Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sebelum Beli, Boleh 'Test' Perabot Dengan Aplikasi IKEA! Boleh Percaya Ke?

5-9-2017 03:37 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1234| Komen: 10

Perkembangan teknologi terkini sememangnya sangat membantu dalam urusan jual beli dalam talian. Dan kini, setingkat lagi perkembangan dalam teknologi membantu anda membuat pilihan perabot yang tepat untuk dekorasi dalaman rumah anda.

Sebelum membeli sesuatu perabot, pasti kita akan bersusah-payah membuat ukuran terperinci dan menggambarkannya dalam kepala bagi membayangkan kedudukan perabot berkenaan sesuai diletakkan di sudut tertentu.

Kini tidak lagi kerana Apple akan melancarkan sebuah aplikasi yang akan mengubah cara anda membeli-belah untuk hiasan dalaman rumah anda!



Memetik BoredPanda, aplikasi IKEA Place dicipta untuk membenarkan pengguna melihat 'previu' bagaimana sesebuah perabot akan kelihatan di sudut tertentu dengan hanya menunjukkan kamera iPhone di sudut berkenaan.

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh menentukan saiz atau mengubah posisi perabot mengikut cita rasa. Kini, tiada lagi proses pulang-memulang dan tukar-menukar kerana perabot yang dibeli tak bersesuaian!


Foto: Youtube

Apapun, pengguna iPhone yang teruja mahu memuat turun aplikasi ini diharap dapat bersabar kerana kemaskini perisian baharu iOS 11 akan dilancarkan pada Oktober hadapan bersama Apple ARKit, yang akan membolehkan IKEA Place digunapakai

Macam mana, anda rasa aplikasi sebegini boleh dipercayai tak? - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : 'Pikachu Tua' Jalan-jalan Cari Duit Sara Keluarga Malang

Next       : Ramai Parent Yang Masih Tak Tahu Bahaya Jajan!

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 6-9-2017 11:09 AM
saladin780 replied at 6-9-2017 12:46 AM
Apa2 perabot pon mmg nampak cantik kat showroom sebab pencahayaan kat kedai tu je..tu yg jadik nampa ...

Betul.. Terfikir yang sama juga..

Pas tu kat showroom ada aircond..
rasa selesa je..

Lain-lain Komen

Quote nisako 5-9-2017 04:02 PM
wah cm best je......................
Quote kecimpret 5-9-2017 04:08 PM
yahooo ipon ada



Quote dinopower2 5-9-2017 04:13 PM

kat android dah bertahun ade tech nih - fandroid
Quote kecimpret 5-9-2017 04:15 PM
dinopower2 replied at 5-9-2017 04:13 PM
kat android dah bertahun ade tech nih - fandroid

pujuk diri sendiri



Quote dinopower2 5-9-2017 04:24 PM

actually google dah buat 3 years ago ngan project tango.... tp sonyap sendu since kena ade hardware khas bagai....
skrg baru ade ARCore.... baru phone android bleh follow yapple....
semua kena tunggu apple buat baru nmpk usage tuh.... klau tak musti dok byk gimmick n mainan...
Quote CiliPadiSedap 5-9-2017 04:58 PM
sales ikea akan naik, sales apple akan naik.
Quote KuewTeuwKungFu 5-9-2017 05:52 PM
Menarik...smua dhjung jari...lagi cepat mudah senang
Quote saladin780 6-9-2017 12:46 AM
Apa2 perabot pon mmg nampak cantik kat showroom sebab pencahayaan kat kedai tu je..tu yg jadik nampak menarik n cantik..
Tp bila balik rumah..bercahayakan lampu kalimantang kelam..trus nmpk x sama mcm kt showroom..ujung2 menyesal beli
Quote torsotiger 6-9-2017 12:54 AM
Ni mcm pokemon go je.. instead of pokemon appearing, yg keluar kat screen adalah kerusi ikea..
Quote EvieWanKenobi 6-9-2017 11:09 AM
saladin780 replied at 6-9-2017 12:46 AM
Apa2 perabot pon mmg nampak cantik kat showroom sebab pencahayaan kat kedai tu je..tu yg jadik nampa ...

Betul.. Terfikir yang sama juga..

Pas tu kat showroom ada aircond..
rasa selesa je..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.056781s Gzip On
    To Top