Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tiada Lagi Peti Sejuk Berbau Ikan Kering! Guna 2 Bahan Ini Untuk Kembalikan Aroma Segar!

8-9-2017 12:38 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2251| Komen: 13

Hujung minggu ini, antara perkara yang sudah disenaraikan pastinya mengemas ruang dapur, kan?

Namun bahagian yang selalu tertinggal adalah peti sejuk. Walaupun sudah dikemas namun kadangkala ia masih meninggalkan bau kurang enak. 

Bau ikan, hanyir dek tumpahan kuah dan pelbagai aroma tak sedap. Nah, ini caranya untuk membersihkan peti sejuk dan melempiaskan bau lebih segar.

Dipetik dari laman Kuali Panas, moga ia membantu anda ya! Bahan pun mudah didapati sahaja! 

Foto: Carian internet
Bahan-bahan: 

Lemon

Esen vanila

Cara-caranya:

1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.

2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.

3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.

4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.

6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.

7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar. - CARI


Sumber/kredit: Kuali panas

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : Nak Beli Seluar Jean Tapi Malas Cuba? Meh Tengok 3 Langkah Mudah Ini!

Next       : Lupakan Yang Leceh, Tiru Cara Buang Biji Cili Kering Paling Berkesan Ini

Komen Terbaru

Quote diss69 15-9-2017 09:30 PM
prettyuglybabe: letak je garam kasar dalam bekas kecik, letak dalam peti sejuk..tak ada la bau..selain garam, boleh guna arang atau pun roti sekeping dua..

bole buat ni...tq pretty..

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 8-9-2017 12:44 PM
Idea menarik.  Tapi yang lebih penting kena selalu periksa bahan makanan yang disimpan.  Kalau dah ada yang expired atau mula rosak elok le dibuang sebelum ia membusukan peti sejuk itu.
Quote CardiGans85 8-9-2017 12:49 PM
Bole la cuba..sbb kdg2 bau belacan mentah buat daku pening wlupun dah balut dlm plastik n letak dlm container.
Quote myakayina 8-9-2017 01:05 PM
bahan dah ada..esok aku buat la..dah la dlm peti ais tu ada stok ikan masin ..
Quote tombolpintu 8-9-2017 01:32 PM
CardiGans85 replied at 8-9-2017 12:49 PM
Bole la cuba..sbb kdg2 bau belacan mentah buat daku pening wlupun dah balut dlm plastik n letak dlm  ...

ye betul la....kuat betol bau belacan. sebabkan umah aku kecik masuk pintu je kadang dah bau
Quote prettyuglybabe 8-9-2017 01:52 PM
letak je garam kasar dalam bekas kecik, letak dalam peti sejuk..
tak ada la bau..
selain garam, boleh guna arang atau pun roti sekeping dua..
Quote afie_m 8-9-2017 02:49 PM
prettyuglybabe replied at 8-9-2017 01:52 PM
letak je garam kasar dalam bekas kecik, letak dalam peti sejuk..
tak ada la bau..
selain garam, bo ...

petua ni lagi senang...hehhe
boleh cuba...
Quote RatuDunia94 8-9-2017 03:16 PM
Serbuk teh pon boleh serap bau... Letak je uncang teh
Quote mizruncing 8-9-2017 04:20 PM
boleh try ni . tq
Quote Joannalee 8-9-2017 04:43 PM
I klu Simpan durian dlm fridge lepas tu masuk kan roti then xde bau durian dah
Quote SecretLuv 8-9-2017 08:31 PM
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.

Lamanya nak kena tunggu.
Kalau susu, ikan, sayur letak luar lama-lama macam tu tak rosak ke?
Quote mum123 8-9-2017 08:56 PM
Letak daun pandan pun wangi jugak..
Quote Megikari 8-9-2017 10:33 PM
Beli je fridge refreshener kat daiso
Quote diss69 15-9-2017 09:30 PM
prettyuglybabe: letak je garam kasar dalam bekas kecik, letak dalam peti sejuk..tak ada la bau..selain garam, boleh guna arang atau pun roti sekeping dua..

bole buat ni...tq pretty..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048195s Gzip On
    To Top