11:49 AM
Just nak bagitau..jumpa ramai cikgu2 tabika kemas yg cuties & hotties sekarang ni..mesti budak2 happy
Quote jerukkedondong 11-9-2017 01:46 PM
Lama betul Tadika Kemas ni....
Harap cikgu2 lama yg dah tua kertu tu jgn lah dianak tiri kn...
Quote mizruncing 12-9-2017 09:54 AM
selayaknya lahhhhh

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088603s Gzip On
To Top