Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tahan Berbulan-Bulan! Ini Cara Betul Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai Dan Cili

15-8-2017 02:03 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2953| Komen: 20

Beli banyak-banyak senang sikit, boleh simpan tak payah nak ulang-alik ke pasar. Biasanya itulah yang bermain di minda para isteri dan kebanyakan suri rumah.

Satu sahaja masalah terbesar, sebab tak sampai seminggu simpan dah layu dan lembik terutamanya daun sup, lengkuas, serai, cili api, dan lada merah. Macam mana ni?

Sekelip mata selesai kalau anda ikuti tips ringkas tapi sangat berkesan dari Puan Suhana Mat Rasu ini:

Daun Sup
Simpan dalam botol plastik minuman 1.5L dan letakkan dalam peti ais.
Cara-cara:
1.Potong botol minuman tersebut kepada dua bahagian dan masukkan pokok daun sup. Tutup.
2. Letak air sedikit sahaja setakat cecah hujung akar. Tumbuhan berakar lain seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.

Foto: FB Suhana Mat Rasu

Lengkuas dan Serai
Cara-cara:
1. Simpan dalam botol kaca dan isi dengan air hingga tenggelam keseluruhan serai atau lengkuas.
2. Tutup botol dengan kedap dan pastikan air ditukar setiap dua minggu sekali.
Boleh juga diaplikasikan untuk penyimpanan kunyit.

Foto: FB Suhana Mat Rasu

Cili Api dan Lada Merah
Cara-cara:
1. Buang tangkainya terlebih dahulu.
2. Simpan dalam bekas tertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
3. Salin lapik tadi jika dah terlalu basah dan simpan dalam peti sejuk.

Foto: FB Suhana Mat Rasu
Senang, segar, jimat dan sangat praktikal. Bolehlah cuba nanti, boleh tahan berbulan-bulan maksudnya ia akan mengelakkan pembaziran berlaku dan duit belanja dapur kita pun boleh dijimatkan! Selamat mencuba! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Previous : Kenapa Ibu Selalu Pesan Kemas Pinggan Mangkuk Sebelum Tidur Malam? Ini Penjelasannya

Next       : Buat Baju Dan Deko Rumah Guna Tali Leher, Anda Mampu?

Komen Terbaru

Quote angah1hr 20-8-2017 03:32 PM
thanks for sharing

Lain-lain Komen

Quote raradhia 15-8-2017 02:18 PM
wahhh, bagus ni nnt iols buat mcm ni. .info yg berguna {:good
Quote barfi 15-8-2017 02:27 PM
Cili padi iols simpan atas peti beku.. tahan berbulan la. Bila nak pakai je iols basuh la terus lembut..
Quote allhaillll 15-8-2017 02:34 PM
okay boleh try!
Quote intan_smsb 15-8-2017 02:51 PM
barfi replied at 15-8-2017 02:27 PM
Cili padi iols simpan atas peti beku.. tahan berbulan la. Bila nak pakai je iols basuh la terus lemb ...

elok ye uols
i simpan bungan kantan daun kesuk dgn lengkuas je ritu dlm peti beku tu
then ciliapi kt tmpt sayur je bwh sekali
besenya cili api akan cpt kecut dan kering
Quote barfi 15-8-2017 02:54 PM
intan_smsb replied at 15-8-2017 02:51 PM
elok ye uols
i simpan bungan kantan daun kesuk dgn lengkuas je ritu dlm peti beku tu
then ciliap ...

Ya elok. You cuba buat. Mmg fresh je cili sebab dia jadik frozen kan
Quote chinta89 15-8-2017 02:56 PM
kalau cili padi, jenis daun sup gtuh,.. iols basahkan/lembapkan kertas surat khabar then gulung2. simpan dlm peti bawah tu mcm biasa. InsyaAllah tahan.
Quote sheqim 15-8-2017 03:31 PM
barfi: Ya elok. You cuba buat. Mmg fresh je cili sebab dia jadik frozen kan


Barfi, ade link tred repah pismedon?
Quote intan_smsb 15-8-2017 03:40 PM
barfi replied at 15-8-2017 02:54 PM
Ya elok. You cuba buat. Mmg fresh je cili sebab dia jadik frozen kan

ok balik ni terus meols selambakan cili2 yg ade di peti ais meols tu

tq u
Quote barfi 15-8-2017 03:43 PM
sheqim replied at 15-8-2017 03:31 PM
Barfi, ade link tred repah pismedon?

Eh ada la. You pergi bod gosip tempatan
Quote EvieWanKenobi 15-8-2017 05:40 PM
tq for sharing..
Quote pr3ttytw33ty 15-8-2017 05:55 PM
Utk cili mmg iols simpan dlm bekas lapik ngan tisu dapor. Tahan sebulan lebih okeh
Quote prettyuglybabe 15-8-2017 05:59 PM
peti sejuk kecik.. beli takat nak guna je.. sikit-sikit busuk tu terpaksa la buang {:cryrun
Quote CiliPadiSedap 15-8-2017 07:22 PM
Oh bagus tips ni.. akak tgh tanam durian mongthong.. harap berbuahlah lg 3 tahun.. musang king lambat sgt
Quote CiliPadiSedap 15-8-2017 07:58 PM
Cilipadi kaka simpan kt cari forum je,, malar segar
Quote ShrekFiona20 15-8-2017 08:34 PM
Wahhhh.. info yg bagus..
nti btau omak den r. suh buek camni.
Quote rainbow259 15-8-2017 10:44 PM
tq for sharing sis
Quote jue10 15-8-2017 10:59 PM
Tq sharing. Blh praktik. {:hooray
Quote Lagubestbest 15-8-2017 11:20 PM
Simpan dalam bekas kedap udara, sure okay punya. Trik dia sini, kedap udara.
Quote @chik 18-8-2017 08:16 PM
xhilang ke rasa serai lengkuas tu sume?

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048687s Gzip On
    To Top