Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Ditembak Ipar, Suspek Sangkakan Tertembak Monyet

29-8-2017 06:25 PM |Dilihat:1365| Komen: 28

sumber : internet

Seorang warga emas berusia 70 tahun maut ditembak ipar sendiri di sebuah kebun berhampiran Rumah Panjang Mathew, Sungai Sarau, Sebauh Bintulu.

Suspek memberitahu polis, pada mulanya dia menganggap sasaran yang ditembaknya itu adalah seekor monyet liar. 

Memetik laporan Bernama, kejadian tersalah tembak itu berlaku pada jam 4.30 petang kelmarin dan suspek yang berusia 59 tahun itu mempunyai pertalian darah dengan mangsa yang dikenali sebagai Bermau Bauk. 

Ketua polis Bintulu ACP Zailanni Amit yang mengesahkan kes tersebut berkata, ketika kejadian berlaku suspek sedang memburu menggunakan senapang patah. 

Suspek melepaskan tembakan ke arah sasaran yang dipercayainya seekor monyet yang liar.

Setakat ini, pihak polis telah merampas senapang suspek dan menahannya di balai polis untuk tindakan lanjut.

Kes in akan disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian secara cuai.- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nobito 1-9-2017 11:02 AM
putehkundor replied at 1-9-2017 12:39 AM
Best apa rumah atas pokok...
Akak dari dulu bermimpi nak buat rumah/pondok atas pokok macam dalam ...

Kena buat rumah proper sikit..... berentuk rumah la sis....kalau tak nanti nampak cam monyet.

Lain-lain Komen

Quote lasagnaklcc 29-8-2017 06:36 PM
Tembak monyet liar utk apa?
Quote Amina_Mirza 29-8-2017 06:55 PM
lasagnaklcc replied at 29-8-2017 06:36 PM
Tembak monyet liar utk apa?

Kes dekat srwk, maybe theyols buru untuk makan, makanan eksotik ni high demand bagi sesetengah orang esp. masyarakat pribumi
Quote FanTasyCreaTioN 29-8-2017 07:03 PM
Amina_Mirza replied at 29-8-2017 06:55 PM
Kes dekat srwk, maybe theyols buru untuk makan, makanan eksotik ni high demand bagi sesetengah ora ...
Jarang dengar pribumi tembak untuk makan monyet sebagai delicacies .. tembak babi hutan tu yer
mungkin ada kot .. ntah

cuma kes tertembak ni mungkin sebab memang sengaja sebab dendam atau sakit hati
atau memang betul mata terkeliru di keliru

Quote Skuau 29-8-2017 07:43 PM
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2017 07:03 PM
Jarang dengar pribumi tembak untuk makan monyet sebagai delicacies .. tembak babi hutan tu yer
mun ...

Ada ke fc..kt swk ore mkn monyet???
Quote Amina_Mirza 29-8-2017 08:59 PM
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2017 07:03 PM
Jarang dengar pribumi tembak untuk makan monyet sebagai delicacies .. tembak babi hutan tu yer
mun ...

Oh yeke? Maaf i tersilap. Sebab ada kawan uni cerita dengan i.
Walaupun tersilap tetap kena dakwa under 302 membunuh dengan cuai.
Quote kucen_miang 29-8-2017 09:05 PM
Amina_Mirza replied at 29-8-2017 06:55 PM
Kes dekat srwk, maybe theyols buru untuk makan, makanan eksotik ni high demand bagi sesetengah ora ...

memandai jer
Quote Pink_Purple 29-8-2017 09:06 PM
banyak sangat kes tertembak mcm ni,

monyet jadi sasaran
Quote Pink_Purple 29-8-2017 09:06 PM
banyak sangat kes tertembak mcm ni,

monyet jadi sasaran
Quote prettyuglybabe 29-8-2017 09:07 PM
iparnya duduk atas pokok ke sampai boleh salah ingat beruk..
Quote batmana 29-8-2017 09:24 PM
lasagnaklcc replied at 29-8-2017 06:36 PM
Tembak monyet liar utk apa?

biasa tembak monyet liar,
psl kaco kebun tu

monyet bukan stay 1 tmpt, dia pindah2 ke kwsan lain, pstu time mkn serbu kt kebun
cam tempat aku, monyet educated, time solat jumaat dia serang kebun org

psl tau org laki pi solat

adalah 2 bln skali, team penembak dari group rela datang, tembak monyet2 ni
Quote batmana 29-8-2017 09:27 PM
Pink_Purple replied at 29-8-2017 09:06 PM
banyak sangat kes tertembak mcm ni,

monyet jadi sasaran

org yg slalu msuk utan cite
kes salah tembak ni, psl ada makhluk yg nyamar jadi binatang,
tapi mendepan ke arah mangsa

so, yg pegang senapang tu nmpk 'binatang' tu,
terus tembak,
tk prasan blkgnya ada manusia

tu yg salah tembak, bukan newbie pegang senapang, tapi dh bertahun2 pegang/guna
pun salah lagi tembak
Quote Pink_Purple 29-8-2017 09:31 PM
batmana replied at 29-8-2017 09:27 PM
org yg slalu msuk utan cite
kes salah tembak ni, psl ada makhluk yg nyamar jadi binatang,
tapi m ...

oh kes 'alam lain' la ni..

menyeramkan kalau mcm tu..

tapi ni kes 4.30 petang..ya la penembak tu pun umur 50 lebih dah,mmg mahir menembak/banyak pengalaman menembak, kenal dah selok belok hutan
Quote moonbug 29-8-2017 10:25 PM
Byk jgk kes tertembak org dlm hutan ni kalau org tgh berburu
Quote Shirley23 29-8-2017 11:18 PM
Kes macam ni pernah berlaku kat kampung aku pada tahun lewat 90's. Orang kampung cerita si penembak tersalah tembak, ingatkan rusa dalam semak yang bergoyang2 rupanya kawan dia sendiri.
Quote FanTasyCreaTioN 30-8-2017 02:09 AM
Skuau replied at 29-8-2017 07:43 PM
Ada ke fc..kt swk ore mkn monyet???
Setahu FC tak ada
tembak pun sebab ganggu kebun
tak tau daerah lain sebab tu tak berani juga menidakkan
kalau kat tempat FC sekarang memang tak ada
tembak menembak hanya rusa dan babi hutan



Quote FanTasyCreaTioN 30-8-2017 02:14 AM
Amina_Mirza replied at 29-8-2017 08:59 PM
Oh yeke? Maaf i tersilap. Sebab ada kawan uni cerita dengan i.
Walaupun tersilap tetap kena dakw ...
Bila baca kes ni ..
teringat cerita pernah FC dengar dedulu..
ada 5 orang dari satu Jabatan tengah buat survey kat dalam hutan
salah sorang ada bawa senapang .. memang niat nak memburu .. sebagai perolehan bawa balik pulang la kira nya
tak tau apa sebenar terjadi .. tertembak kawan
sampai kesudah dia bgtau .. memang babi hutan yang dia tembak
tak silap kes jatuh bunuh tanpa niat
kesian pun yer juga sebab setahun lagi nak pencen


Quote jointhecurse 30-8-2017 07:46 AM
alahai ksiannya!
Quote putehkundor 30-8-2017 07:57 AM
Entah entah berdendam kot... Ipar duai ni kan memang ramai yg Tak sebulu.
Quote haryatie 30-8-2017 08:22 AM
kesiannya...

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.115461s Gzip On
To Top