Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Dipijak Lembu Ketika Menjalani Ibadah Korban

5-9-2017 11:11 AM |Dilihat:1719| Komen: 30


sumber : internet

Jumaat lalu, seorang warga emas yang berusia 65 tahun menemui ajal apabila jatuh dipijak lembu pada bahagian dada ketika melakukan ibadah korban di Kampung Dusun Durian, Dabong.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa dikenali sebagai Kamarudin Mamat dipercayai maut akibat kecederaan dalaman ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Dabong.

Menurut anak kedua Allahyarham, Siti Hajar Kamarudin,  Allahyarham menternak lima lembu dan 10 kambing dan lembu hendak dikorbankan pada pagi Jumaat itu agak garang dan hanya boleh didekati arwah.

"Sebelum kejadian empat kali lembu terlepas kami yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya pulang ke rumah terletak kira-kira 100 meter untuk melihat aktiviti korban dari rumah setelah lama menunggu."

Tambahnya, tidak lama kemudian arwah diusung orang ramai ke rumah akibat terjatuh dan dipijak lembu.

Kemudian, segera dia bersama suami serta ibunya membawa ayahnya ke Klinik Kesihatan Dabong untuk mendapatkan rawatan, katanya. 

Sehubungan itu, gambar serta video yang tular di laman sosial melibatkan arwah ayahnya Siti Hajar tampil membuat penafian.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-9-2017 11:58 AM
pyropura replied at 5-9-2017 11:18 PM
Lombu2 jadi makin garang tu adalah petunjuk awloh pada mulayu2 moslem yg semakin menjauhi surohan  ...

Hahaha tak nak layan hakku.. reply skit punye byk.. punai punya pyropura

Lain-lain Komen

Quote MissNigga 5-9-2017 11:23 AM
ingat nak korbankan lombu .. aleh aleh ... dia yang terkorban ...
inalillah ....
Quote prettyuglybabe 5-9-2017 11:37 AM
kalau dah berkali-kali terlepas tu, cancel je la korban tahun tu..
ni tak pasal-pasal diri sendiri terkorban..
kasihan pada lembu dan pakcik dipiijak lembu..
Quote Buritan 5-9-2017 11:39 AM
Lombu sekarang garang botul..
Quote Izumieza 5-9-2017 11:54 AM
Allahuakbar.. tuannya pulak yg terkorban
Quote stroberi_80 5-9-2017 12:00 PM
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun
Quote white_musk 5-9-2017 12:01 PM
Inilah pengorbanan yang sebener
Quote nenekglamer 5-9-2017 12:02 PM
Takziah pd family.

Ayah aku kena pijak2 lembu (2 ekor) masa umur 65 juga. 2 rusuk patah. And lebam2 kt badan dan muka. Telinga n mata berdarah. Lps berjaya melepaskan diri dia naik moto sndiri balik rumah dgn badan kotor baju koyak berdarah. Menangis mak aku mandikan dia sblum bawa gi klinik. Warded 1 mlm je sbb dia sibuk nk balik. 2 bulan gak rest. Syukur lah masih panjang umur. Skrg umur ayah aku 76 tahun.
Quote moonbug 5-9-2017 12:28 PM
Kesiannya. Takziah buat family. Garang lembu tu
Quote Nokiaman 5-9-2017 12:48 PM
Selayaknyalaa tu....CASH
Quote surwanis 5-9-2017 01:37 PM
tahun ni xdpt dgg korban..
Quote rospinki 5-9-2017 02:46 PM
konsep korban sudah semakin menyimpang dari tuntutan islam..

1. pihak yg memberi korban
2. pihak yg mengharap korban
3. pihak ke 3..yg jadi ejen korban kt negara islam lain
4. pihak yg dipertanggunjwbkan melakukan korban bagi pihak lain
5. pihak yg tengah taip ni takde berkait langsung


Quote tripleid 5-9-2017 02:58 PM
kalau dengar ceramah,ustaz ckp lembu2 korban ni kononya sukarela dan redho je nak dijadikan korban katenyer..

namun realiti sebener adalah  sebaliknya.lembu2 yg nak dikorban tu semua takut menggelupur nak kena semelih
Quote kucen_miang 5-9-2017 03:10 PM
Innalillah...

Sebelum kejadian empat kali lembu terlepas kami yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya pulang ke rumah terletak kira-kira 100 meter untuk melihat aktiviti korban dari rumah setelah lama menunggu."


Tambahnya, tidak lama kemudian arwah diusung orang ramai ke rumah akibat terjatuh dan dipijak lembu.


Kemudian, segera dia bersama suami serta ibunya membawa ayahnya ke Klinik Kesihatan Dabong untuk mendapatkan rawatan, katanya.


Sehubungan itu, gambar serta video yang tular di laman sosial melibatkan arwah ayahnya Siti Hajar tampil membuat penafian.- CARI



CARI-LTS ko translate dari sokabar zimbabwe ke ni?






Quote trakea 5-9-2017 03:41 PM
Arwah baik orangnya
Quote sarahmirza 5-9-2017 03:44 PM
Takziah.
Dah masuk 6 siri tu, bagi la orang muda yang uruskan urusan korban ni.
Patutnya begitu.
Quote mieymiey 5-9-2017 03:52 PM
Inalillah. Takziah pada keluarga arwah pakcik ni.
Quote batmana 5-9-2017 03:58 PM
sebab tu ramai cipta mesin bantu sembelih lembu



psl bahaya gak klu jadi apa2.
Quote slavehunter 5-9-2017 04:00 PM
Lembu nak disembelih ada cara nye dan doa nye. Jangan datang dari arah belakang lembu ...memang kena tendang la. Sebelum sembelih kena ambik wudhu dulu, baca doa dan mengadap kiblat.
Quote aHoi83 5-9-2017 04:10 PM
Tak paham. So kes ni berlaku ke tak sebenarnya. Sbb last nya kata tampil menafikan. Menafikan kematian ke menafikan viral video ke ape??

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089775s Gzip On
To Top