Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sudah Puas Membeli, Kini Datuk Vida Bakal Hasilkan Beg Tangan LV!

9-9-2017 01:17 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 6228| Komen: 74

Siapa sangka dari minat dengan beg tangan mewah, kini justawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal tampil dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV!

Bercakap tentang hal tersebut, Datuk Vida berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara pada tahun hadapan.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” ujarnya, memetik Projek MMO.

Antara keistimewaan beg tangan itu nanti ialah ia dijual mengikut tempahan dan juga edisi terhad yang mempunyai nilai jualan semula lebih tinggi.

Foto: Projek MMO
“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara.

“Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” katanya lagi.

Untuk rekod, Vida sebelum ini diketahui memang hantu beg tangan dan dia dikatakan mempunyai lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 74
Komen

Previous : "Pandanglah Sisi Baik Saya Pula,"-Alicia Amin

Next       : Saya Sudah Serik! Kerana Watie, Saya Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak - Hana

Komen Terbaru

Quote Husnaazri 4-10-2017 03:44 AM
Good luck datuk vida

Lain-lain Komen

Quote Tweety_Senrose 9-9-2017 01:19 PM
DSV-LV = Dato Seri Vida Living laVida
Quote noraidil_06 9-9-2017 01:34 PM
Good luck dsv
Quote jfq 9-9-2017 01:41 PM
Nilai jualan semula yg tinggi? Sure?
It's all based on demand
Quote guesswho09 9-9-2017 01:46 PM
ermm laku ke?
yg mampu ber LV ni
jenis yg tak heran ngan vida nih
yg ramai dok puja dia
jenis yg so so je income
jgn ada yg berhutang dah la

Quote GigaMom 9-9-2017 01:50 PM
Tweety_Senrose replied at 9-9-2017 01:19 PM
DSV-LV = Dato Seri Vida Living laVida

Jutawan kosmetik= justawan
Quote MarissaMiller88 9-9-2017 02:01 PM
kalau betul, tahniah laa....
Quote LadyDiddy 9-9-2017 02:04 PM
Collaborating dgn LV ke maknanya tu? Kalau betul memang wow la..bukan senang kan LV nak bercollaboration mcm tu.. tapi tu la setuju dgn forumer kat atas, org yg mampu pakai LV tak heran dgn dato vida..yg puja2 sheols ni dari kalangan middle income so laku ke nanti?
Quote LadyDiddy 9-9-2017 02:04 PM
Collaborating dgn LV ke maknanya tu? Kalau betul memang wow la..bukan senang kan LV nak bercollaboration mcm tu.. tapi tu la setuju dgn forumer kat atas, org yg mampu pakai LV tak heran dgn dato vida..yg puja2 sheols ni dari kalangan middle income so laku ke nanti?
Quote kukukatablog 9-9-2017 02:07 PM
LadyDiddy replied at 9-9-2017 02:04 PM
Collaborating dgn LV ke maknanya tu? Kalau betul memang wow la..bukan senang kan LV nak bercollabora ...

itu lah kalo collaborating mmg hebat la DSV,
sbb mendunia brand tuh...

jgan dia beli LV dan custom kat kilang senirik sudeh.......
Quote LadyDiddy 9-9-2017 02:10 PM
kukukatablog replied at 9-9-2017 02:07 PM
itu lah kalo collaborating mmg hebat la DSV,
sbb mendunia brand tuh...


Matik la kena saman dgn LV kalo dia buat gitu
Quote moonbug 9-9-2017 02:18 PM
Woww this is really something. Tak sabar nak tgk hasil rekaan dia and siapa yg beli nnt
Quote jerukkedondong 9-9-2017 02:30 PM
Kalau betul..memang hebat la...salute..tu je nak cakap...{:good
Quote RatuDunia94 9-9-2017 02:44 PM
Hilang la class jenama LV pas ni..
Quote Zasss777 9-9-2017 03:03 PM
LVxDatoVida wow!!! Tak sabar nak tgk design tok vida yg LV boleh luluskan utk jual tu!
Quote VuJiE 9-9-2017 03:32 PM
sampai mcm ni sekali LV?
Quote saladin780 9-9-2017 03:43 PM
kenapa aku rasa dia ni sembang kencang je? cam gebang nak buat hotel 6 bintang dulu ke apa
Quote fishcracker 9-9-2017 03:46 PM
LVxx whattttt????
Mujur guna beg paso malam je
Quote cupu 9-9-2017 04:01 PM
Dia ni pun kuat riak..aku xblh blh dia bcakap syg syg syg syg..rimas la..
Quote kiambang 9-9-2017 04:02 PM
Good luck...

Lihat semua komen(74)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056933s Gzip On
To Top