Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sukan SEA KL2017 :PM Isytihar 4 September 2017 Adalah Cuti Umum

31-8-2017 12:57 AM |Dilihat:7282| Komen: 160


Upacara temasya penutupan Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru sahaja tamat sebentar tadi. Berikutan pencapaian cemerlang kontinjen negara pada Sukan SEA 2017, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Isnin, 4 September 2017 sebagai cuti umum.

"Kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini bagi pihak kerajaan, saya mengumumkan cuti umum pada Isnin (4 September 2017)," katanya dalam ucapan itu yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Kredit foto : Bernama


Malaysia mengakhiri sukan dwi-tahunan itu dengan muncul juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas melebihi sasaran 111.

Kejayaan ini juga merupakan hadiah terbesar untuk rakyat Malaysia sempena ulang tahun hari kemerdekaan negara yang ke-60. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
4
Lawak
6
Bosan
4
Komen: 159
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote amieab 1-9-2017 03:21 PM
pengumuman cuti tok jib tu sebenarnya hanya bermanfaat kpd murid dengan cikgu2 sekolah...pasal dia orang mmg sedang cuti sekarang, dapat tambah lagi satu hari..sengeh cam kerang jer la..tak yah nak fikir dah lewat atau tak....tu la...dulu orang suh jadi cikgu tak nak.......

Lain-lain Komen

Quote Pink_Purple 30-8-2017 02:43 PM
kalau nak bagi cuti, umum awal2 senang orang nk beli/ubah tiket..
Quote libra_gurlz 30-8-2017 02:44 PM
Public holiday? sebab per?
Quote AJ88 30-8-2017 02:49 PM
uihh. tak ada dgr cite pn.

takkan msia dpt emas dr yg ditarget, dpt cuti umum?

Quote mieymiey 30-8-2017 02:54 PM
Malam ni ker Najib buat pengumuman?
Quote white_musk 30-8-2017 02:56 PM
Oh no..  Terserlah kemalasan melayu apabila mengharapkam cuti.  Seiring dengan prestasi.  Begitulah
Quote onexox97 30-8-2017 03:02 PM
vote for cuti
pm harus bg cuti demi memenangi hati rakyat
Quote pittjie 30-8-2017 03:03 PM
iols mmg ambik cuti 4/9 tu. kalau dpt cuti peristiwa pun bagus jgk. tak la luak cuti tahun meols.
Quote Sasakim 30-8-2017 03:06 PM
Ph sbb dpt lepasi emas 111 ke
Quote chinta89 30-8-2017 03:08 PM
harap2 btl la berita ni. bolehla balik kg lama sikittt
Quote zach2008 30-8-2017 03:10 PM
Kalau nak bg cuti cakap awal2 woi... Tp jangan la bg cuti. Aku ada kerja penting 4hb tu
Quote palmolive 30-8-2017 03:12 PM
bising2 ckp org malas..
org cuti dia pun menyibuk..bengong
Quote drivethru 30-8-2017 03:18 PM
Company aku dah bagitau awal2. Kalau cuti 4/9, semua pekerja kena datang kerja jugak. Company akan bayar triple.
Quote syadq 30-8-2017 03:20 PM
Kena tunggu closing malam ni baru tahu dapat cuti ke tak.

Juga harga minyak naik ke turun
Quote seeriesagain 30-8-2017 03:20 PM
Demi memenangi hati rakyat di pru yg semakin dekat ni, aku yakin pm bg cuti
Quote Modngengade 30-8-2017 03:25 PM
eloklah cuti dek....boleh akak cur dgn aman di kotaraya
Quote R2D2 30-8-2017 03:28 PM
Demi PRU, harga minyak tak berubah
Isnin pulak cuti
Quote iwan007 30-8-2017 03:30 PM
Modngengade replied at 30-8-2017 03:25 PM
eloklah cuti dek....boleh akak cur dgn aman di kotaraya

Bukan ke public holiday kotaraya penuh ngan warga asing ker? Jangan2 taste akak ni warga asing kot sebab tu akak boleh cik chur dengan aman
Quote AbukRokok 30-8-2017 03:33 PM
xder nye cuti...dah kalah bola tu kalah lah
Quote AbukRokok 30-8-2017 03:34 PM
syadq replied at 30-8-2017 03:20 PM
Kena tunggu closing malam ni baru tahu dapat cuti ke tak.

Juga harga minyak naik ke turun

ron 95 naik 1 sen je dek
ron 97 naik 1 sen or maintain
diesel je naik byk sen

Lihat semua komen(160)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092840s Gzip On
To Top