Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Didakwa Persenda Agama, Zila Seeron Kembali Bertudung

5-9-2017 04:14 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 7245| Komen: 100

Zila Seeron pernah menggemparkan industri hiburan tanah air sebelum ini apabila dicekup dan didakwa berkhalwat.

Bekas isteri kepada pelawak Along Cham ini dicemuh dan dikecam hebat apabila mewarnakan rambutnya menjadi perang serta membuka tudung selepas bercerai pada 28 Ogos 2016 tahun lalu.

Foto: IG Zila Seeron
Kali ini dia mengejutkan ramai lagi apabila mengumumkan sudah kembali bertudung semula.

Disebabkan itu ramai yang mendakwa Zila seolah-olah mempersendakan agama dan adab dalam pemakaian tudung.

Sedar tentang kesilapannya, Zila kini sedang berusaha membaiki diri semata-mata untuk mengejar keberkatan dalam hidup.

Foto: IG Zila Seeron
“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.

“Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.

“Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya kepada Harian Metro.

Anak tunggalnya, Ahmad Danial, 6 diberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas suami dan dia kini selesa menjalani kehidupan solo.

Foto: IG Zila Seeron
“Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi cuma soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Apa yang lebih utama sekarang adalah untuk mencari rezeki dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Sudah tiba masanya membina nama dalam persada nyanyian yang saya tinggalkan selepas mendirikan rumah tangga.

“Meskipun belum ada sebarang produk baru, saya masih menerima undangan menyanyi dan berharap kemunculan saya nanti disambut baik oleh peminat dan penggiat industri,” tambahnya.

Semoga berjaya, kami doakan yang terbaik untuk Zila. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 100
Komen

Previous : "Saya Pelik Tiada Tawaran Lakonan,"- Sharnaaz Ahmad

Next       : "Anak Tak Sabar Nak Dapat Ibu Tiri" - Erra Fazira

Komen Terbaru

Quote sueda80 13-9-2017 10:46 PM
LavaMuahhhh replied at 5-9-2017 08:46 PM
dia ni cantik sebenarnya tp sygnya bengong

Hahhaha.ok komen ni win..ai sokong

Lain-lain Komen

Quote simatakucing 4-9-2017 06:57 PM
Semoga terus istiqamah zila,
Quote Minami2013 4-9-2017 07:10 PM
Moga istiqamah...
Quote katibism 4-9-2017 07:13 PM
Who r yus kus mus dus?
Quote mirebus 4-9-2017 07:14 PM
semoga istiqomah. fikirlah baik buruk dulu sebelum buat keputusan
Quote jerukkedondong 4-9-2017 07:18 PM
Kesian tgk zila ni..naif dan tercari cari arah hidup...
Harap jumpa jodoh yg baik dpt bimbing dia..
Past is past..
Jgn buat hal lagi..jaga anak tu elok2...
Sekian...tu je nasihat sis
Quote simatakucing 4-9-2017 07:21 PM
Minami2013 replied at 4-9-2017 07:10 PM
Moga istiqamah...

Tulatu harapnye begitulah kan,
Quote syidasaleh 4-9-2017 07:30 PM
Semoga ada yg dpt membimbing dia
Quote harkktuih 4-9-2017 07:36 PM
Kawin ngan pis midon je lah
Quote Teemah88 4-9-2017 07:40 PM
Ya lah.. Diri sendiri pon wajib la jugak berdoa..p la join usrah fitrah..wujud lagi tak???
Quote qis_88 4-9-2017 07:54 PM
Alhamdulillah.. lawa die dlm gambo tuh... flawlesss sgtttt
Quote debab76 4-9-2017 07:54 PM
kesian plak meols tgk sheols. harap sheols tabah mencari hidup yg sakinah

#donedakwah
Quote kikiharris 4-9-2017 07:55 PM
deserves a second chance.
hari Isnin malas nak menghencap.
ni kira pic latestlah ni..ok la tu kira ex husband takdalah halang buat onar tak kasi jumpa anak,wpon hati remuk dgn kes ex wife.
Quote lil_sparky 4-9-2017 08:02 PM
Apa cite dgn laki kne tgkp khalwat tu?dh kne tinggal?

Bertabah lah n semoga kuat hadapi ujian
Ujian msg2..xsama..bertabah okehh
Quote cikmanggabatu 4-9-2017 08:03 PM


semoga dapat menjumpai kehidupan yg diredhai. suara sheols sedap merdu cuma alpa dan hilang arah tuju. jadikan perkara yg lepas sebagai pengajaran.

Quote moonbug 4-9-2017 08:03 PM
Semoga terus-terusan dlm rahmat dan bimbingan Allah SWT. Buang yg keruh ambil yg jernih
Quote sharlenetexas 4-9-2017 08:15 PM
whatever

Quote danieladam 4-9-2017 08:18 PM
Iols suka suara zila ni..lemak merdu je di pendengaran iols.
Quote cahaya_almas 4-9-2017 08:31 PM
Sory ot

Nape forum skrg byk iklan tyg buah dada ye...selalu nmpk yg tu...tkde iklan lain ke..huhu...sorok2 ke sket....bmbg kot2 time baca forum anak ternmpk...huhu..

Semoga terus ikstikhomah ye...
Quote epis 4-9-2017 08:33 PM
Anak sape dapat hak? Zila ke along cham?

Lihat semua komen(100)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057755s Gzip On
To Top