Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

'Dihantui' Mimpi Buruk? Cuba Elakkan 5 Makanan Ini Sebelum Tidur

25-8-2017 05:46 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1310| Komen: 13

Anda kerap mengalami mimpi buruk? Bila kali terakhir anda tersentak bangun dari tidur kerana mimpi ngeri? 

Anda mungkin tak tahu, mimpi buruk boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Bermula dari stres, terhimpit perasaan cemas dan pola tidur berubah, amalan pemakanan juga menyebabkan mimpi buruk.


Foto: Sleep Smarter

Aik, macama mana makanan boleh mempengaruhi mimpi kita? Macam tak percaya pula. Boldsky.com menjelaskan, makanan tertentu boleh menyebabkan mimpi buruk jika diambil berlebihan. Apa jenis makanan tu?


1. Makanan pedas

Foto: EAT THIS, NOT THAT!

Umum tahu makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan mengganggu aktiviti otak ketika kita tidur, sekali gus mengganggu kualiti tidur kita.


2. Kafein

Foto: Men's Health Singapore/Thorntons

Ya! Kafein sememangnya sangat diperlukan di saat anda ingin mengurangkan rasa mengantuk. Namun, anda tak digalakkan mengambil sebarang minuman atau makanan berkafein seperti coklat sebelum waktu tidur.

Apabila anda susah tidur di bawah pengaruh kafein, ia boleh memicu aktiviti otak yang dapat menyebabkan mimpi buruk.


3. Pasta


Menurut portal EAT THIS, NOT THAT!, sebuah kajian mendapati pengambilan pasta dan roti pada waktu malam boleh mempengaruhi mimpi anda!


4. Kerepek 

Foto: EAT THIS, NOT THAT!

Ha, segelintir daripada kita selalu rasa mahu mengunyah sesuatu walaupun tak berasa lapar. Maka kerepek sering menjadi kudapan pilihan mereka.

Penting untuk anda ketahui bahawa makanan berminyak seperti kerepek mampu memicu kehadiran mimpi buruk dalam tidur.


5. Aiskrim, biskut (makanan manis)

Foto: Haagen-Dazs/EAT THIS, NOT THAT!

Efek makan aiskrim pada waktu malam adalah ia akan membuat otak menjadi 'bingung' kerana kandungan gula dan lemak dalam makanan itu boleh meningkatkan tenaga, sedangkan tubuh memerlukan tidur.

Apabila kualiti tidur terganggu, ia akan mendorong anda untuk bermimpi yang bukan-bukan.


Kalau sering 'dikejar' mimpi buruk, cuba ubah pola makan anda. Perhatikan jenis-jenis makanan dan minuman yang anda ambil sebelum tidur. Nak senang, jangan makan atau minum apa-apa yang dapat memicu mimpi buruk tersebut.

Walaupun mungkin kedengaran agak mengarut, namun tak salah mencubanya, bukan? Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : Gabungan Sirih Dan Cengkih Meletup, 90% Masalah Wanita Selesai Kalau Amalkan Air Rebusannya

Next       : Bukan Sahaja Kopi, 4 Makanan Ini Juga Mengandungi Kafein Tau!

Komen Terbaru

Quote nisako 30-8-2017 10:58 AM
betul ke ni..................

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 25-8-2017 07:15 PM
Few days ago iols mimpi ada ular masuk rumah.. Ada lobang kt lantai rumah... Dlm lobang tu la ular tu duduk.. Pastu iols bunuh ular tu.. Yg peliknya arwah ayah iols n arwah kak ipar iols pon ada dlm mimpi..
Quote umbut 25-8-2017 07:35 PM
Patutlah aku selalu mimpi buruk.. akibat cili ngan caffein
Quote pearl.silver 25-8-2017 07:39 PM
Semua 5 mknn tu i selalu mkn sblom tido tp xperasan la rasanye mcm tak mimpi buruk je..
Yg ingat last sekali mimpi buruk sabtu minggu lepas..tu mayb sebab badan penat sangat.

Lepastu ingat dulu makan soy lecithin. Perasan sangat kalu i mkn haritu, mlm tu akn mimpi yg menakutkan atau mencemaskan.
Quote pearl.silver 25-8-2017 07:39 PM
Semua 5 mknn tu i selalu mkn sblom tido tp xperasan la rasanye mcm tak mimpi buruk je..
Yg ingat last sekali mimpi buruk sabtu minggu lepas..tu mayb sebab badan penat sangat.

Lepastu ingat dulu makan soy lecithin. Perasan sangat kalu i mkn haritu, mlm tu akn mimpi yg menakutkan atau mencemaskan.
Quote rainbow259 25-8-2017 08:05 PM
lols bru tau mimpi buruk sbb makanan{:dot
Quote Ipo 25-8-2017 08:45 PM
To me, mengarutlah mimpi buruk dikaitkan dengan makanan
Quote raradhia 25-8-2017 10:46 PM
iols mmg suka minum nescafe, mkn kerepek tu pun suka. .baca doa ja laa, haha. .tp, biasanya kalau iols susah hati haritu mmg selalu akan mimpi yg buruk. .aduhaii, ssh hati punya pasal. .
Quote Orix 27-8-2017 01:05 PM
Mcm nonsense jah... anyway iols suka mimpi buruk yg suspense, tapi tak suka mimpi buruk pasal org meninggal... suka mimpi kena kejar hantu, suka mimpi gaduh dgan org, mimpi nak kena bunuh etc... ihiks.. baru la adventurous.. n suka gila perasaan lega bila tersedar yg td tu rupanya mimpi semata2
Quote lee_haru 27-8-2017 01:46 PM
Ermmm...xleh mengopi le sblm tido....
Quote chinta89 28-8-2017 10:40 AM
org ckp kalau susah tdo minum susu.  jadi ke ek? iols wat x jadi pun.

Quote minguk 28-8-2017 03:25 PM
i selalu akan mimpi hantu kalau i makan chocolate sebelum tidur...
Quote minahsenget 29-8-2017 11:05 AM
pasta pun?
Quote nisako 30-8-2017 10:58 AM
betul ke ni..................

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048275s Gzip On
    To Top