Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gabungan Sirih Dan Cengkih Meletup, 90% Masalah Wanita Selesai Kalau Amalkan Air Rebusannya

23-8-2017 12:22 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 3222| Komen: 15

Jangan pandang sebelah mata dengan hasil gabungan dari sirih dan bunga cengkih ya!

Sudahlah senang sangat nak cari, ada 1001 khasiat yang tersembunyi pula tu. Syaratnya kena amalkan air rebusan kedua-dua bahan ini.

Terbaik untuk kesihatan wanita luar dan dalam. Siapa yang tak cuba sekurang-kurangnya sekali memang rugi besar. Jom cuba.

Foto: Facebook
Bahan-Bahan: 
5 helai daun sirih
3 kuntum bunga cengkih
3 gelas air

Cara-Cara:
Rebus kesemua bahan dan minum airnya.

Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih

1. Membantu Masalah Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3. Mencegah Bau Ketiak
Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

Foto: Khasiatdaun.com
5. Ubat Bisul Dan Bengkak
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Foto: Facebook
9. Tangas basah sirih
Rebus sirih , asam gelugor, garam dan manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas

10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

Rasai sendiri perubahan pada diri selepas mengamalkan tips ini. Selamat mencuba! -CARI

Kredit: Norliza Mohd Salleh

Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 15
Komen

Previous : Argh, Sakit Gigi! Cuba Redakan Dengan Bunga Cengkih

Next       : 'Dihantui' Mimpi Buruk? Cuba Elakkan 5 Makanan Ini Sebelum Tidur

Komen Terbaru

Quote Rainsack 28-9-2017 06:29 AM
Wahhhhhh best ye

Lain-lain Komen

Quote chinta89 23-8-2017 12:25 PM
sireh mmg banyak kebaikan sejak dulu
Quote chinta89 23-8-2017 12:26 PM
sireh mmg banyak kebaikan sejak dulu
Quote rainbow259 23-8-2017 01:20 PM
mmg bagusss.. tp mna nk carik sirihh
Quote rainbow259 23-8-2017 01:21 PM
tq 4 the info....
Quote JeepersCreepers 23-8-2017 01:36 PM
Tq tt...boleh cuba ni
Quote NekNgah 23-8-2017 02:23 PM
rainbow259 replied at 23-8-2017 01:20 PM
mmg bagusss.. tp mna nk carik sirihh

Kalau di kedai india memang ada jual dah siap diikat-ikat.
Gerai-gerai warga Myanmar pun ada juga, tapi kawasan tertentu aje.
Quote vender 23-8-2017 04:00 PM
Yg kat kedai india tu byk sireh india...yg elok cari sireh melayu...kaler dia hijau pekat and tebal sikit..yg sireh melayu tu baru elok.

Iols cr kat pasar tani temerloh dulu ade jumpa..berbaloi lah walau jauh..
Quote carlalily 23-8-2017 07:25 PM
kat kl mana nak cari?
Quote bubblegummy 23-8-2017 08:36 PM
Byk nye kebaikan sireh , baru ku tahu{:smile
Quote izzah_mia 25-8-2017 09:55 AM
boleh buat..abah ada tanam pokok sireh kat rumah
Quote DeeHanania 26-8-2017 03:44 PM
Buat minum...
Elok
Quote @chik 28-8-2017 08:58 PM
khasiat bunga cengkih?
Quote ShrekFiona20 29-8-2017 10:20 AM
Nak tanam sirih laa mcmni...
Pelbagai kebaikan ada.
Quote Kak-Leen 19-9-2017 05:16 PM
Rebus sireh dlm bilangan ganjil dan buat cebuk kalau miss V gatal2 atau ada luka. Kalau ada manjakani, masukkan sebiji pun cukup. Tiap kali bersalin, mmg itu la air cebukan akak..
Quote Rainsack 28-9-2017 06:29 AM
Wahhhhhh best ye

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.059482s Gzip On
    To Top