Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mengaku Bersalah Siarkan Iklan Tanpa Kelulusan, Dato' Vida Didenda RM4,800

28-8-2017 05:29 PM |Dilihat:1618| Komen: 11
Selaku orang kena saman (OKS), Datuk Seri Vida mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, akibatnya beliau didenda sebanyak RM4,800. 

sumber : Berita Harian

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah di syarikat penyiaran televisyen berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Memetik laporan Harian Metro, dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama antara 1 hingga 1.30 tengah hari, 18 Julai 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut perintah Majistret Mohd Azali Ibrahim, sekiranya gagal membayar denda, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu perlu menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan. 

Terdahulu, Hasmiza yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan hanya mengulangi testimoni daripada pelanggan mengenai keberkesanan produk berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan itu dibantah pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memohon dikenakan hukuman berat kerana mempunyai kesalahan lampau serta OKS dikenali ramai.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Si_diam 29-8-2017 10:34 AM
.. I inspire your desire

Lain-lain Komen

Quote zie_indah 28-8-2017 10:48 PM
Bertabah lah tokvida tu le jgn ghairah beno nak promosi  hee..
Quote zie_indah 28-8-2017 10:48 PM
Bertabah lah tokvida tu le jgn ghairah beno nak promosi  hee..
Quote merrissa 28-8-2017 11:06 PM
apa la sangat bagi dia 4800 tuh....view utube dia lagi byk kot
Quote de_ikea 28-8-2017 11:45 PM
Mohon lembaga ubat saman banyak lagi produk yg claim serupa. Tak payah kejar sana sini.  Tengok saja tv jom singgah tv3, be fren tv alhijrah, Assalamualaikum tv alhijrah, nasi lemak kopi o tv9 dan radio-radio rtm.
Moga ummah celik mata dan jiwa.{:smile{:smile
Quote de_ikea 28-8-2017 11:45 PM
Mohon lembaga ubat saman banyak lagi produk yg claim serupa. Tak payah kejar sana sini.  Tengok saja tv jom singgah tv3, be fren tv alhijrah, Assalamualaikum tv alhijrah, nasi lemak kopi o tv9 dan radio-radio rtm.
Moga ummah celik mata dan jiwa.{:smile{:smile
Quote RatuDunia94 28-8-2017 11:55 PM
4800 tu tarap gaji guard rumah dia je..
Quote makton 29-8-2017 07:23 AM
dah kenapa mek diva ni byk sgt isu?? cukai la, iklan ni pulak..
Quote jointhecurse 29-8-2017 07:48 AM
banyak sgt iklan mislead info/claim!!!
Quote kambinggila 29-8-2017 09:55 AM
makton: dah kenapa mek diva ni byk sgt isu?? cukai la, iklan ni pulak..
cari publisiti murahan...
Quote Si_diam 29-8-2017 10:34 AM
.. I inspire your desire
Quote Si_diam 29-8-2017 10:34 AM
.. I inspire your desire

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074077s Gzip On
To Top