Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Terpaksa Batalkan Konsert, Lady Gaga Pujuk Peminat Dengan Belanja Pizza!

7-9-2017 05:10 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1513| Komen: 12

Bagi mengubati kesedihan para peminatnya, penyanyi terkenal Lady Gaga mempunyai cara tersendiri membuat kejutan kepada mereka yang dikenali sebagai Little Monster itu. 

Mirror melaporkan Gaga telah membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung di Kanada pada minggu ini atas faktor kesihatan yang kurang memberangsangkan. 

Namun, bukan semudah itu ya. Ini kerana Gaga berasa tak sedap hati membiarkan para peminat terus rasa kecewa dan sedih. 

Bayangkan beribu-ribu peminat sanggup terbang ke Montreal untuk menyaksikan Joanne World Tour namun terpaksa menerima khabar duka itu apabila bintang kesayangan tidak dapat muncul.

Gaga membuat pengumuman khas tentang hal tersebut menerusi laman Twitter:

"Kepada semua peminat kesayangan, saya berdukacita mengumumkan tidak dapat tampil pada malam ini."

Dikatakan Gaga jatuh sakit kerana telah beraksi dalam hujan ketika mengadakan konsert di Citi Field beberapa hari sebelum itu. 

Pun begitu, Gaga meneruskan pengumumannya di Twitter dengan berjanji akan menghantar pizza buat mereka yang berkumpul di luar hotelnya. Wow!


"Saya akan menghantar pizza kepada semua peminat yang berkumpul di luar hotel. Saya sayangkan anda semua dan saya minta maaf. Anda semua merupakan peminat yang sangat setia!" tulisnya. 

Wah, sedikit sebanyak ia pasti menyejukkan hati para peminat, kan! Terima kasih Gaga! - CARI 



Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Dah Macam 'Megamind' Bila Zayn Malik Botak - Netizen

Next       : Obses Dengan Diri Sendiri, Kim Kardashian Bogel Atas Pokok

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 8-9-2017 03:17 PM
smntra dpt tarikh baru
blanje pizza dulu


Lain-lain Komen

Quote GigaMom 7-9-2017 06:28 PM
Belanja pizza kat sana
Serupa belanja nasi lemak kat sini
Apa pendapat acik2 batak retis if dpt nasi lemak je pas susah payah mngu konsert
Quote SecretLuv 7-9-2017 07:11 PM
Bestnya dapat pizza.
Quote moonbug 7-9-2017 09:48 PM
Tak berbaloi langsung
Quote missinpiece 8-9-2017 12:07 AM
Sini hade?
Quote cik_noreen 8-9-2017 12:43 AM
pizza sekerat je?? x bebaloi la
Quote jointhecurse 8-9-2017 07:52 AM
Tak berbaloi
Quote nisako 8-9-2017 08:44 AM
pizza je..............................................
Quote -electrifying- 8-9-2017 11:25 AM
dia postponed je kan....
nk  buat cmne...
dh xsihat kan...
Quote gerbera.memopad 8-9-2017 12:16 PM
Gaga mmg jenis yg appreciate fans . And, this is not the first time pun dia belanja pizza.

Quote nadie90 8-9-2017 02:23 PM
Wlpun dlu kluar dgn imej pelik2 (tp skg xdah)....LG ni antara artis yang hargai fans dia....pastu siap blnja pizza lg....tu yg rmai ska LG nie...sweet LG nie
Quote Artemesiaa 8-9-2017 03:06 PM
Pandai jugak dia amik hati peminat penat menunggu dapat gak pizza walaupun sekeping, dari dia buat senyap je kan.
Quote supernaturalee 8-9-2017 03:17 PM
smntra dpt tarikh baru
blanje pizza dulu


Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048719s Gzip On
To Top