Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cubaan Pengganas Lancarkan Serangan Ketika Sukan SEA & Hari Merdeka Berjaya Dipatahkan PDRM

6-9-2017 10:17 AM |Dilihat:927| Komen: 6

sumber : Astro Awani

Rabu lalu, lapan individu terdiri dari dua warga Filipina dan enam warga Malaysia ditahan oleh bahagian counter terrorism cawangan khas Bukit Aman dalam satu operasi di Cheras pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan.

Penangkapan itu sekaligus berjaya mematahkan cubaan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang merancang untuk melancarkan beberapa siri serangan di negara kita baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan kelmarin berkata kumpulan berkenaan bukan sahaja merancang untuk melancarkan serangan semasa Upacara Penutup Sukan SEA 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malah mereka turut mahu mencetuskan huru-hara dengan melancarkan serangan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka, tambah Mohamad Fuzi.

"Suspek warga Filipina terbabit menyusup masuk ke negara ini melalui Sabah dan ada kaitan dengan kumpulan 'Kidnap for Ransom'."

"Suspek juga pernah bertemu dengan Dr. Mahmud Ahmad serta beberapa lagi warga Malaysia yang menyertai kumpulan Abu Sayyaf sejak 2014 di Basilan."

Menurut Mohamad Fuzi lagi, pihaknya menahan keseluruhan 19 individu membabitkan lapan warga Malaysia dan 11 warga asing sejak 4 Julai lalu disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Operasi tangkapan dilakukan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor.

Antara yang ditahan pesara guru di Kelantan yang aktif mempromosikan kumpulan Daish melalui dua akaun Facebook miliknya.

Kesemua 19 individu yang ditangkap akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747).- CARI

sumber : Astro Awani
Add Image Caption Here


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 28-9-2017 06:51 AM
Inilah salah satu sebab kenapa kerajaan tak dapat mengizinkan pesta arak atau pesta gay.

Bukan menidakkan potensi pelancongan event tersebut,  tapi lebih kepada untuk menjaga keselamatan mereka juga.

Lain-lain Komen

Quote Skuau 6-9-2017 10:27 AM
Camner boleh 'terlepas' dr Sabah? Ada 'IC(dr projek ic) ke depa ni?
Quote raradhia 6-9-2017 12:01 PM
Skuau: Camner boleh 'terlepas' dr Sabah? Ada 'IC(dr projek ic) ke depa ni?



sabah, mmg laa ic projek. .
Quote fox. 6-9-2017 12:04 PM
amboi kemain berjubah dan berkopiah putih lagi
Quote Bedah.Cun 6-9-2017 12:08 PM
Bukak baju sorang!!! Bukakkk, aiii nak mengamukk aummmm!!
Quote Rainsack 28-9-2017 06:33 AM
Adooooiii lagiii
Quote PEPPERMAN 28-9-2017 06:51 AM
Inilah salah satu sebab kenapa kerajaan tak dapat mengizinkan pesta arak atau pesta gay.

Bukan menidakkan potensi pelancongan event tersebut,  tapi lebih kepada untuk menjaga keselamatan mereka juga.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095153s Gzip On
To Top