Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Maut Diserang Di Kaunter Pertanyaan Balai Polis

31-8-2017 12:56 PM |Dilihat:7766| Komen: 135


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati akibat serangan oleh pihak yang tidak diketahui identitinya ketika bertugas di dalam balai polis.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Valentino Masa ditemui mati dengan kesan tembak dan tetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya awal pagi Khamis lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan kejadian itu dan mangsa ditemui mati di kaunter pertanyaan pada jam kira-kira 3.30 pagi. 

Ekoran kejadian pembunuhan itu, pihak polis menjadikan kawasan sekitar balai polis tersebut sebagai kawasan larangan dan orang awam yang tidak berkaitan dilarang masuk. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dilaporkan turut bergegas ke lokasi kejadian untuk tinjauan.

Difahamkan selepas ini, satu sidang media akan diadakan untuk memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian itu.- CARI

sumber : Berita Harian



Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 134
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-9-2017 04:05 PM
Mmmmmm... Balai polis pon jd tempat jenayah? Pelik tp benar..

Lain-lain Komen

Quote FanTasyCreaTioN 31-8-2017 11:13 AM
Hmetro


ANGGOTA polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, awal pagi, tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dan kerja.

Lans Koperal Valentino Masa berasal dari Sarawak dan bertugas di kaunter pertanyaan ditemui maut pada 3.30 pagi ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak mempunyai masalah dengan individu lain.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anggota Unit Peronda (MPV) pada 3.25 pagi, ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan.

"Anggota MPV itu mendapati keadaan balai gelap sebelum membuka lampu dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap.

"Mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan dan beberapa tetakan di belakang kepala
," katanya pada sidang media di Balai Polis Pinggiran USJ, hari ini.

Mazlan berkata, terdapat saksi yang terdengar bunyi letupan pada kira-kira jam 2.40 pagi namun menyangka ia bunyi mercun sambutan ambang kemerdekaan.

"Maklumat saksi awam itu mengatakan terdengar bunyi letupan namun tidak memaklumkan kepada polis kerana menganggap ia bunyi mercun.

"Kawasan balai polis tidak mempunyai kamera litar tertutup (cctv) namun polis kini sedang berusaha untuk mengesan cctv di kawasan sekitar balai," katanya.

Mazlan berkata, pihaknya percaya mangsa ditembak menggunakan pistol milik anggota itu sebelum senjata api itu dilarikan penjenyah.

"Siasatan juga mendapati kemungkinan besar mangsa ditembak menggunakan pistol miliknya.

"Siasatan berhubung kejadian terus dijalankan bagi menjejaki suspek," katanya.
Quote Vokuro 31-8-2017 11:13 AM
Heshe sorang jah ke yang kerja dek? Ke kena tetak dan bunuh dengan kelig jah?
Quote jiwakacau06 31-8-2017 11:17 AM
lg kes polis ditembak Di balai sendiri.   apa nk jd ni..tmpt disangka selamat pn dh xselamat..
Quote jiwakacau06 31-8-2017 11:17 AM
apa jd kes kt kelantan n kedah baru2 ni
Quote kecimpret 31-8-2017 11:21 AM
Kat balai pun x selamat..wth!
Quote zara.melissa 31-8-2017 11:22 AM

terima kasih FC utk berita lebih detail
Quote Decaffeinated 31-8-2017 11:24 AM
Gila ko polis kena bunuh kat balai polis....

Brazil yang acik kepam porum kata konon tak selamat tu pun boleh tabik spring kalau begini caranya lah....

Quote FanTasyCreaTioN 31-8-2017 11:30 AM
zara.melissa replied at 31-8-2017 11:22 AM
terima kasih FC utk berita lebih detail

sesamer
kebetulan tertengok masa google tentang menda lain

harap cepat lah dapat di cari pembunuh nya
ada pistol tu


Quote white_musk 31-8-2017 11:38 AM
Ya awloh..  Mengapalah kejadian mwnimpa seperti ini di sini.  Akak percaya orang2 melayu majoriti semua mental.  Namun tidak hairan juga kerana negara low class sememangnya menternak masyarakat yang tidak sihat akalnya terutama  lelaki.  Mengaku sajalah
Quote ms.engine 31-8-2017 11:40 AM
Penjenayah skrg makin berani
But how come  balai x de cctv.. jimat kos kah?
Quote shernazz 31-8-2017 11:48 AM
wallawei
xkan sorang aje dalam.balai tu?
sre ada dua tiga prang kan utk amek report dsb
Quote alieyrina 31-8-2017 11:55 AM
Ingat berita kat negara bergolak tadi..libya..syria..afgan..
Quote Burong_Hantuk 31-8-2017 11:56 AM
amat menakotkan
Quote R2D2 31-8-2017 11:58 AM
dulu2 ada nampak kalau iklan perumahan baru, pemaju akan highlight berdekatan dengan Balai Polis.
so kalau dekat dengan balai, kediaman tentu selamat?
Quote AbukRokok 31-8-2017 12:10 PM
wow black area juga pinggiran usj ni ye?
adakah hargaproperty merudum diblack area?
Quote mel18 31-8-2017 12:18 PM
Balai polis pun x selamat sudahhh...ape la nak jadi ni
Quote zeed 31-8-2017 12:21 PM
Apa balai polos pon xde cctv?
Quote R2D2 31-8-2017 12:34 PM
Seingat aku, dlm balai cctv hanya area lokap tahanan reman ja. Depan bahagian pertanyaan biasanya tak dipasang
Quote jazaa100 31-8-2017 01:02 PM
white_musk replied at 31-8-2017 11:38 AM
Ya awloh..  Mengapalah kejadian mwnimpa seperti ini di sini.  Akak percaya orang2 melayu majoriti se ...


Mana kau tau yg tembak tu melayu?
Entah entah monyet mcm kau....


Lihat semua komen(135)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089174s Gzip On
To Top