Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Jual Vellfire, Chef Wan Dedah Jimat Hampir RM10Ribu Tiap Bulan

5-9-2017 11:29 AM |Dilihat:15498| Komen: 145
Chef selebriti, Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya memang diketahui gemar bercerita dan meluahkan pelbagai perkara. 

Baru-baru ini dia mendedahkan sudah pun menjual kenderaan mewahnya, Vellfire lebih lapan bulan yang lalu!

Mengapa agaknya? Adakah kerana mahu membeli kenderaan yang lebih gah atau sudah muak dengan kereta tersebut? Maklumlah, Chef Wan kan bergelar seorang jutawan!


Namun, jawapan yang diberikan memang agak mengejutkan!

"I just loved not having any liabilities, perangai drivers2 ni may pun any car expenses since i sold my Vellfire more than 8 months ago.

"Is the best thing i have ever done!"


Begitulah katanya. Tiada lagi perasaan risau dan juga stres menanggung sebarang hutang piutang. 

"No hutang kereta..no stress perangai driver dan they get me to where i want to go..

"Sebab saya tak kisah pasal prestige having a branded and luxury car memang la senang hidup naik Uber hari2!"

Paling 'best' bapa kepada Serina ini berkata dia dapat berjimat hampir RM10,000 setiap bulan dengan tidak berhutang kereta mewah dan juga membayar pemandu peribadi. 

"Dah la tak tahu drive tak payah la ada kereta lagi," katanya. Memang mudah dan simple sahaja pemikiran Chef Wan. 


Duit yang berkepuk itu pula bolehlah dilakukan untuk membantu mereka yang memerlukannya, katanya lagi. 

Ujar Chef Wan lagi, dia berasa senang untuk mengorbankan kemewahannya dan berkongsi rezeki itu untuk orang lain.

Netizen pula berasa kagum dengan pendapat yang dilontarkan oleh idola mereka ini. Bayangkan seorang yang terkenal, hebat dan juga jutawan namun tak memerlukan sebuah kereta pun di rumahnya. 


Pendapat sama turut dikongsi secara panjang lebar oleh seorang netizen bernama Rawisanra. Katanya sukar untuk orang sekeliling menerima dirinya seperti itu kerana ramai yang judgemental. 


Apa pula pendapat anda? Benarkah kenderaan sendiri benar-benar tidak diperlukan? Bagaimana dengan mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 145
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote batman_2007 11-9-2017 09:59 AM
Betul tu sis wan

Lain-lain Komen

Quote taji2906 5-9-2017 11:33 AM
ikut pada keperluan masing2 la. setengah orang amat memerlukan kenderaan sendiri. ada orang yg mencintai kereta. kena ada kereta. pakai keter or beli keter ikut pada kemampuan diri n poket sendiri la. insya Allah boleh berjimat jgk.
Quote pittjie 5-9-2017 11:36 AM
kalau your destination is  just point A to point B je almost everydat ... yang tak jauh mana setakat pusing2 kat KL mmg tak perlu kut nak ada kereta bagai. yang sesekali nak balik kg ... pegi kenduri kendara kat rumah sedara mara jauh2. pegi bercuti2 dgn adik beradik. nak mengangkut beg2 tuk baju seminggu dua .. masih memerlukan kereta la kalau duduk kat malaysia ni.
Quote duquesne 5-9-2017 11:40 AM
Orang2 yang patut takde kereta:

1. Yang bawah umur 24 tahun
2. Yang dah bekerja tapi single atau tinggal kat area yang ada lrt/mrt
3. Yang dah beli kereta tapi kereta tu jaraaangg pakai.. setahun mileage tak sampai 5000km
4. Yang selalu travel ke luar negeri/negara sampai kereta berabuk ditinggalkan kat rumah
5. Ni yang paling penting - yang takde driving licence dan yang tak reti drive
6. Yang tinggal kat area berlambak grab/uber/teksi

Quote Duta lover 5-9-2017 11:42 AM
Mmgla bazir. Sheols takleh drive..kne upah driver.
Pastu pakai vellfire plak. Hello? Perlu ke stakat ko sorang naik dgn driver nak bli vellfire.
Quote Aduradura 5-9-2017 11:45 AM
Betul, dari tak guna, baiklaaa jual
Quote Duta lover 5-9-2017 11:45 AM
Smalam sheolss tetiba emo. Upload gamba mak sheolss free hair. Sambil ckp..lantakla..apa org nk mengata..kalaulah mereka smua tahu pengorbanan mak bagai.

