Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Adam Yoong, Atlet Berumur 9 Tahun Sumbang Pingat Emas!

30-8-2017 01:05 PM |Dilihat:2376| Komen: 24

sumber : Bernama

Kehebatan para atlet negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bukan hanya pada atlet dewasa sahaja malah atlet kanak-kanak juga berjaya menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara. 

Antaranya atlet termuda Malaysia, Adam Yoong Hanifah yang hanya berumur 9 tahun mempamerkan aksi mantap sekaligus mengetepikan peserta Indonesia, Dimas Ridho Suprihono (3,440 mata) untuk merangkul emas keempat dalam acara ski air kelmarin. 

Memetik laporan Bernama, semasa ditanya pemberita apa perasaan kerana berjaya membantu menghadiahkan pingat emas buat negara, adik bersemangat tinggi itu menjawab dengan penuh yakin bahawa dia akan berusaha lebih gigih melakukan yang terbaik di masa akan datang.

Saya sangat gembira memenangi acara ini. Saya memberikan yang terbaik...terima kasih atas sokongan semua dan saya akan teruskan melakukan yang terbaik pada masa depan.

Sementara itu, ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, 14, turut menuai dua pingat emas hari ini dalam acara jump dan trick. 

Dalam acara jump, Aaliyah merekodkan 32.6m manakala dua atlet Indonesia, Rossi Amir (30.8m) meraih perak dan gangsa, Nur Alimah Priambodo (27.6m).

Bagi acara trick, Aaliyah merangkul kilauan emas meraih 5,880 mata, mengetepikan Sabelle Kee dari Singapura (3,450 mata) untuk perak dan atlet Indonesia Nur Alimah, gangsa selepas mencatatkan 3,380 mata.- CARI

sumber : internet



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote becir 4-9-2017 03:02 PM
Tak silap I apak diaorg Ni kawen ngan Indonesian, ex maid dia..betulkan kalau salah..

Lain-lain Komen

Quote albedah 30-8-2017 01:13 PM
Adik Alex Yoong kah?
Apak dia kahwin dgn Melayu kan masuk Islam?
Quote minguk 30-8-2017 01:28 PM
albedah replied at 30-8-2017 01:13 PM
Adik Alex Yoong kah?
Apak dia kahwin dgn Melayu kan masuk Islam?

bersama alex yoong masa kecil.. haha
Quote nisako 30-8-2017 01:41 PM
wah tahniah adik ...................
Quote kukulangau 30-8-2017 01:52 PM
family ni memang kaki sports tegar
salute
Quote paz 30-8-2017 02:01 PM
Wah tahniah adik... hebat!
Quote sharlenetexas 30-8-2017 02:14 PM
Ramai jugak anak Hanifah Yoong.
Seronok sbb ayah ada hala tuju utk anak2.
Quote MyNameIsIris 30-8-2017 02:15 PM
Hebatnya... tengok dia jawab soalan semalam pun... semangat dan confident.
Quote cutieslilies 30-8-2017 02:28 PM
adik beradik kan..tapi lain mak..wahhhh

tahniah..tahniahhh
Quote WiduriiManja 30-8-2017 02:52 PM
Tahniah..satu family semangat bersukan
Quote helicornia 30-8-2017 03:42 PM
albedah: Adik Alex Yoong kah? Apak dia kahwin dgn Melayu kan masuk Islam?

ye rasanya ayah dia masuk islam kawin dgn muslim.tengok la rupa aaliyah n adam lain benar dr alex n philipa yoong.atuk dorang mmg nama chinese
Quote BoongaKertas 30-8-2017 03:46 PM
kipidap dik! auntie is so proud of u!
Quote RatuDunia94 30-8-2017 03:59 PM
Sukan whoayussss?
Quote nazzse 30-8-2017 05:04 PM
tahniah dik, akak dah tua ni pun setakat dduk je kat mlysia siap kutuk lagi kadang2
ni baru btul jgn tanya apa negara dah buat utk awak, tnya sumbangan anda utk negara..
bagus bapak dia, semua anak2 involve dlm sports..
Quote moonbug 30-8-2017 05:28 PM
Wah baru tau ada sukan2 ni kat SEA games. Good job. Semoga terus menyumbang pada negara
Quote moonbug 30-8-2017 05:29 PM
cutieslilies replied at 30-8-2017 02:28 PM
adik beradik kan..tapi lain mak..wahhhh

tahniah..tahniahhh

Ooo lain betul muka diorang dgn Alex Yoong
Quote cHimo 30-8-2017 06:30 PM
Kecik2 dah ada karier.. hebat.. untung mak pak dorang..
Quote DeeHanania 30-8-2017 06:51 PM
tahniah dik...
ksemua berbakat adkbrdk Yoong nie
Quote tripleid 30-8-2017 06:52 PM
Murahnya nilai pingat mas sukan sea..budak kecik pn buleh menang
Quote dodolgemok 30-8-2017 06:54 PM
Tahniah dek!!

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.100161s Gzip On
To Top