Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Final Bola Sepak Sukan SEA 2017: Pemuda Bakar Mercun Ditahan Polis

30-8-2017 10:54 AM |Dilihat:331| Komen: 1

sumber : Oriental Daily News

Sejurus Skuad Harimau Muda Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand di perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 malam tadi, dilaporkan ada seorang peminat ditahan polis berikutan membakar mercun ketika berjalan keluar dari stadium.

Memetik laporan Oriental Daily News, apabila para pemain keluar dari padang, tiba-tiba terdengar dua bunyi letupan yang kuat dan dilaporkan individu tersebut telah ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor turut mengesahkan kejadian itu kepada pemberita di luar stadium dan memaklumkan pihak polis telah menahan seorang pemuda Melayu yang bertindak membakar mercun untuk membantu siasatan.

Menurut Datuk Mazlan, tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan berlangsung dan tiada penyokong yang membawa senjata merbahaya masuk ke dalam stadium. 

Beliau turut menjelaskan, setakat jam 11.30 malam, tiada sebarang pergaduhan berlaku dan pihak polis turut ditempatkan di luar dan dalam stadium dalam usaha memperketatkan lagi kawalan demi memastikan keselamatan penonton yang datang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 30-8-2017 05:37 PM
Biasanya orang dri kampung aja yg suka bakar2 mercun..dah kahwin & beranak pinak nanti confirm belikan anak mercun letup2 dlm kotak kuning kecil tu..mganggu jiran aja

Lain-lain Komen

Quote Jorja 30-8-2017 05:37 PM
Biasanya orang dri kampung aja yg suka bakar2 mercun..dah kahwin & beranak pinak nanti confirm belikan anak mercun letup2 dlm kotak kuning kecil tu..mganggu jiran aja

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093566s Gzip On
To Top