Meroyan ke apa...org x kisah la pun free hair ke x. Masalahnya mmg mak dia tu bertudung..tetiba ko yg dedahkan rambut mak ko...hahaha siap caption pengorbanan bagai. Hapa2la chef wan oii. Mmgla mak ko pun da tua..ada kelonggran aurat..tp takyah nak tetoba upload caption pengirbanan mak bagai...sambil nak sindir2 org nasihat pasal tudung. Xde kne mengena
Quote shailyvelera 5-9-2017 11:46 AM
pada aku ...penting la tuk aku ada kereta...klu emergency ke ape sng boleh trs gerak je...xdelah tertunggu2..ternanti....nk blk kg 2 3 hari pun kn ada kereta kot...xkan nk sewa or pakai uber....
Quote babynina30 5-9-2017 11:52 AM
Takyah beli. Naik uber lebih mudah. Kalau perlu utk long distance n for few days, sewa je kereta. Sape nk sewa mpv, boleh roger.
Quote putehkundor 5-9-2017 11:55 AM
Duduk area lemban klang, kl ni Tak Ada kereta pun Tak apa, pengangkutan awam pun dah Makin maju
Quote addamnor 5-9-2017 12:02 PM
apa point heshe bedal vellfire sedangkan yang duk cikcur nya heshe seorang jah? lain lah duk berangkut anak ikan satu kereta sebegitu.. beli axia jah lah, then gaji driver. kata nak sedekah segala, anggap jah la gaji drebar rm 1k sebulan fixed depo utk sedekah. as simple as that.

btw duduk di lembah klang transportation good good tak perlu nak berkereta pun unless nak berangkut naik bus / lrt pun merengsa jauh menunggu buang masa sejam lebih, you better have one sis.
Quote alieyrina 5-9-2017 12:02 PM
Dah beranak pinak ada famili memg penting..tp aku hairan..
Kenapa dia asik hilite driver dia tu..teruk sgt kah? If teruk kenapa smpai bertahun dia dgn driver sama? X paham..
Quote addamnor 5-9-2017 12:04 PM
alieyrina replied at 5-9-2017 12:02 PM
Dah beranak pinak ada famili memg penting..tp aku hairan..
Kenapa dia asik hilite driver dia tu..te ...

heshe tak pernah pun hanjengkan dreba nya sebelum ini bukan? ( to the point of beeing highlighted in the news)
Quote adeqbun 5-9-2017 12:04 PM
aku keje ofis hour..mmg kene la ade kete..nak balik kg, p kedai sume2 tu kene ade kenderaan...bwk lak family jenjalan..mane nak cekau uber nye..uber berguna kalau aku malas nak pk p tmpt2 yg ukan dlm rutin perjalanan atau pon tmpt tu xpasti paking cemane
Quote haryatie 5-9-2017 12:07 PM
betul la tu tindakan dia
da la x bleh  drive...
pastu jarang guna kereta pulak..
buat abis duit jerk byar segala bagai hutang/ maintenance /insuran/road tax /driver lagik..
Quote MH3707 5-9-2017 12:07 PM
kereta tu liability aje..tak penting pun lagipun skrg dah ada MRT..
Quote moonbug 5-9-2017 12:08 PM
Kalau dlm Lembah Klang saja kitaran hidupnya takpelah. Yg nak balik kg luar KL segala ni mcm mana pulak nak pakai Uber je. Nak bwk mak pegi beli barang rumah ke hospital segala. Tgk pada keperluan masing2 but still kereta mmg necessity for most people zaman sekarang.
Quote no_el 5-9-2017 12:11 PM
Aku plak tiap 1 thn or 1 thn setengah kena tukar tayar keta. Nampak x betapa byk aku kena travel pakai keta. Lain org lain keperluan. Duk kl xpela byk public transport. Duk kat perak yg luas ni jarak nak pkn besar pun mau 30-40kilo so nak harap bas or uber. . Mmg x la
Quote helicornia 5-9-2017 12:13 PM
dia mmg tkde keperluan utk kereta pun..dh le tak reti drive, jarang dok malaysia n tkde sapa nk diangkut dgn kereta tu bukan nk htr anak sekolah ke..so easist way call cab or uber je
Quote ~boolean 5-9-2017 12:30 PM
cukup menyampah bila orang kaya kata taknak hidup berprestige, tak mahu hidup dalam kemewahan dan pakai barang-barang branded...

tapi rumah 5 juta, ada dua tiga bijik
kereta vellfire, bentley, porsche...
baju tshirt cokia pun brand mahal beribu ringgit....

hidup sederhana kepala abah dia!


elok lagi Rozita che wan nak hidup kaya, tayang aja kekayaan tak perlu berlagak mulia tak hadap kekayaan kononnya.

Lihat semua komen(145)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059120s Gzip On
To Top