Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sukan SEA 2017: Jaringan Gol Sendiri, Malaysia Tewas 0-1 Kepada Thailand

29-8-2017 11:37 PM |Dilihat:6463| Komen: 327


sumber : Berita Harian

Malam kelmarin, kontinjen negara berjaya mecapai sasaran memperoleh 111 pingat emas menerusi Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.

Namun malam ini skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara gagal melunaskan hajat besar peminat khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya untuk memenangi ibu segala pingat dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 apabila tewas kepada Thailand 0-1 di Stadium Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

Walaupun bermula lebih agresif skuad Harimau Malaysia membuat serangan demi serangan, namun beberapa percubaan yang dilakukan gagal membolosi gawang yang dikawal ketat oleh penjaga pintu gol dan barisan pertahanan Thailand. 

Agak malang sekali, jaringan gol tunggal Thailand pada minit ke-39 di separuh masa pertama adalah hasil kesilapan penjaga pintu gol negara kita iaitu Haziq Nadzli yang tertumbuk bola sepakan sudut oleh pemian Thailand, Sasalak Haiprakhon ke dalam pintu gol sendiri. 

Biarpun pada separuh masa kedua, anak buah Datuk Ong Kim Swee kelihatan bertungkus lumus mencari gol penyamaan, namun terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal memecahkan kebuntuan jaringan hingga wisel penamat.

Keputrusan muktamad perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 : Malaysia 0, Thailand 1- CARI





sumber : Berita Harian




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 327
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 1-9-2017 11:27 AM
matseh replied at 1-9-2017 12:20 AM
Fans..bola. Dua2 kaki kiri. Reket sport dua2 tangan kiri.

Deep sgt ni. Serius. I x faham. Huhu.

Lain-lain Komen

Quote NE_KO 29-8-2017 08:04 PM
@MeghanK @kucen_miang @MissNigga @noraidil_06 @AJ88 @Orix @WhiskeyScotch @Sazida @spiderman80 @prettyuglybabe @Deidra @minguk @FanTasyCreaTioN @lee_haru
Quote AJ88 29-8-2017 08:13 PM
All the best to them. Slmt berjuang hingga minit terakhir. Fighting! #bangkitbersama
Quote OmJualGas 29-8-2017 08:16 PM
Harap menang dan kena bagi cuti esok 1malaysia...
Quote Jeniechan 29-8-2017 08:21 PM
Cantik r thread ni encik @NE_KO
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 08:22 PM
So cool the gifs.. terbaik tt.. pompom
Quote NE_KO 29-8-2017 08:23 PM
Jeniechan replied at 29-8-2017 08:21 PM
Cantik r thread ni encik @NE_KO

eh mana ada jenie.biasa2 je saya masih belajar lagi.hehe
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 08:23 PM
Tengah beli burger daging special dan benjo .. nak mkn masa tgk bola nanti...
Quote NE_KO 29-8-2017 08:24 PM
Elle_mujigae replied at 29-8-2017 08:22 PM
So cool the gifs.. terbaik tt.. pompom

terima kasih ya.harap beri sokongan penuh pada pasukan malaysia.
Quote finesse 29-8-2017 08:24 PM
Asal semua teks jd bold??
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 08:25 PM
Kat kajang hujan rintik2.. kat stadium pun hujan ke? Dangerousnya main masa hujan.. huhu
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 08:26 PM
NE_KO replied at 29-8-2017 08:24 PM
terima kasih ya.harap beri sokongan penuh pada pasukan malaysia.

Sama-sama... kita beri sokongan dari depan tv.. hoho pompom
Quote NE_KO 29-8-2017 08:27 PM
hoki (L) malaysia 14-0 belasah myanmar
Quote Jeniechan 29-8-2017 08:27 PM
Rasa nk komen byk2 je.suka tgok tulisan bold
Quote Nokiaman 29-8-2017 08:29 PM
Cina - jurulatih..
Melayu - Majoriti pemain
Indian- Goal shooter..
Ni namanya 1MALAYSIAAAAAAAA
Quote kechikchomel 29-8-2017 08:30 PM
pembaca berita tv3 ni pun pkai jersey Malaysia.
Good luck team Malaysia!!!
Quote NE_KO 29-8-2017 08:31 PM
Edited by NE_KO at 29-8-2017 08:33 PM
finesse replied at 29-8-2017 08:24 PM
Asal semua teks jd bold??


dah settle.maaf ya saya salah coding.terima kasih atas teguran.
Quote Jeniechan 29-8-2017 08:36 PM
NE_KO replied at 29-8-2017 08:31 PM
dah settle.maaf ya saya salah coding.terima kasih atas teguran.

Bold la nmpk lg cool.ke aku je pikir gitu
Quote NE_KO 29-8-2017 08:39 PM
Jeniechan replied at 29-8-2017 08:36 PM
Bold la nmpk lg cool.ke aku je pikir gitu

nak bold sekali ke dgn komen forumer?sbb saya pon sakit mata tadi. hehe
Quote NE_KO 29-8-2017 08:40 PM
dah start      

Lihat semua komen(327)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.216885s Gzip On
To Top