Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Kes Rogol Ahli Keluarga, 4 Tertuduh Dipenjara 25 Tahun & Sebatan

25-8-2017 12:46 PM |Dilihat:2291| Komen: 52

sumber : internet

Kemaskini : 1830 petang

Perkembangan terkini berhubung empat suspek kes rogol beramai-ramai ke atas tiga orang adik-beradik yang juga merupakan ahli keluarga sendiri kini dilaporkan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Memetik laporan The Star, hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun serta 24 kali sebatan ke atas tiga suspek yang terdiri dari datuk, bapa kandung dan bapa saudara mangsa yang berumur 26 tahun.

Manakala seorang lagi bapa saudara mangsa pula dihukum penjara selama 30 tahun dengan sebatan juga 24 kali.- CARI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



sumber : http://sarawakvoice.com/

Empat lelaki yang memiliki pertalian keluarga didakwa merogol anggota keluarga mereka sendiri sejak lima tahun lepas dilaporkan hari ini dihadap ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan atas 13 pertuduhan.

Memetik laporan Astro Awani, ketiga-tiga mangsa yang terbabit dalam kes ini merupakan adik-beradik yang masing-masing berusia 19, 14 dan 9 tahun. 

Menurut pertuduhan, mangsa yang berusia 14 dan sembilan tahun masing-masing dirogol di sebuah rumah di Kampung Seroban Saba di Serian. 

Perbuatan keji itu hanya terbongkar pada 12 Ogos lalu apabila salah seorang mangsa yang kini berusia 19 tahun didapati mengandung 25 minggu.

Difahamkan, bapa kandung mangsa berhadapan dua pertuduhan manakala datuknya, enam pertuduhan.

Sementara itu, bapa saudara mangsa pula menghadapi satu pertuduhan manakala bapa saudaranya yang lain berhadapan dua pertuduhan merogol kakak dan dua pertuduhan merogol adik.

Kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun itu kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut manakala si kakak disahkan mengandung 25 minggu.

Kes yang menarik perhatian masyarakat itu telah disebut di hadapan Hakim Marutin Pagan.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 28-8-2017 09:53 AM
semoga mangsa2 tabah menghadapi masa akan dtg.. kesiannya mangsa2 dpt ahli keluarga lahanat mcm ni!

mohon korang yg wat jahat ni diliwat sampai pecah dalam jel sana!

Lain-lain Komen

Quote dizzzek 25-8-2017 01:59 PM
wow wow wow
Quote milanhawkin 25-8-2017 02:08 PM
wow... mmg berpakat nk jadi b*bi ke apa?
mohon disula dlm jel.
Quote kentel 25-8-2017 02:10 PM

slamat bangkit blue....
Quote slavehunter 25-8-2017 02:23 PM
Pathetic animals.
Quote M.Rose 25-8-2017 02:30 PM
Makian x ckup nak btulkan keadaan. Masa depn mangsa gelap segelap nya. Tabah la dek.
Quote jue10 25-8-2017 03:00 PM
hmmm.... keluarga ni non-muslim kan.. ksian adik2 tu
Quote ajiezrgp 25-8-2017 03:14 PM
Yang tengah tu @ ejalti wajah melingkop karna dah terbayang dalam lokap pastilah jadi sasaran sodomi penghuninye{:smile
Quote rainbow259 25-8-2017 03:16 PM
allah kesian nya kt kedua2 mangsa.. semoga kuat hadapi ujian. apa laa nk jdik.. kluarga sndiri kot
Quote rainbow259 25-8-2017 03:17 PM
M.Rose replied at 25-8-2017 02:30 PM
Makian x ckup nak btulkan keadaan. Masa depn mangsa gelap segelap nya. Tabah la dek.

betul.. sayu je bce pasal kes ni. semoga tabah buat mangsa
Quote edee_91 25-8-2017 03:19 PM
adakah sebab mereka selalu akses laman web porno?
Quote fox. 25-8-2017 03:21 PM
kalau akak jadi abam polis, akak tumbuk mereka sekor2. puas hati akak
Quote sarahmirza 25-8-2017 03:22 PM
Ni senang2 kena rogol dgn datuk, dengan bapa saudara ni sebab tinggal serumah ke?
Quote niena90 25-8-2017 03:27 PM
This is freaking SICK! Jijik gila perangai semua
Quote devilito2 25-8-2017 03:30 PM
keluarga tunggang terbalik
Quote akusukaq 25-8-2017 03:35 PM
ini puak suku mane.dulu dulu dorang ni memang budaya menala keluraga sendri.
Quote Pink_Purple 25-8-2017 03:39 PM
jahaatnya sekor2..

pendatang ke rakyat tempatan..
Quote luvemedaa 25-8-2017 03:45 PM
Rejam lah seeloknya utk perogol2 nih
Quote jebatmaspunyer 25-8-2017 03:46 PM
saling tak tumpah macam binatang.. eh.. binatang lagi elok la... aku x pernah nampak,baca atau dengar binatang pergi mengawan ngan binatang yang umur muda dan kecik... x ada... bila dah jadi dewasa baru masuk dalam list si jantan untuk mengawan...
Quote yoana 25-8-2017 03:50 PM
tak tau nak kata apa dah

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086048s Gzip On
To Top