Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Fauziah Latiff, Nassier Wahab Berangkat Tunaikan Haji

28-8-2017 10:20 AM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 5792| Komen: 57

Netizen khasnya peminat kepada penyanyi Fauziah Latiff dan Nassier Wahab teruja mengetahui kedua idola mereka itu kini berada di Makkah bagi menunaikan haji. 

Hal tersebut diuar-uarkan oleh Nassier menerusi laman Instagram miliknya yang turut memuat naik gambar bersama Fauziah atau Gee. 

"Alhamdulillah. Bersama Gee, kami akan berlepas ke Tanah Suci, doakan semoga perjalanan kami dirahmati Allah," katanya yang memohon doa daripada semua peminat. 

Manakala memetik laporan Utusan Malaysia, Gee berangkat ke Tanah Suci ditemani ibunya, Ngasiah Ahmad.

Ujarnya, dia berasa terharu kerana ramai kenalan hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya. 

Foto: BH Online
“Syukur pada Allah kerana saya diundang oleh Allah untuk mengerjakan haji. Tidak tahu bagaimana rasanya untuk menyatakan rasa gembira. Dalam masa saya juga sebak kerana tidak sangka menerima undangan ini,” ujarnya. 

Moga urusan menunaikan ibadah haji kedua penyanyi ini dipermudahkan. - CARI

Foto: Utusan Malaysia

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 57
Komen

Previous : Betul Ke Afiq Muiz Dan Ardell Aryana Nak Kahwin?

Next       : Lan Pet Pet Tunai Haji, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9

Komen Terbaru

Quote arek 9-10-2017 10:11 AM
Alhamdulillah....

Lain-lain Komen

Quote miznora 28-8-2017 10:27 AM
semoga kedua-duanya sihat semasa menjalankan ibadah haji dan mendapat haji mabrur
Quote sepitsiput 28-8-2017 10:28 AM
aku sebutir pasir jah
Quote rosaya 28-8-2017 10:31 AM
cantiknya kak gie
Quote jerukkedondong 28-8-2017 10:33 AM
Moga beroleh haji yg mabrur...dipermudahkan semua urusan....
Quote bbalik 28-8-2017 10:36 AM
semoga kakjie insof dan istikhomah
Quote lililen 28-8-2017 10:40 AM
Semoga mendapat haji yg mabrur. Minat dgn kak gee
Quote espri6006 28-8-2017 10:41 AM
Fauziah Latif pakai macam gitu sebiji macam di awal kemunculannya...muka polos tanpa mekap yang banyak....Alhamdulillah, semuga Gee tabah setelah banyak melalui frasa liku hidup yang beronak duri. Perkahwinan dengan kerabat, perkahwinan dengan keluarga mualaf yang tak Nampak langsung seperti islam..dan ada kes juga dulu dengan ibu ayahnya.
Quote syidasaleh 28-8-2017 10:46 AM
Cantik kak gee.semoga beroleh haji mabrur boh of them and semua bakal hajj
Quote Knowlee 28-8-2017 10:46 AM
Ai doakan Fauziah Latiff, Nassier Wahab, dan semua jemaah haji kita dipermudahkan segala urusan menunaikan haji, dikurniakan haji yg mabrur, diampunkan segala dosa, dimakbulkan segala doa, dan menjadi haji dan hajah yang istiqamah dgn ibadat mereka bila balik ke Malaysia nanti. AMin....
Quote pucuk-kelompang 28-8-2017 11:02 AM
syukur alhamdulillah... semoga di permudahkan urusan ibadah di sana...
Quote beautifulorchid 28-8-2017 11:19 AM
espri6006 replied at 28-8-2017 10:41 AM
Fauziah Latif pakai macam gitu sebiji macam di awal kemunculannya...muka polos tanpa mekap yang bany ...

Ape kes dia dgn mak ayah dia dulu? bleh citer sket?
Quote CrowneGlory 28-8-2017 11:20 AM
bagusla dh hujung2 usia berbaik dgn org tua... pergi buat haji semoga anak2 pun dia berjaya ikut dia balik
Quote espri6006 28-8-2017 11:20 AM
beautifulorchid replied at 28-8-2017 11:19 AM
Ape kes dia dgn mak ayah dia dulu? bleh citer sket?

ala..kes kecik jer..kes anak beranak. masa kes kawin dengan kerabat tu lah. Tapi Gee bagus dia tak biarkan perkara tu melarat. Dia pandai settle baik2.
Quote ad_hoc79 28-8-2017 11:24 AM
Alhamdulillah. tahniah
Quote moonbug 28-8-2017 11:25 AM
Semoga mendapat haji mabrur utk kedua2nya dan para jemaah haji yg lain.

Nassir Wahab nampak lain, chubby sikit. Gee maintain cantik semoda dipermudahkan urusan okay
Quote minguk 28-8-2017 11:29 AM
semoga kak G dan abang Nassier dapat haji yang mabrur...
Quote shailyvelera 28-8-2017 11:30 AM
SEMOGA MENDAPAT HAJI YG MABRUR.....
Quote afie_m 28-8-2017 12:04 PM
syukur alhamdullillah...Moga beroleh haji yg mabrur.
Quote sayang_mulut 28-8-2017 12:12 PM
acik2 sangat muka fauziah latiff..

Lihat semua komen(57)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061297s Gzip On
To Top