Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Video Samun Kedai Dobi: Dahlah Tak Tolong, Lelaki Terus Lipat Baju Jadi Tanda Tanya

7-9-2017 10:31 AM |Dilihat:6148| Komen: 184
Seorang lelaki dilihat selamba melipat baju yang dikeluarkan dari mesin dobi tanpa menghiraukan rompakan yang berlaku di sebelahnya.

Tindakan tersebut membuatkan netizen yang menonton video viral rompakan di Taman Sri Gombak itu tertanya-tanya dan pelik dengan tindakannya.

Saya pelik mengapa lelaki itu tidak menunjukkan usaha mahu membantu. Malah dia dilihat selamba melipat baju yang dikeluarkan dari mesin dobi, ujar seorang netizen.


Menurut laporan Harian Metro, kejadian rompakan tersebut telah mencetuskan perdebatan ramai apabila lelaki tersebut seolah-olah tidak terkejut dengan kejadian tersebut.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjatakan parang telah merompak seorang wanita dan menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, Tiga lelaki tiba-tiba muncul dan mengacukan parang terhadap mangsa. Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga sebelum melarikan diri.

Kejadian menyebabkan mangsa cedera di jari tangan. Dia melaporkan perkara itu di Balai Polis Gombak, jam 1.08 pagi, Sabtu lalu. 

Polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 184
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 11-9-2017 07:43 PM
Pernah outstation tempat orang I p dobi awal pagi dalam 5-6am mcm tu coz alasan tak nak berebut.. bila tgok vid ni OMG noobnya I. Jgn lupa amalkn ayat kursi ya

Lain-lain Komen

Quote Pink_Purple 7-9-2017 05:47 AM
sian acik ni..

lewat mlm dah..tapi time ni orang suka pi dobi layan diri.

pompuan2 jangan la pakai barang kemas zaman skrang ni, bahaya

nasib xde nyawa yang melayang..
Quote trakea 7-9-2017 05:58 AM
Lelaki tua ? Dikecam ? Mana ?
Quote sukacactus 7-9-2017 06:04 AM
Tajuk lain
Isi lain
Boleh potong markah kalau exam ni
Quote Super-M 7-9-2017 06:07 AM
mana lelaki tua?
Quote felinecat 7-9-2017 06:10 AM
ade dlm video pasal lelaki tua berkopiah tu selamba dok lipat baju. tp tu la, nak tolong pon xdpt, perompak tu berparang, mungkin pakcik tu nervous
Quote Pink_Purple 7-9-2017 06:32 AM
felinecat replied at 7-9-2017 06:10 AM
ade dlm video pasal lelaki tua berkopiah tu selamba dok lipat baju. tp tu la, nak tolong pon xdpt, p ...

pakcik tu pun panic, buat2 xtau supaya dia juga xterlibat,

lagi pun berparang,  nak lawan ke...bagi je la barang janji nyawa selamat
Quote sidewinder 7-9-2017 07:00 AM
Pink_Purple replied at 7-9-2017 05:47 AM
sian acik ni..

lewat mlm dah..tapi time ni orang suka pi dobi layan diri.

betul tu....mlm2 pakai brg kemas....pegi cuci baju jer pun bkn pegi kenduri.....aku tak der laa merompak tu betul....ikutkan suka hati dia laa nak pakai mcm mana....pakai apa....hak dia tp zaman skrang nak memakai apa2 kena berakal,bertempat dan keadaan
Quote shernazz 7-9-2017 07:04 AM
perompak tu aku doakan.moga mak dia plak dirompak
cm iklan tu..dia ragut orang..last last mak dia mati kena ragut
Quote ultra78 7-9-2017 07:06 AM
Aku pun tak berani pergi kedai dobi waktu malam, biasa pergi belah pagi atau tengahari
Quote TuntungReturn 7-9-2017 07:21 AM
kalo aku mungkin tekan alarm keta sambil jerit polis2.ok x idea aku?
Quote blythes 7-9-2017 07:25 AM
Sendiri mau ingat la kan.
Quote mieymiey 7-9-2017 07:40 AM
Mana cerita pasal lelaki tua yang steady meneruskan aktiviti pendobian tu?
Quote EvieWanKenobi 7-9-2017 07:45 AM
Memang takut gi dobi malam2..

Orang mabuk datang mendobi pun ada..
Quote nestea27 7-9-2017 07:48 AM
aku tgk video tu semlm pon seriau & sakit hati. sebab aku pon rajin mendobi.sebelah siang pon kena hati2 sebab entah siapa2 la keluar masuk dobi tu.
Quote Super-M 7-9-2017 07:55 AM
dah tengok dah video kat viral media johor. aku xtahu nak ketawa ke apa dgn pakcik tu.. sampai kesudah dah lepas samun pun dia masih sibuk dgn kain dia. lipat kain lah.

mmg aku xanjurkan lah melawan, sbb mmg pakai parang panjang. sekali tetak je silap2 ko masuk kubur. salah perempuan tu sbb pakai barang kemas.at least baju merah tu nampak mcm kisah lah bangun, mcm membantu perempuan tu..tp pakcik tu masa org merompak siap boleh keluar masukan kain dlm mesin, dh siap merompak pun sibuk dgn kain dia.
Quote Dovahkiin 7-9-2017 08:06 AM
Zero ***** given. LoL. Tp nk kecam pun tgk keadaan la, pakcik tua kot, nak lawan apanya. Perompak bersenjata tu. That is the smartest thing to do. Perompak2 ni sebenarnya nervous, silap langkah mmg kena cantas out of reflex. So klu x mampu nak melawan better bg je apa dia nak.
Quote OmJualGas 7-9-2017 08:12 AM
lawak pacik kopiah putih tu dari mula sampai habis lipat kain....
Quote chinta89 7-9-2017 08:12 AM
masalahnya skg ni, mne part tajuk pakcik dikecam? ke awal2 update tajuk sb bajet2 pakcik tu dikecam ramai2 dlm thread ni?

satu lagi.. bukan masalah g kenduri ke ape nk pakai brg kemas byk2. ak tgk ramai je jenis mmg pakai brg kemas. bukan tgu mejlis keraian baru nk pakai. kira mcm pakai brg kemas tu mmg perhiasan sepanjang masa. aku  tgk org pantai timur, selamba pakai brg kemas sb mmg dh jd perhiasan diri seharian. mcm barang kemas basahan gtuhh (ade ke istilah nih kih3).

apepun mmg berisiko pakai brg kemas kan.. ak xde la sokong akak tu pakai brg kemas byk2. tp aku nk jelaskan sape yg melahar akak tu, x pyh la nak hentam dia balik. ko x nk bersimpati ngn dia, baik ko diam.

cuba kita kat tmpat dia, mcmne?

p/s : ak xde kaitan ngn akak tu. kang ade org ckp aku ni ade kena mengena ngn dia plk sb bekap.
Quote gadis_tulip 7-9-2017 08:16 AM
Alahai namanye pengarah, takkan mesin basuh rosak kat umah. Kalo nak keringkan baju, beli sajok dryer.Bape duit la sangat. Pengarah syarikat kan?

Lihat semua komen(184)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096541s Gzip On
To Top