Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rompakan Di Rwang: 6 Penyamun Sapu Bersih Emas Dalam Masa 5 Minit

2-9-2017 07:50 PM |Dilihat:2831| Komen: 54


Loading FB Video...

Kejadian samun yang membabitkan enam lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas di pusat beli belah AEON Rawang, jam 6.40 petang semalam menjadi tular di media sosial. 

Dalam video yang dirakam oleh pengunjung pusat beli belah itu menunjukkan salah seorang suspek berusaha memecahkan cermin meja pameran dan meletakkan barang kemas dalam beg sebelum melarikan diri.


Loading FB Video...

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek melepaskan satu das tembakan ke arah siling di dalam kedai tersebut dan memecahkan empat cermin meja pameran sebelum melarikan diri.

"Keenam-enam suspek menaiki tiga buah motosikal Yamaha 125. Bagaimanapun, hanya empat daripada mereka yang masuk ke premis tersebut."

Ketika kejadian itu berlaku, ada dua pelanggan wanita dan empat kakitangan dalam premis tersebut. Namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian itu. 

"Kami masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis tersebut," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 54
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dark28angel 5-9-2017 12:21 PM
huh...smpai skg ketor lutut x hilang lagi nengok perompak tu mundar mandir depan mata..da la badan besar bwk pistol plak....

Lain-lain Komen

Quote raradhia 2-9-2017 07:53 PM
wow, beraninya
Quote moonbug 2-9-2017 07:53 PM
Korban hari raya aidiladha {:thief
Quote moonbug 2-9-2017 07:56 PM
Guard yg terjenguk2 tu guard Aeon ke Poh Kong? Kalau guard Poh Kong kat Aeon rumah aku mmg equipped with a rifle duduk dpn entrance Poh Kong tu
Quote AyaqMeloSuam 2-9-2017 08:05 PM
Mmg dh berani mati ni... masuk dlm mall pncuri skrg...{:freak
Quote cm_matjawasp 2-9-2017 08:16 PM
Dah habis sukan sea ..pungutan emas bertambah lagi.
Quote myoujin 2-9-2017 08:19 PM
Nak buat kedai emas buat dlm mall tinggi susah mat motor nak merompak
Quote matchstick 2-9-2017 08:22 PM
Poh kong x pasang cermin display yg susah pecah tu ker..tu lah kedekut lg nk pasang cermin mahal. Ke dh beli insurance mahal siap2 so x perlu risau emas kena rompak
Quote lil_sparky 2-9-2017 08:30 PM
Berani tol penyamun zmn skrg nih
Quote simatakucing 2-9-2017 09:15 PM
Xpela,claim insuran setel la,
Quote Vokuro 2-9-2017 09:18 PM
Motif.poh kong pprt tak reti guna cermin kalis hentakan pelbagai??
Quote kuzaime 2-9-2017 09:42 PM
Berani dia buat Keja tu..
Shopping mall biasa ramai aje org..cctv pun merata2 ada..
Quote CiliPadiSedap 2-9-2017 09:51 PM
moonbug replied at 2-9-2017 07:56 PM
Guard yg terjenguk2 tu guard Aeon ke Poh Kong? Kalau guard Poh Kong kat Aeon rumah aku mmg equipped  ...

tu guard aeon tak dibekalkan senjata api, xsilap cota atau tekpi skipping je.. badan cmtu kena parang terburai tak berbaloi nak pertahankan barang kemas ada insurans..

lgpun yang rompak ni semua hati kering biar mereka bertemu polis..
Quote kelana36 2-9-2017 09:55 PM
semangat sukan SEA kutip emas masih menebal..
Quote hydrangea17 2-9-2017 09:57 PM
Ngerinya. Nasib baik takde nak cedera2kan orang
Quote alieyrina 2-9-2017 10:04 PM
Siang2 buta org ramai pun depa berani..ada org kt luar mall yg sebut no.plet moto penyamun kan..harap tgkap cepat sikit..
penah tgk yg kalis pecah..memg sia2 kalau p hentak cermin gitu..
Quote moonbug 2-9-2017 10:20 PM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2017 09:51 PM
tu guard aeon tak dibekalkan senjata api, xsilap cota atau tekpi skipping je.. badan cmtu kena par ...

Ye betul tu. Tak berbaloi langsung. Staff pun sekarang ni konsepnya kalau perompak mintak bagi je, tak payah nak lagak hero ke ape sgt. Company nnt claim insurance. Ape ade hal. Nyawa takde spare ya
Quote moonbug 2-9-2017 10:21 PM
kelana36 replied at 2-9-2017 09:55 PM
semangat sukan SEA kutip emas masih menebal..

Choiiii hahahaha terbawa2 semangat emas sukan SEA nampaknya mereka ni
Quote moonbug 2-9-2017 10:22 PM
alieyrina replied at 2-9-2017 10:04 PM
Siang2 buta org ramai pun depa berani..ada org kt luar mall yg sebut no.plet moto penyamun kan..hara ...

Kalau dah plan baikkk punya mcm ni haruslah plate no diorang pun yg palsu punya uols. Senang sgt kerja polis nnt kalau pakai yg real
Quote moonbug 2-9-2017 10:48 PM
kuzaime replied at 2-9-2017 09:42 PM
Berani dia buat Keja tu..
Shopping mall biasa ramai aje org..cctv pun merata2 ada..

Nasib baiklah ada hasil. Kalau hentak cermin tak pecah2 lalu putih mata mcm kes kedai emas Sri Alam bln July haritu, harus menangis kat bucu katil perompak tu semua

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.106629s Gzip On
To Top