Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tuan Sedih, Paksa Ular Muntahkan Kucing Peliharaannya

8-9-2017 01:39 PM |Dilihat:4650| Komen: 39
Hanya pencinta kucing memahami perasaan kematiaan kucing kesayangan. Apatah lagi jika si bulus menjadi santapan ular sawa!

Memetik Mail Online, seekor ular sawa sepanjang 17 kaki telah membunuh dan menelan seekor kucing peliharaan.



Dek kerana terlalu sayangkan kucing itu, pemiliknya memaksa ular terbabit memuntah keluar bangkai kucing berkenaan.

Menurut laporan, reptilia itu menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah di Pathum Thani, Thailand, pada pagi Rabu, sebelum melahap kucing yang diberi nama Bobo.

Ular itu kemudiannya bersembunyi dan melingkar di bawah sinki dapur selepas kekenyangan menelan kucing berusia 3 tahun dan seberat 3 kilogram itu.



Saowarak Charoen, 59, yang baru pulang dari kerja terkejut apabila menyedari kehadiran reptilia itu sebelum bergegas menghubungi pihak polis.

"Saya ke dapur dan perasan pintu kabinet dapur di bawah sinki terbuka.

"Kemudian, saya ternampak ekor ular terjulur keluar dan saya menyangka ia hanya seekor anak ular. Saya terkejut apabila dimaklumkan saiz sebenar ular itu," katanya.



Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua anggota bersama tiga penyelamat haiwan mengheret keluar haiwan terbabit.

Rakaman video menunjukkan bagaimana mereka memaksa ular itu memuntahkan bangkai Bobo tadi. Pegawai Hidupan Liar kemudiannya melepaskan reptilia itu kembali ke dalam hutan.


Foto: Mail Online

"Saya sedih setiap kali terkenangkan bagaimana Bobo mati ditelan ular," kata Saowarak.

Rata-rata netizen menyuarakan kesedihan mereka terhadap nasib Bobo.

"Geramnye. Siat je kulit ular tu.

"Allahuakbar dengan kuasa Allah memang ular tu muntahkan balik bangkai kucing tu, sedihnyaaaa sian oyen," komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Kasihan Bobo. Siapa yang lemah semangat, tak digalakkan tonton rakaman video ini ya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote eyansss 14-9-2017 02:34 PM
prettyuglybabe replied at 8-9-2017 01:48 PM
syian meowww

tapi geli hati pulak tengok dua orang gadis menggedik kat belakang tu

aku tanak tengok sebenarnya tapi disebabkan komen ko, gigih aku bukak...  hahaha...

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 8-9-2017 01:48 PM
syian meowww

tapi geli hati pulak tengok dua orang gadis menggedik kat belakang tu
Quote Orix 8-9-2017 01:55 PM
Siannya kucing tu {:cryrun
Quote moonbug 8-9-2017 01:57 PM
I cannottttt, kesian meow tuuuuuuu
Quote Sufeenan 8-9-2017 02:00 PM
Rip bobo {:cryrun
Quote MeghanK 8-9-2017 02:01 PM
sian nya bobo..mesti dia kalah masa gaduh
Quote raradhia 8-9-2017 02:28 PM
kesiannyaa baru2 ni rmh iols masuk kalajengking, nasib kucing iols npk. .kalau kami, mn laa npk tu. .terus cpt2 amek parang bunuh kalajengking tu. .
Quote Artemesiaa 8-9-2017 02:33 PM
Nasib ulor nak luahkan bobo boleh ler tanam elok2
Quote EvieWanKenobi 8-9-2017 02:41 PM
camne nak paksa ular tu muntahkan?

hebatlah abang Bomba Siam..
Quote jerukkedondong 8-9-2017 03:01 PM
Ayyo...
Sedih gila my doter tgk video ni...
Ddk lama2 dlm bilik air nangis la tu...
She cat lover...kitun dia tido celah kangkang tiap2 mlm....{:childlike




Quote RatuDunia94 8-9-2017 03:12 PM
Rumah pon mcm sarang ular.. Selayaknya lah..
Quote AbukRokok 8-9-2017 04:00 PM
sorry no al fatihah for you kucing
selayaknyalah
Quote lee_haru 8-9-2017 04:27 PM
sian bobo.....i have cats...i know how it feels...lagi2 mati tragik cm ni..aduhai...
Quote vanillaninja 8-9-2017 04:38 PM
Kesian Bobo. Dah ajal beliau.
Quote melinda_kerr 8-9-2017 04:49 PM
bersemak samun nya rumah heshe.. jgnkan bobo lepasni tuan rumah pun pasti kena telan. bersihkan lah sikit rumah tu
Quote nadihazza 8-9-2017 05:11 PM
melinda_kerr replied at 8-9-2017 04:49 PM
bersemak samun nya rumah heshe.. jgnkan bobo lepasni tuan rumah pun pasti kena telan. bersihkan lah  ...

betul tu..org pon dia bole telan oii!!!
Quote MsKathryn 8-9-2017 06:58 PM
Sedih tgk...kesian bobo
Quote Inezkhalidi 8-9-2017 07:43 PM
siannya Bobo.
Quote lasagnaklcc 8-9-2017 07:54 PM
Lepas baca berita ni lantas ai peluk kucing tgh berdengkur sebelah ni haaa. Mesti dia melawan nak protect rumah dia.
Quote SecretLuv 8-9-2017 08:19 PM
Tak sanggup nak tengok. Baca pun dah menangis ni haa..

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052076s Gzip On
To Top